- Berita
- Berita Auto
- Menyesal Beli EV, Kesudahannya Beli Myvi

Niat hati nak nampak moden dan mesra alam, tapi lain pula jadinya! Pempengaruh media sosial popular, terkejut selepas melihat bil elektrik rumahnya melambung tinggi sejurus bertukar kepada kenderaan elektrik (EV).
Daripada Civic ke EV, Tapi Akhirnya 'Koyak' Bil Elektrik
Sebelum ini, Bryan Wee mengambil keputusan untuk menjual kereta petrolnya, sebuah Honda Civic, demi merasai pengalaman memandu EV yang baru dibelinya.
Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila dia mula menyedari perubahan mendadak pada bil elektrik kediamannya.
Menurut Bryan bil elektriknya bermula sekitar RM368, bulan pada Mei lalu dan seterusnya ada sedikit penurunan kepada RM346 (Jun).

Bagaimanapun, bil elektriknya melambung dua kali ganda mencecah RM694 sebulan, baru-baru ini membuatkan dia menyesal membeli EV.
'Bertaubat' Naik EV, Perodua Myvi Jadi Penyelamat
Tidak sanggup terus 'disedut' kos elektrik yang tinggi untuk kegunaan harian, Bryan akhirnya mengambil langkah drastik dengan membeli semula kereta petrol.
Pilihannya kali ini bukannya kereta mewah, sebaliknya 'King of the Road' Malaysia iaitu Perodua Myvi.
Bagi Bryan, hatchback kegemaran ramai itu jauh lebih praktikal, senang dijaga, dan yang paling penting, jauh lebih menjimatkan poket untuk pemanduan harian di ibu kota.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
