Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tragedi Lori Imigresen Ragut Nyawa 3 Beranak: PM Campur Tangan, Arah Siasatan Segera

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia menjalankan siasatan segera dan menyeluruh susulan kemalangan maut membabitkan lori jabatan itu di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Anwar menerusi kenyataan ringkasnya turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga tiga mangsa yang terkorban dalam insiden berkenaan. 

Saya telah mengarahkan Jabatan Imigresen supaya menjalankan siasatan dengan segera dan menyeluruh.

“Jika terdapat kecuaian atau pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya mesti diambil tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi tadi, sebuah lori Isuzu Black Maria milik Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang sedang dalam perjalanan ke Chow Kit terbabit dalam kemalangan dengan dua kenderaan dan empat pejalan kaki di persimpangan lampu isyarat Maju Junction.

Kemalangan itu mengakibatkan tiga pejalan kaki yang merupakan satu keluarga maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi ahli keluarga berusia 55 tahun cedera.

Polis sebelum ini memaklumkan dua pemandu, masing-masing pemandu lori Jabatan Imigresen berusia 43 tahun dan pemandu Proton Saga berusia 50 tahun, ditahan bagi membantu siasatan.


SUMBER ASTRO AWANI



Gallery

Tag:

Imigresen Wilayah Persekutuan
Anwar Ibrahim
Chow Kit
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

RON95 Subsidi Masih RM1.99! PM Beri Jaminan RON95 Tak Naik Walau Harga Dunia ‘Mendidih’

Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga siling petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter.

09-03-2026
Berita Auto

Bank Dunia Cadang RON95 RM2.65! PMX Tolak Demi Rakyat, Kekal RM1.99

PMX sahkan kerajaan tolak cadangan Bank Dunia tetapkan harga RON95 ikut pasaran. Penyasaran subsidi RON95 kekal (RM1.99/liter) untuk membantu rakyat dan membantu kerajaan capai penjimatan RM15.5 bilion setahun.

03-12-2025
Berita Auto

Belanjawan 2026: Peruntuk RM2.5 Bilion Selenggara Jalan Persekutuan

Kerajaan memperuntukkan RM2.5 bilion untuk penyelenggaraan Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang dan memasang lampu jalan.

13-10-2025
Berita Auto

TBG Bakal Jadi Hab Ke Pantai Timur, Sudah Mula Operasi Sejak April Lalu

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) bakal menjadi hab utama pengangkutan awam ke Pantai Timur selepas Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

29-09-2025
Berita Auto

BERITA BAIK UNTUK 18 JUTA PEMEGANG MYKAD: RON95 Akhirnya Turun Sehingga RM1.99 Seliter

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rakyat Malaysia akan menikmati harga RON95 semurah RM1.99 seliter menjelang akhir September 2025.

23-07-2025
Berita Auto

Aerotrain Kembali Operasi: PM Puji Aerotrain, Kini Lebih Laju Daripada Dulu

Selepas tertangguh selama 28 bulan perkhidmatan tren tanpa pemandu yang moden itu sudah melalui proses naik taraf bernilai RM456 juta.

01-07-2025
Berita Auto

Selepas Subsidi Bersasar RON95, Cukai Karbon Pula?

Nampaknya, selepas subsidi RON95, cukai karbon pula menanti kita!

18-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026