Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Suhana Veru

Kongsi melalui

IMAGE-5-(5).JPG

Bayangkan kenderaan anda diselenggara oleh yang terbaik dalam kalangan yang terbaik. Itulah standard yang mahu dibuktikan oleh PROTON menerusi penganjuran PROTON Skills Challenge 2026. Pertandingan peringkat kebangsaan ini bukan sekadar medan ujian, tetapi bukti komitmen PROTON dalam melahirkan 'wira belakang tabir' automotif yang serba boleh dan berkemahiran tinggi.

Berlangsung di Centre for Instructor and Advanced Skill Training (CIAST), edisi kali ini menyaksikan persaingan sengit 34 finalis akhir. Mereka merupakan cream of the crop yang berjaya menumbangkan 390 peserta lain dari seluruh Malaysia dalam pusingan kelayakan wilayah yang cukup mencabar.

IMAGE-10-(2).JPG

Bukan Sekadar Baiki Kereta: 5 Kategori Penentu Standard

IMAGE-4-(6).JPG

Bagi memastikan setiap aspek pengalaman pelanggan dijaga, kejuaraan tahun ini membabitkan pertembungan dalam lima kategori utama perkhidmatan selepas jualan:

  1. Juruteknik (Technician): Pakar diagnostik dan penyelesaian masalah teknikal.
  2. Penasihat Servis (Service Advisor): Wajah barisan hadapan yang memahami keperluan pemandu.
  3. Eksekutif Perhubungan Pelanggan (CRE/CRA): Jambatan komunikasi dan penjaga kepuasan hati pelanggan.
  4. Penyelaras Kerja (Job Controller): Perancang strategi operasi bengkel yang efisien.
  5. Pembantu Alat Ganti (Parts Assistant): Nadi logistik yang memastikan komponen sentiasa sedia ada.

Ujian Realistik, Tekanan Sebenar: Kesemua peserta tidak sekadar diuji secara teori, malah dicampak ke dalam simulasi situasi harian pusat servis sebenar. Daripada menyelesaikan masalah teknikal yang rumit sehinggalah mengendalikan karenah dan jangkaan pelanggan, setiap gerak-geri mereka dinilai dengan standard industri yang ketat.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON Edar Sdn Bhd, Datuk Abdul Rashid Musa berkata,  masa depan industri automotif bergantung kepada tenaga kerja berkemahiran tinggi yang bersedia mengadaptasi
teknologi baharu serta memenuhi jangkaan pelanggan yang sentiasa berubah.

IMAGE-1-(13).JPG

"Menerusi PROTON Skills Challenge, kami bukan sahaja mengiktiraf bakat cemerlang, malah memperkukuh komitmen kami dalammembangunkan profesional Perkhidmatan Teknikal dan Perkhidmatan Pelanggan yang kompeten selaras dengan
aspirasi TVET kerajaan. 

IMAGE-3-(4).JPG

"Inisiatif ini mencerminkan pelaburan berterusan PROTON terhadap pembangunan modal insan, sekali gus memastikan pelanggan menerima standard perkhidmatan tertinggi di seluruh rangkaian kami di seluruh negara,” katanya.

Tag:

Proton Skills Challenge
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026