Link Copiedcheck_circle
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Sebuah Zeekr 7X secara tiba-tiba  terbakar di sebuah stesen pengecasan yang terletak di Ningbo,  China, baru-baru ini namun mujur kejadian itu tidak meragut nyawa sesiapa, lapor CarNewsChina.

Menurut lapaoran berita automotif itu, crossover  itu terbakar ketika kereta itu diletakkan di sebelah stesen pengecasan.

Rakaman video menunjukkan kenderaan itu tidak disambungkan kepada pengecas ketika kejadian. Untuk itu,  punca kebakaran masih belum dikenal pasti. 

image.png

Bagaimanapun, rakaman yang sama itu menunjukkan kenderaan itu tiba-tiba terbakar berikutan bunyi seperti letupan. Ia kemudian mula mengeluarkan asap dengan bunyi letupan kecil yang berulang kali manakala percikan api dan nyalaan kelihatan dari bahagian bawah kenderaan.

Model 7X itu tidak musnah sepenuhnya dalam kebakaran tersebut.

Susulan itu, Zeekr mendedahkan bahawa SUV 7X ini pernah terlibat dalam kemalangan serius dan tidak pernah diperiksa atau dibaiki oleh mana-mana pusat servis rasmi. Apapun, punca sebenar kebakaran masih dalam siasatan.

Pegawai Zeekr mengeluarkan peringatan bahawa bateri kuasa, sistem voltan tinggi, and struktur badan kenderaan memerlukan pemeriksaan dan penilaian selepas berlakunya kemalangan.

Dalam pada itu, pihak syarikat tidak menafikan sebenarnya terdapat risiko bahaya keselamatan jika kenderaan tidak menjalani pemeriksaan dan pembaikan yang betul.

Sehubungan itu, Zeekr menasihatkan agar rekod kemalangan dan pembaikan disemak apabila membeli kereta elektrik terpakai,.

Antara perkara paling  penting adalah memeriksa bateri kuasa dan pusat voltan tinggi bagi memastikan keselamatan.

Zeekr amat mementingkan reputasinya, kerana sebelum ini mereka memasarkan kenderaan mereka sebagai bebas daripada sebarang kebakaran spontan tanpa punca luaran.

Kali terakhir syarikat itu menyebut perkara tersebut adalah pada Mei 2024, dengan menyatakan bahawa penghantaran kumulatifnya telah mencapai 240,000 unit.

Dalam tempoh dua tahun berikutnya, tiada lagi dakwaan sedemikian dikeluarkan. Walau bagaimanapun, Zeekr masih mengekalkan reputasi sebagai jenama yang "kalis api".

Zeekr 7X ialah sebuah kereta global yang dijual di pelbagai negara, termasuk Eropah, Asia Tengah, Amerika Latin, Timur Tengah, Asia Tenggara, dan banyak lagi.

Ia meraih penarafan keselamatan 5 bintang Euro NCAP pada tahun 2025, dengan catatan skor 91% untuk perlindungan dewasa and 90% untuk perlindungan kanak-kanak.

image.pngimage.png

Versi pasaran China bagi Zeekr 7X mempunyai dimensi 4825/1930/1666 mm dengan jarak roda 2,925 mm.

Ia mempunyai dua varian rangkaian kuasa: Penggerak Roda Belakang (RWD) dengan 370 kW (496 hp) dan Penggerak Semua Roda (AWD) dengan 585 kW (784 hp).

Ia ditawarkan dengan dua pilihan bateri  iaitu 75 kWh (LFP) dan 103 kWh (ternari NMC). Jarak pemanduan adalah di antara 620 dan 802 km di bawah kitaran CLTC.

image.png

Model 7X berharga 229,800 – 269,800 yuan (USD$34,060 – USD$39,985 ) di China. Menurut China EV DataTracker, Zeekr telah menghantar 28,025 unit model 7X di pasaran domestik pada separuh pertama 2026, merosot sebanyak 4.4% berbanding tahun sebelumnya (YoY).

image.pngimage.png

Varian global bagi Zeekr 7X menawarkan dimensi 4787/1930/1650 mm dengan jarak roda 2,900 mm.

Model asas (entry-level) dilengkapi motor elektrik tunggal pada gandar belakang dengan kuasa 310 kW (416 hp) serta bateri LFP 75 kWh untuk jarak WLTP sejauh 480 km.

Terdapat juga model jarak jauh (long-range) dengan motor elektrik yang sama serta pek bateri ternari NMC 100 kWh untuk jarak WLTP 615 km.

Varian tertinggi 7X pula menggunakan bateri 100 kWh dan dua motor elektrik dengan gabungan output kuasa puncak sebanyak 475 kW (637 hp).

Gallery

Tag:

Zeekr 7X
Zeekr 7X EV SUV
Zeekr
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Gaya Hidup

Koleksi TokTi: Selepas Zeekr 7X & GWM G9, Adakah Xpeng X9 Pilihan Seterusnya?

Satu persoalan mula bermain di bibir netizen: Adakah MPV futuristik Xpeng X9 bakal melengkapkan koleksi mewah TokTi.

10-03-2026
Berita Auto

"Kereta Yang Solid!" – Lee Chong Wei Pilih Zeekr 7X Sebagai EV Baharunya

Jenama EV premium, Zeekr Malaysia, baru-baru ini menyerahkan unit Zeekr 7X kepada ikon sukan negara, Datuk Seri Dr. Lee Chong Wei.

02-03-2026
EV

Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?

Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.

09-02-2026
EV

SUV Elektrik Zeekr 7X Terbukti 'Ganas' Tempuhi Cabaran Off-Road Di Sepang Bay 13

Siapa kata SUV elektrik hanya untuk kegunaan ‘manja’ di kawasan bandar atau pusat beli-belah? Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium dari China, Zeekr, berjaya memadamkan stigma tersebut melalui model Zeekr 7X.

03-02-2026
Berita Auto

Siti Nurhaliza, Pemilik Zeekr 7X Yang Ke-2,000

Penyanyi nombor satu di Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi pemilik Zeekr 7X yang ke-2,000 baru-baru ini.

22-12-2025
EV

Zeekr 7X Generasi Seterusnya Didedahkan – Cecah 784 HP, Capai 802 KM, Cas Hanya 10 Minit!

Walaupun baru sahaja membuat kemunculan sulung di Malaysia beberapa bulan lalu, model Zeekr 7X sudah pun ‘melalui evolusi’ besar-besaran di China.

23-10-2025
Kereta Baru

Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800

Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan.

22-08-2025
Berita Auto

Spesifikasi Zeekr 7X Untuk Pasaran Malaysia Didedahkan – Lancar Dalam Masa Terdekat?

Zeekr Malaysia telah mengumumkan spesifikasi penuh SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, menerusi risalah rasmi yang kini boleh didapati di laman web rasminya, menandakan kedatangan model ini tidak lama lagi.

15-08-2025

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026