Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PRN N9: KTMB Tawar Tren Tambahan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Buat warga Negeri Sembilan yang bakal menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi pada 1 Ogos ini, anda tidak perlu risau tentang kesesakan lalu lintas!

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tampil padu dengan menyediakan perkhidmatan tambahan bagi KTM Komuter dan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) selama tiga hari, bermula 31 Julai hingga 2 Ogos.

Inisiatif khas ini dibawakan khas untuk memastikan pergerakan 'pulang mengundi' anda berjalan lancar, selesa, dan bebas stres.

📌 TL;DR (Ringkasan Pantas)
  • Apa: KTMB menyediakan perkhidmatan tren tambahan (36 perjalanan KTM Komuter & 30 perjalanan ETS).
  • Bila: 31 Julai hingga 2 Ogos (sempena hari pengundian PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos).
  • Tujuan: Menampung lonjakan pengundi pulang dengan kapasiti keseluruhan 233,600 penumpang.
  • Bonus: Kerja naik taraf landasan (KVDT2) ditangguhkan sementara demi kelancaran perjalanan.

KTMB  berkata, inisiatif itu bagi menampung peningkatan jumlah penumpang, khususnya pengundi yang ingin pulang ke Negeri Sembilan untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing pada hari pengundian 1 Ogos ini.

image.png

Difahamkan, sebanyak 18 perjalanan tambahan KTM Komuter disediakan mengikut jadual hari bekerja pada Jumaat ini, manakala 18 lagi perjalanan mengikut jadual hari minggu bagi tempoh Sabtu dan Ahad.

"Perkhidmatan tambahan komuter ini membabitkan 10 perjalanan bagi laluan Batu Caves-Pulau Sebang-Batu Caves dan lapan perjalanan bagi laluan Tanjung Malim-Pelabuhan Klang-Tanjung Malim.

"Sepanjang tiga hari berkenaan, KTMB menyediakan kapasiti keseluruhan sebanyak 233,600 penumpang, merangkumi 190,400 penumpang menerusi perkhidmatan berjadual sedia ada dan 43,200 penumpang bagi perkhidmatan tren tambahan," katanya.

Bagi perkhidmatan ETS pula, KTMB akan menyediakan 30 perjalanan tambahan membabitkan laluan KL Sentral-JB Sentral-KL Sentral (12 perjalanan), JB Sentral-Seremban-JB Sentral (12 perjalanan) dan KL Sentral-Padang Besar-KL Sentral (enam perjalanan) dengan menawarkan keseluruhan 9,480 tempat duduk.


Gallery

Tag:

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Aidilfitri 2026: Jangan Risau Nak Balik Kampung Sebab KTMB Tambah 26 Tren Lagi

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2026, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah sebanyak 26 perjalanan tren tambahan bagi tempoh 17 Mac hingga 29 Mac 2026.

02-03-2026
Berita Auto
Berita Auto

Tahun Baharu Cina, Aidilfitri: KTMB Tambah 8 ETS

Jangan risau nak balik kampung pada tahun ini kerana KTMB sediakan 8 ETS tambahan.

30-01-2026
Berita Auto

KTMB Sasar 1.2 Juta Penumpang Naik ETS3 Tahun Ini

KTMB menyasarkan 1.2 juta penumpang menggunakan ETS3 tahun ini.

05-01-2026
Berita Auto

ETS3 Dari KL-JB, JB-KL Sudah Beroperasi, Tempoh Perjalanan Hanya 4.5 Jam

Perkhidmatan Tren Elektrik 3 (ETS3) Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) bagi laluan KL Sentral–Johor Bahru, sudah pun bermula hari ini.

12-12-2025
Berita Auto

KTMB Tawar Diskaun 30% Selama Sebulan Sempena Pembukaan ETS Ke JB Sentral

KTMB menawarkan diskaun 30% sempena pembukaan ETS JB Sentral bermula dari 12 Disember ini hingga 11 Januari 2026.

09-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026