Ini 4 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai smart #3
Suhana Veru
14-5-2024
Pada minggu lepas, penulis dijemput oleh smart Malaysia untuk memandu uji smart #3 yang menjadi bualan hangat sejak tahun lepas.
Seperti sedia maklum, smart #3 sudah pun berada di beberapa pasaran antarabangsa.
Bagi yang tidak tahu, smart #3 adalah model kedua dari jenama smart Automobile selepas ia memeterai kerjasama dengan Geely dan Mercedes-Benz, untuk membangunkan model pertamanya smart #1
Jadi, sudah tidak menjadi rahsia lagi, pengedar rasmi smart, PRO-NET dikhabarkan akan membawa masuk smart #3 ke pasaran kita tidak lama lagi.
Bila tarikh pelancarannya, ia masih menjadi rahsia.
Sebaliknya, dengan sesi pandu uji ini, kami di CariCarz.com berkesempatan menggali butiran lebih mendalam bagaimana Geely mereka cipta jenama smart Automobile ini.
Setelah saya memandu uji varian smart #3 premium dan Brabus , hakikatnya banyak info yang dapat diperoleh namun apakan daya, pihak media diminta mematuhi embargo iaitu dilarang menyiarkan berita sehingga masa yang ditetapkan.
Jadi, tidak banyak maklumat yang dapat didedahkan kecuali pengalaman kami mengenai pandu uji smart #3.
Ini 4 perkara yang ada patut ambil tahu mengenai smart #3!
1. Pengendalian Mantap
Setelah memandu kedua-dua varian, saya mendapati smart #3 menawarkan pengendalian yang cukup baik.
Sebaik masuk ke dalam trek Proton yang terletak di Shah Alam, saya diarahkan untuk terus menuju ke arah kon untuk memandu di selekoh dalam bentuk angka 8.
Ujian ini sebenarnya mahu menguji kebolehan dalam mengendalikan kereta ini di selekoh pada kelajuan tinggi dan dilihat ia lebih stabil berbanding #1.
Ketika membuat pusingan 8, jarak kereta dan kon agak rapat namun saya tetap dapat melakukan pusingan selekoh tanpa menjatuhkan kon.
Sterengnya cukup responsif ketika bermain-main corner di litar terbabit.
Selain daripada ringan, kereta ini dilihat mempunyai pusat graviti yang lebih rendah dan bumbungnya yang rendah juga sebenarnya memainkan peranan penting untuk meledakkan pemanduannya
Ini memberikannya kestabilan yang tinggi serta keupayaan untuk mengendalikan selekoh dengan mantap berbanding EV lain.
Secara keseluruhannya, dari dua pusingan singkat kami mengelilingi tre, ia sebenarnya sudah memberi gambaran sebenar.
2. Laluan trek jenis curam
Bagi laluan selekoh curam bagai litar ‘speedway’ NASCAR, saya pada mulanya dinasihatkan untuk memandu pada had laju 90 kilometer sejam (km/j).
Sejurus memulakan di trek yang lurus, saya langsung tidak dapat merasakan kelajuannya sebenarnya sudah mencecah 140 kilometer sejam.
Ya, saya tidak sedar langsung kelajuan saya itu sebenarnya sudah menjangkaui had laju yang ditetapkan.
Manakan tidak, tiada sebarang bunyi yang masuk di dalam kabin membuatkan saya tidak sedar bahawa saya sedang lenjan EV ini.
Lazimnya, kalau kereta yang biasa-biasa, kita sudah merasakan kelajuan tinggi kerana angin masuk ke dalam kabin dan kadang kala ada kereta jenis mudah terbuai apabila dipandu laju.
Namun, smart #3 merupakan EV yang lain daripada lain sehingga ketika menguji pada trek yang curam juga, ia tetap menawarkan pengendalian yang tetap.
Apa yang mengejutkan di sini ialah betapa hebatnya smart #3 apabila dilenjan pada kelajuan tinggi dan ia menawarkan daya graviti yang mencukupi ketika melalui laluan paling curam itu.
