Auto China 2024: EV Minimalis Toyota bZ3X & bZ3C Dipertontonkan


Di pameran Auto China 2024 minggu ini, Toyota bZ3X (kiri) dan bZ3C (kanan) dipertontonkan kepada umum.
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Toyota tidak ketinggalan untuk mempersembahkan dua model baharunya di pameran Auto China 2024 di Beijing minggu ini. Dua kenderaan elektrik (EV) yang baru dibangunkan SUV bZ3X dan juga crossover fastback bZ4C dapat disaksikan semasa acara tersebut.

SUV elektrik bZ3X ini telah dibina berdasarkan kereta konsep bZ FlexSpace yang dipamerkan tahun lalu. Toyota masih enggan mendedahkan butiran teknikalnya, tetapi ia dipercayai menggunakan platform e-TNGA dan bateri yang dibekalkan oleh BYD.
Berkenaan dengan bZ3X, SUV ini dibangunkan hasil kerjasama antara Toyota dan rakan kongsi China, GAC berdasarkan kereta konsep bZ FlexSpace. Model ini direka dengan tumpuan banyak diberikan kepada ruang dalam dan keselesaan kabin, yang mana sentuhan minimalis diberikan.


Kabin Toyota bZ3X
Konsep minimalis digunakan bagi memenuhi permintaan pasaran China yang lebih tertarik kepada ruang dalaman yang kemas, bersih dan tidak serabut. Ini menjelaskan mengapa kebanyakan kawalan di papan pemuka dipindahkan kepada skrin sentuh infotainmen yang besar.

Toyota bZ3X
Juga sepertimana kebanyakan EV yang ditawarkan di pasaran China, bZ3X juga dijanjikan dengan ciri-ciri bantuan pemandu aktif (ADAS) terkini yang membolehkan pemanduan separa autonomi. Walau bagaimanapun, Toyota masih agak ‘berhati-hati’ dalam pendedahan butiran mengenai perkara ini untuk bZ3X.
Toyota juga tidak mendedahkan spesifikasi teknikal bZ3X, tetapi kami menjangkakan ia dibangunkan menggunakan platform e-TNGA yang sama seperti bZ4X dan juga sedan yang hanya terdapat China, bZ3. Kedua-duanya menggunakan bateri yang dibekalkan oleh syarikat NEV China, BYD.
Dengan bateri lithium-ferus-fosfat (LFP) daripada BYD, bZ3X dijangka dapat mencapai jarak EV 599 km. Jarak tersebut dapat dicapai bukan sahaja kerana kapasiti bateri yang tinggi, tetapi juga reka bentuknya yang sarat dengan ciri aerodinamik termasuk penggunaan pemegang pintu yang terbenam dan rim khas.

Toyota bZ3C
Seterusnya, EV kedua yang dipamerkan ialah Toyota bZ3C yang merupakan sebuah model fastback dibangunkan berdasarkan kereta konsep crossover bZ Sport tahun lalu semasa Shanghai Auto Show. Berbeza dengan X, model C ini dibangunkan Toyota bersama-sama dengan BYD dan FAW.

Tidak banyak perubahan yang dibuat daripada versi konsep tersebut dalam versi yang hampir memasuki fasa pengeluaran ini, kecuali cermin sisinya yang kini lebih ‘normal’ dan fascia hadapan yang tidak terlalu agresif. Model ini menggunakan lampu depan berbentuk C dengan bampar yang hampir menyamai Prius generasi terbaru.


Kabin Toyota bZ3C
Di ruang kabinnya, unit yang dipamerkan di Auto China 2024 mempamerkan warna tema dalaman berwarna merah yang menyerlah. Model ini turut diberikan sentuhan minimalis seperti yang diinginkan oleh pasaran China, dengan skrin infotainmen yang besar.
Dijangka ciri-ciri ADAS yang canggih untuk membolehkan pemanduan separa autonomi turut ditawarkan. Sumber yang dipercayai dalam talian mendedahkan bahawa bZ3C akan dilengkapi dengan sensor (kemungkinan Lidar) di bahagian bumbung.
Toyota kini bersedia untuk membawa kedua-dua EV, bZ3C dan bZ3X ke peringkat pengeluaran di negara China tahun ini, dengan jualan di pasaran tersebut dijangka akan dimulakan awal tahun depan. Jentera yang lebih besar, bZ3X juga dijangka akan memasuki pasaran luar negara, terutamanya di Eropah (EU) dengan kemungkinan untuk memasuki pasaran negara lain.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ8073
SELANGOR
BST8607
JOHOR
JE5310J
PULAU PINANG
PSF7012
PERAK
APL5923
PAHANG
CFH7863
KEDAH
KGJ1954
NEGERI SEMBILAN
NEL9407
KOTA KINABALU
SJU2080
KUCHING
QAB5938P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Toyota C-HR+ Diperkenal – SUV Elektrik Sporty, 600 KM Sekali Cas
Toyota memperluaskan barisan kenderaannya dengan pengenalan model baharu, Toyota C-HR+.
13-03-2025
Toyota bZ4X Facelift 2025 Diperkenalkan – Cas Lebih Pantas, Jarak Lebih Jauh
Toyota secara rasmi memperkenalkan model kemas kini 2025 bagi crossover elektrik pertamanya, Toyota bZ4X.
12-03-2025
EV Konsep Toyota bZ7 Didedahkan Di Auto Guangzhou 2024 – Gaya Moden Yang Menyerlah
Toyota telah memperkenalkan kereta konsep terbarunya, sebuah kenderaan elektrik (EV), sedan Toyota bZ7 semasa acara Auto Guangzhou 2024.
22-11-2024
Toyota bZ4X Akan Dilancarkan Suku Pertama Tahun Ini?
UMW Toyota Motor (UMWT) kini sedang bersiap sedia untuk melancarkan SUV elektrik, Toyota bZ4X, betul ke? Ini perinciannya..
18-01-2024
Toyota Sedia Jual 100% BEV Tahun 2035 Nanti, Kenapa Lambat Lagi?
Ketua Pegawai Operasi (COO) Toyota Eropah, Matt Harrison, menjelaskan Toyota tidak menyokong piawaian Euro 7.
22-06-2023
Toyota Bangunkan Transmisi Manual Untuk EV, Biar Betul?
Toyota dilaporkan sedang membangunkan transmisi manual khas bagi kenderaan elektrik (EV). Ini kupasannya...
20-06-2023
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Toyota BZ3X Masuk Pasaran Hong Kong, Macau
Toyota bZ3X buat julung kalinya muncul dalam versi pacuan sebelah kanan (RHD) di pasaran Hong Kong dan Macau, baru-baru ini.
02-10-2025
Berita Terkini
McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV
McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.
21-09-2026
Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley
Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.
20-09-2026
Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?
Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.
17-09-2026
27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan
Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.
16-09-2026
Berapa Harga Perodua QV-E?
Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499
15-09-2026
Boleh Ke EV Berkonvoi Atau Rebut Charger di R&R?
Konvoi Kereta EV: Best Atau Beratur Panjang Di Charger.
14-09-2026
Dalam Sebulan, Lebih 6,000 Proton e.MAS Terjual
Proton e.MAS mencatat rekod jualan bulanan terbaik dengan penjualan sebanyak 6,047 unit pada Ogos 2026.
10-09-2026
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah
Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.
03-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
