Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Kajian baharu daripada pakar sains saraf terkenal dan profesor Universiti Tohoku di Jepun, Ryuta Kawashima, menunjukkan bahawa memandu kenderaan transmisi manual (MT) mampu meningkatkan kesihatan otak secara signifikan dan mungkin membantu mencegah demensia.

Kenderaan transmisi manual kini diumpamakan seperti spesies yang hampir pupus. Alasan utama ia masih wujud hari ini adalah kerana peminat tegar kereta enggan membiarkannya lenyap, malah menggenggam tombol gear mereka seolah-olah nyawa mereka bergantung kepadanya.

Berdasarkan laporan oleh portal berita kereta Jepun, Best Car Web, Profesor Kawashima dari Universiti Tohoku telah membuktikan bahawa memandu kereta manual mengaktifkan kawasan otak yang tertentu dan boleh membantu mencegah demensia.

image.png

Menurutnya, memandu kereta manual mengaktifkan korteks prefrontal otak kerana ia memerlukan pengendalian klac, penukaran gear, kawalan pendikit minyak, dan kesedaran terhadap persekitaran secara serentak.

image.png

"Tindakan ini melatih otak kerana anda perlu menilai dan memilih gear yang paling optimum mengikut situasi. Ini memberikan bebanan yang lebih baik kepada fungsi kognitif otak berbanding memandu kereta transmisi automatik (AT) yang bersifat pasif," katanya.

Kajian beliau menyatakan bahawa memandu kenderaan bergear secara kerap sama ada motosikal atau keretamempunyai kesan yang signifikan dalam mengekalkan kesihatan mental dan fungsi kognitif.

image.png

Kurang Daripada 3% Kereta yang Dijual di Amerika Adalah Model Manual

Menurut laporan daripada Motor1, hanya 1.7% daripada pembelian kereta baharu di Amerika pada tahun 2023 dilengkapi dengan transmisi manual.

Beberapa jenama seperti BMW, Cadillac, Chevrolet, Ford, Honda, dan Toyota masih menawarkan pilihan gear manual hari ini, namun tidak dapat dipastikan berapa lama lagi mereka akan terus bermotivasi untuk melayani pasaran yang kecil (niche) ini.

Angka yang dikeluarkan oleh CarMax turut menunjukkan trend yang serupa iaitu jualan kereta manual meningkat kepada 2.8% pada tahun 2021 dan 2.9% pada tahun 2022, berbanding 2.4% pada tahun 2020.

image.png

Data ini menunjukkan bahawa kereta transmisi manual berkemungkinan besar akan kekal sebagai pilihan pasaran niche, memandangkan kemudahan yang ditawarkan oleh kereta automatik moden.

Namun, jika penemuan Profesor Kawashima dijadikan sandaran, memilih kereta manual boleh memberikan manfaat yang lebih besar daripada sekadar menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Walaupun ia hanyalah sebuah kereta hatchback kecil yang disimpan untuk pemanduan hujung minggu, usaha 'melayan' pertukaran gear itu mungkin berbaloi.

Di sebalik kajian beliau, masih ramaikah yang menggunakan kereta manual? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini.


Sumber berita: Yahooautos

Gallery

Tag:

Kereta manual
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Tips

Pakai Manual Jimat Minyak: Fakta atau Mitos 90-an? 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu

Adakah transmisi manual benar-benar menjimatkan minyak? Ketahui mengapa mitos 90-an ini tidak lagi relevan dalam dunia automotif moden 2026. Baca sebabnya.

17-04-2026
EV

Toyota Bangunkan Transmisi Manual Untuk EV, Biar Betul?

Toyota dilaporkan sedang membangunkan transmisi manual khas bagi kenderaan elektrik (EV). Ini kupasannya...

20-06-2023

Berita Terkini

Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026
Gaya Hidup

Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr

Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!

03-06-2026
Gaya Hidup

Proton e.MAS Raikan Pemandu Wanita Melalui Pemanduan EV

Siapa Kata EV Rumit? Proton e.MAS Buktikan e.MAS 7 Cukup Praktikal Buat Wanita Moden.

22-05-2026
Gaya Hidup

Jangan Sampai Minyak Habis, Hubungan Pun 'Kering'

Jangan Panggil Dia Kedekut: Kisah Benar Di Sebalik Tangki Minyak Yang Makin Kurang.

19-05-2026
Gaya Hidup

Bagaimana Jika Hari Ini Yang Terakhir?– Kalkulator Selamat Volvo Jentik Emosi Pemandu Malaysia

Berapa Kos Ditanggung Keluarga Jika Anda ‘Tak Pulang’? Kalkulator Volvo Ini Beri Jawapan Yang Menakutkan

15-05-2026