Hyundai Kona Elektrik Nampak Serius, Rupa Macam Alien Tapi Bukan Calang-Calang!
Nampaknya pasaran kenderaan elektrik (EV) semakin berkembang pesat ketika ini memandangkan sudah ramai yang jatuh cinta dengan EV kerana harganya dilihat agak berpatutan.
Misalnya seperti BYD Atto 3 dan Ora Good Cat. Tidak terkecuali Hyundai Kona elektrik yang merupakan EV pertama Hyundai di Malaysia.
Walaupun ia tidak digelar sebagai “kereta paling mampu milik” di dalam segmennya namun ada sebab mengapa ia dijual pada harga yang agak tinggi.
Ini 6 perkara yang kami dapat tahu selepas memandu uji Kona Electric Max (e-Max)!
1. GAYA FUNKY!
Berbanding Atto 3 dan Ora Good Cat yang masih panas di pasaran, namun penggayaan Kona Electric kelihatan agak menarik.
Menyentuh mengenai reka bentuknya, ada yang mengatakan lampu hadapannya yang nipis membuatkannya ia kelihatan seperti wajah bermata sepet.
Ada rakan sekerja pula yang mengatakan ia seolah-olah kelihatan seperti makhluk asing gara-gara tiada gril hadapan.
Apapun tanggapan anda, hakikatnya ia sebenarnya kelihatan agak funky dan futuristik.
Dari segi penggayaan, kami pasti ramai daripada anda akan bersetuju bahawa Kona elektrikyang lebih licin dan lebih bersih berbanding kembarnya yang berkuasa enjin pembakaran dalaman.
2. SARAT DENGAN CIRI KESELAMATAN.
Bagi varian tertinggi ini, ia sememangnya sarat dengan ciri keselamatan seperti:
• Sistem Bantuan ADAS
• Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
• Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
• Brek Kecemasan Automatik (AEB)
• Pemantau Titik Buta (BSM)
• Amaran Pelepasan Laluan (LDW)
• Sistem Bantu Kekal Lorong (LKAS)
Menjengah bahagian kabinnya pula, ia dilengkapi dengan ciri kemasukan tanpa kunci kereta, pengecas wayarles, kawalan iklim, tempat duduk dibaluti dengan kulit, skrin sentuh infotainment 8-inci dan paparan instrument 10.25 inci.
Apa yang kami tertarik ialah tempat duduk hadapan berventilasi tiga peringkat, paparan kepala interaktif (HUD), 10 hala (pemandu) dan 8 hala (penumpang ) pelarasan tempat duduk hadapan, serta tawaran unit infotainmen untuk sambungan telefon pintar Apple dan Android.
Malangnya, jentera ini tidak dilengkapi dengan kamera parkir 360 darjah dan pintu belakang tailgate masih belum ditawarkan.
Namun ketiadaan kedua-dua ciri ini bukanlah satu masalah besar buat si pemiliknya.
3. PENGECASAN PANTAS
Varian ini dilengkapi dengan bateri 64 kWj yang bersaiz besar. Dengan hanya sekali cas, ia boleh melakukan perjalanan sejauh 484 kilometer, maka anda tidak perlu berasa bimbang jika mahu melakukan perjalanan jauh.
Dari segi tempoh pengecasan, pengecas DC yang mempunyai input 100 KW membuatkan ia mampu mengecas dari 10-80 peratus hanya dalam 47 minit.
Varian ini mampu menghamburkan kuasa setinggi 201 hp dan tork 395Nm sekali gus mampu bersaing dengan Kona petrol.
4. PEMANDUAN MANTAP
Ketika pandu uji, saya dapat merasakan pemanduannya yang lebih dinamik dan seimbang ketika berada di atas jalan raya.
Walaupun kelegaan tanah seperti SUV biasa namun penggantungan ditala untuk menawarkan tunggangan yang mewah walaupun di jalan yang rosak.
Malah, penggendalian di selekoh agak mengagumkan memandangkan ia memberi pengalaman seolah-olah memandu sebuah kereta sedan.
Ini mungkin kerana penggunaan tayar berprestasi tinggi, Nexen N Fera SU-1.
Pendek kata, kalau anda kaki layan corner, jangan melepaskan peluang untuk merasai pemanduan corner dengan Kona ini.
Ia juga didatangkan dengan 4 mod pemanduan:
• Eco+
• Eco
• Normal
• Sport
Apa yang pasti, setiap mod akan memenuhi keperluan dan permintaan situasi pemanduan, dan itu adalah satu kelebihan yang tidak boleh dinafikan.
5. KABIN LUAS, SELESA
Bagi sesetengah EV, pek bateri terpaksa disumbat di bahagian lantai, ia memang merompak sedikit ruang di bahagian belakang dan juga ruang kaki penumpang.