Pendek kata, pemanduan smart #3 sememangnya cukup meyeronokkan kerana tiada bunyi bising dan saya berasa pemanduannya agak ringan.
Secara jujurnya, walaupun diberikan dua pusingan pendek untuk mengelililingi trek dengan memandu laju dan merasai pemanduan di jalan raya biasa, saya masih belum berpuas hati memandu uji smart #3 kerana masa yang diberikan agak pendek memandangkan ramai media yang terlibat dalam pandu uji ini.
Jadi, anda perlu mengikuti CariCarz.com untuk mengetahui lebih lanjut mengenai rebiu smart #3.
3. KABIN LUAS.
Jika kebanyakan SUV crossover berbentuk coupe, menawarkan bumbung yang lebih rendah sekali gus membuatkan penumpang belakang menjadi kurang selesa.
Namun lain pula bagi crossover smart #3 ini kerana ruang kepala yang ditawarkan sebenarnya sudah cukup memadai untuk orang Asia macam kita.
Selain ruang kepala, ruang kakinya untuk penumpang belakang juga agak luas. Jadi, tiada istilah EV ini bersaiz kecil.
Ketika penulis duduk di belakang sementara merasai pemanduan rakan setugas dari Motocar, saya dapat merasakan kabinnya agak luas di belakang namun boleh memuatkan sehingga tiga orang dalam satu masa.
4. Apa beza smart #1 dan smart#3?
Paling ketara ialah dari segi bentuknya, ia menawarkan rekaan yang cukup memukau dan agak sporty berbanding smart#1.
Selain itu, smart #3 dikatakan lebih luas dan lebih panjang berbanding smart #1 kerana ukuran panjang smart #3 ialah 4,400 mm, selebar 1,844 mm, setinggi 1,556 mm manakala jarak roda pula 2,785 mm.
Ini bermakna, smart #3 lebih panjang 130 mm dengan jarak roda yang lebih panjang 35 mm dan ia lebih lebar 22mm berbanding smart #1.
Memandangkan fakta bahawa kedua-dua kereta berkongsi platform Geely SEA (Sustainable Experience Architecture) yang sama, maka perbezaannya tidaklah begitu ketara.
Selain itu, kami dimaklumkan bahawa kabin #3 dilengkapi dengan tempat duduk berbeza kerana dibaluti dengan material yang lebih mewah.
Setakat ini, itu sahaja kupasan saya mengenai smart#3 kerana anda perlu mengikuti rebiu penuh kami di slot akan datang.
Gallery








Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2145
SELANGOR
BSE4659
JOHOR
JXW5425
PULAU PINANG
PRQ3653
PERAK
ANV3720
PAHANG
CFB6703
KEDAH
KGA4282
NEGERI SEMBILAN
NEF7243
KOTA KINABALU
SJK7506
KUCHING
QAB3141L
Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Berkaitan
Kereta smart#1 Memang "SMART" Habis
Penulis berkesempatan memandu uji dua varian smart#1 baru-baru ini.
18-10-2023
Cas EV e.MAS 7 & smart Murah 30% Sempena Tahun Baharu Cina
Pemilik kenderaan elektrik (EV) Proton e.MAS 7 dan model keluaran anak syarikatnya, Pro-Net, iaitu smart #1 dan smart #3, dapat menikmati diskaun.
24-01-2025
Smart #1, #3 Dipamer Di AEON Tebrau, Orang Tebrau Boleh Datang Jenguk
smart Malaysia mengadakan smart Tour Roadshow di pusat beli-belah Aeon di Tebrau, Johor bermula hari ini hingga 17 November.
13-11-2024
smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"
Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow.
20-09-2024
Nak Tengok Kereta Smart? Jom Ke Gurney Plaza, Mana Tahu Berkenan
smart Malaysia mengadakan Jelajah smart Tour untuk mempamerkan kenderaan smart #1 dan #3 di Gurney Plaza, Pulau Pinang bermula hari ini.
04-09-2024
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat