- Berita
- Berita Auto
- JPJ Serbu Insitut Memandu, Macam-Macam Kesalahan Dibuat

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengesan pelbagai kesalahan berkaitan pengajar dan Lesen Belajar Memandu (LDL), dalam Operasi Penguatkuasaan Khas Institut Memandu yang dijalankan di 12 institut memandu di negeri itu dari 3 Ogos hingga semalam.
Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, antara kesalahan yang dikesan ialah kegagalan mengemukakan Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), serta ketidakpatuhan syarat LDL apabila kenderaan digunakan tanpa pengawasan pengajar.
Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati kesalahan berkaitan rekod dan penyata, penyelenggaraan kenderaan dari aspek teknikal, kegagalan mempamerkan Disk Puspakom serta Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.
"Sebanyak 350 kenderaan diperiksa dan 43 daripadanya diambil tindakan, manakala 100 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan,” katanya kepada Bernama.
Mohd Misuari berkata, pematuhan peraturan amat penting, kerana kenderaan institut memandu digunakan bagi latihan calon sebelum mereka menjalani ujian memandu.
Beliau berkata, terdapat 16 institut memandu di Kelantan dan JPJ akan meneruskan pemeriksaan secara berkala, bagi memastikan pengurusan pengajar, rekod, penyelenggaraan serta keselamatan kenderaan memenuhi syarat ditetapkan.
Sumber Sinar Harian
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