Jika anda duduk di bahagian belakang, lutut anda akan terangkat sedikit kerana ruang kaki digunakan untuk menyimpan bateri system, misalnya seperti Mercedes-Benz EQA.
Sebaliknya, ia tidak berlaku pada Kona Elektrik. Ini kerana penempatan pek bateri itu dilakukan dengan begitu rapi menyebabkan ruang untuk penumpang adalah cukup selesa.
6. KHIDMAT SELEPAS JUALAN
Ini mungkin aspek yang paling meyakinkan dalam pakej Kona Electrik, dan ia mungkin bukti rekod prestasi baik yang dipegang oleh Sime Darby Motors.
Firma itu mempunyai kebolehan untuk memastikan semua produknya, tanpa mengira pembuatan dan model, dilindungi dengan cukup baik dari segi perlindungan selepas jualan dan waranti.
Untuk Kona Electric, terdapat waranti kenderaan asas 2 tahun atau 50,000 KM standard, serta waranti 8 tahun atau 160,000 KM yang berasingan untuk bateri EV sahaja.
Yang pertama waranti boleh dilanjutkan 5 tahun atau 100,000 km dengan pakej perkhidmatan percuma 3 tahun atau 50,000 KM berikutan pakej sambungan pilihan yang berharga RM10,000
Memandangkan sifat penyenggaraan EV yang ringkas, mungkin lanjutan jaminan kenderaan asas pilihan kos mungkin kelihatan tidak perlu, tetapi pilihan untuk melanjutkannya dengan tawaran perkhidmatan percuma sekurang-kurangnya dapat melegakan si pembeli.
Apa yang pasti ialah komponen bateri, dilindungi dengan begitu meyakinkan.
Apa pula pandangan anda?
Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Spesifikasi
Hyundai Kona Electric e-Max
MOTOR |
Permanent Magnet Synchronous Type Motor |
TRANSMISI |
Single-ratio Automatic, Front-Wheel-Drive (FWD) |
KUASA |
201 HP |
TORK |
395 NM |
0-100 KM/J |
7.9 saat |
V-MAX |
167 KM/J |
BATERI & PENGECASAN |
Bateri 64 kWj Lithium-Ion-Polymer Type
Charging: - AC Type 2 ke 11 kW - DC CCS2 ke 100 kW |
JARAK |
484 KM (WLTP) |
BERAT |
1,743 KG |
HARGA |
RM208,348 |
Gallery























Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPM4900
SELANGOR
BSG7498
JOHOR
JYE4605
PULAU PINANG
PRT744
PERAK
ANY6854
PAHANG
CFD479
KEDAH
KGB6308
NEGERI SEMBILAN
NEG6323
KOTA KINABALU
SJL9999*
KUCHING
QAB8364L
Terakhir Kemas Kini 03 Aug, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.17
-0.04
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.91
EURO 5 B7
RM 3.11
Terakhir Kemas Kini 31 Jul, 2025
Berita Berkaitan
Adakah Ioniq 5 N Juga Dibawa M'sia?
Hyundai Ioniq 5 N secara rasminya masuk ke pasaran Australia baru-baru ini.
27-02-2024
Ioniq 6 Ada 2 Varian, Harga Bermula RM299K Sahaja
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik yang ketiga, Ioniq 6.
21-07-2023
[FOTO] Hyundai Elantra 2023 Didedahkan Di Korea Selatan, Lebih Sporty!
Imej Hyundai Elantra 2023 baru-baru ini telah didedahkan oleh Hyundai bagi pasaran Korea Selatan.
28-02-2023
Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!
Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.
04-11-2022
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Hyundai Kona Electric: 13 Unit Pertama Telah Diserahkan Kepada Pelanggan!
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn Bhd (HSDM) telah menyerahkan kunci Hyundai Kona Electric kepada 13 pelanggan pertama di negara ini.
06-04-2022
Review Penuh Hyundai Kona Electric EV 2021 Malaysia | Kereta Elektrik paling Mampu Milik?
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021 yang boleh didapati dalam tiga varian: Lite, Plus dan Max! Kapasiti baterinya agak besar memandangka ia mampu melakukan pemanduan sejauh 484km hanya dengan sekali cas dan prestas
29-11-2021
Hyundai Kona Dilancarkan Di Malaysia: Harga Bermula Dari RM149,888 Hingga RM199,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) secara rasminya melancarkan kenderaan elektrik pertamanya, Hyundai Kona Electric 2021.
23-11-2021
Berita Terkini
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Chery Tiggo Cross Bakal Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bawah RM100K!
Chery Malaysia bakal melancarkan Tiggo Cross tidak lama lagi.
27-06-2025
Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...
Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.
27-05-2025
[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal
Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.
27-05-2025
[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik
Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.
19-05-2025
Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?
Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.
14-05-2025
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat