Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tiket F1 RM100 Belum Ada Sinar

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gema deruman enjin Formula Satu (F1) bakal menggegar semula Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas hampir sembilan tahun sepi! Namun, di sebalik kehangatan berita ini, ada satu persoalan besar yang bermain di fikiran peminat tegar motorsport: Berapa pula harga tiketnya kali ini?

HARGA MUTLAK DI TANGAN BAHRAIN

Mengulas mengenai harga, Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, semua keputusan berkaitan harga tiket berada di bawah bidang kuasa Bahrain kerana negara itu menanggung yuran hak penganjuran perlumbaan berprestij berkenaan.

"Semua perkara berkaitan penjualan tiket masih dalam perbincangan dengan Bahrain. Apa yang saya faham, semua hasil jualan tiket akan kembali kepada Bahrain kerana mereka yang membayar yuran hak penganjuran.

“Kita akan cuba sedaya upaya mendapatkan harga istimewa, mungkin menerusi harga khas MyKad atau pakej tertentu untuk rakyat Malaysia, namun keputusan muktamad tetap berada di tangan Bahrain,” katanya ketika ditemui selepas sidang media berhubung penganjuran F1 Grand Prix Bahrain di SIC semalam.

image.png

Mengulas harapan peminat mendapatkan tiket pada harga di bawah RM100 seperti tiket perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Azhan mengakui impian itu sukar direalisasikan berdasarkan nilai komersial perlumbaan F1 ketika ini.

“Secara realistik memang sukar untuk kita menawarkan tiket di bawah RM100. Saya sendiri sudah meneliti harga tiket di beberapa penganjuran F1 di seluruh dunia dan harganya memang jauh lebih tinggi.

Difahamkan, harga, kategori tiket, kuota untuk rakyat Malaysia serta tarikh jualan dijangka dimuktamadkan dalam masa terdekat dengan sasaran penjualan tiket bermula seawal Ogos ini.

BACA: Mandalika Lagi Cantik, Kenapa Litar Sepang Jadi Pilihan F1


Sumberi Berita Kosmo

Gallery

Tag:

Sepang International Circuit (SIC)
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto

Berapa Tiket Harga Tiket Madani?

Khabar Gembira Peminat F1: PM Umum Tiket Madani Serendah RM200.

17-08-2026
Berita Auto

Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah

Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!

12-08-2026
Berita Auto

SIC Bebas 'Red Flag', Persiapan F1 Bahrain GP 2026 Memasuki Fasa Akhir

Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA) telah mengadakan pemeriksaan teknikal dan tidak menemui sebarang 'red flag'.

30-07-2026
Berita Auto

Tiket Madani Untuk F1

Formula 1 Kembali Ke Sepang? Kerajaan Pertimbang 'Tiket MADANI' Mesra Poket Untuk Peminat.

27-07-2026
Berita Auto

F1 Di Malaysia

F1 diadakan pada Oktober nanti.

27-07-2026
Berita Auto

F1 Di Malaysia, Apa Yang Anda Patut Tahu

GP Bahrain' Tapi Di Sepang? Ini Latar Belakang Perlumbaan F1 Yang Bakal Kembali Ke Malaysia!

26-07-2026
Berita Auto

Peluang Cerah F1 Kembali ke Sepang? Ganti GP Bahrain Yang Dibatalkan

Ngauman F1 Bakal Gegarkan Litar Sepang Semula? Ini Respon KBS.

25-07-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026