- Berita
- Berita Auto
- Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun
Lesen Kena ‘Gantung’ Tapi Masih Memandu? Sedia Ke "Dalam" 3 Tahun

Jangan pandu kereta jika lesen telah dibatalkan atau digantung oleh mahkamah, ini kerana jika anda masih berdegil, anda boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026.
Itu kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Menurutnya, berkata, pindaan terhadap Seksyen 32 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) itu dibuat untuk meningkatkan hukuman sedia ada bagi menggalakkan pematuhan undang-undang dan mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.
Beliau berkata, pindaan itu meningkatkan hukuman penjara daripada tempoh tidak melebihi satu tahun kepada tidak melebihi tiga tahun, selain denda ditingkatkan kepada tidak kurang daripada RM3,000 atau tidak melebihi RM10,000.
"Hilang kelayakan merujuk kepada keadaan seseorang tidak dibenarkan memandu kerana lesen memandunya digantung, dibatalkan atau beliau dihalang daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu oleh mahkamah," katanya ketika membentangkan RUU berkenaan bagi bacaan kali kedua di Dewan Negara.
SUMBER HARIAN METRO
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/