Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lebih 2.2 Juta Proton Saga Terjual Sejak 41 Tahun Lalu

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Bagi seorang rakyat Malaysia, Proton Saga bukan sekadar sebuah kereta empat roda namun ia meninggalkan pelbagai memori yang sukar dilupakan.

Mana tidaknya, datuk, nenek mahupun moyang kita juga pernah menggunakan Proton Saga satu ketika dahulu. Maka tidak hairanlah dengan angka terbaharu mengenai jualan Proton Saga.

Sempena ulang tahun ke-41 tahun, Proton berkongsi satu pencapaian yang luar biasa dimana sebanyak 2,203,409 unit Proton Saga dikatakan telah terjual sejak tahun 1985.

image.png

Lebih daripada dua juta unit di atas jalan raya bermakna ada lebih daripada dua juta kisah unik yang tercipta. Selama 41 tahun berturut-turut, Proton Saga bukan sahaja memegang gelaran sedan ikonik negara, malah ia telah menjadi sebahagian daripada DNA masyarakat kita.

Lebih Daripada Sekadar Logam dan Enjin

Cuba imbau kembali. Bagi kebanyakan kita, Proton Saga berkait rapat dengan fasa-fasa penting dalam hidup:

Gaji Pertama & Kereta Pertama: Kepuasan memegang stereng kereta sendiri hasil titik peluh pertama selepas tamat belajar.

Detik Bersejarah Keluarga: Kereta inilah yang membawa pulang bayi kecil dari hospital, kereta yang sarat dengan beg baju untuk hantar anak ke universiti, dan kereta yang meredah jem berjam-jam demi pulang beraya di kampung.

Rakan Setia Pemandu: Daripada model kotak yang klasik sehinggalah ke model moden hari ini, Saga sentiasa menjadi pilihan yang boleh dipercayai (reliable), jimat, dan mesra poket.

"2,203,409 perjalanan. 2,203,409 cerita."

image.pngimage.png

Setiap kali anda melihat sebuah Saga memotong di lebuh raya atau diletakkan di bahu jalan, ingatlah bahawa di dalamnya ada sebuah keluarga, seorang anak muda yang sedang mengejar impian, atau seorang ayah yang sedang pulang ke rumah selepas seharian penat bekerja.

Merentas Generasi

Hebatnya Proton Saga adalah keupayaannya untuk kekal relevan. Walaupun pasaran automotif kini dibanjiri dengan pelbagai jenama asing dan teknologi canggih, Saga tetap utuh di kedudukannya. Ia berevolusi mengikut zaman, namun kekal dengan identiti asalnya—kereta rakyat untuk semua.

Terima kasih Proton Saga kerana telah menjadi sebahagian daripada naratif hidup kita, dan terima kasih Malaysia kerana terus membenarkan ikon ini bergerak maju bersama kita.

image.png

Bagaimana pula dengan anda, adakah anda  atau keluarga anda pernah menggunakan Proton Saga. Kongsikan pengalaman anda?

Gallery

Tag:

Proton Saga
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

05-01-2026
Berita Auto
Berita Auto

18-11-2025
Kereta Baru

11-11-2025
Berita Auto

28-10-2025
Berita Auto

03-10-2025
Berita Auto

28-09-2025
Berita Auto

11-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto
LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto
Harga Petrol  Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026
Berita Auto
Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah  Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333 Beri Kuasa Mahkamah Perintah Pesalah Bayar Pampasan Kepada Waris

Pindaan Akta 333: Mahkamah Diberi Kuasa Arah Pesalah Jalan Raya Bayar Pampasan Kepada Waris.

14-07-2026
Berita Auto
DBKL Guna Lampu Isyarat AI Atasi Kesesakan Trafik Kuala Lumpur
Berita Auto
Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Buka Cawangan BYD Ke-6 Di Sri Petaling

Sime Beyond Auto Kukuh Dominasi Pasaran EV Menerusi Pelancaran BYD Sri Petaling.

14-07-2026
Berita Auto
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.

13-07-2026