[PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik

CariCarz berpeluang untuk menguji Mazda CX-5 varian 2.2D High Facelift. Bukan selalu peluang untuk uji lebih daripada satu varian ‘jatuh ke riba’ tetapi inilah yang ditawarkan oleh Bermaz Auto Berhad (BAuto) selepas memberikan kami peluang untuk menguji varian 2.0 High sebelum ini.
Dilancarkan serentak dengan model versi petrol, CX-5 2.2D High merupakan satu-satunya SUV segmen C dengan enjin diesel yang ditawarkan di pasaran Malaysia kerana kebanyakan pesaingnya menggunakan enjin turbo-petrol atau separa elektrik.
Memandangkan kami pernah menguji varian 2.0 High untuk satu tempoh yang agak lama, dalam ulasan kali ini, kami dapat membuat perbandingan antara kedua-dua varian ini dan menyatakan LIMA sebab kenapa anda patut mempertimbangkan Mazda CX-5 2.2D High.
1. Varian Paling Stylo

Berbanding dengan CX-5 2.0 High, CX-5 2.2D High yang diberikan penyegaran ini berdiri sebagai varian dengan spesifikasi yang lebih tinggi.


Satu-satunya peningkatan yang diberikan pada varian ini dari luar ialah penggunaan rim yang lebih besar, rim aloi dua tona berukuran 19 inci serta tayar yang lebih baik, Toyo Proxes R46.
Satu-satunya perbezaan ketara pada varian diesel ini ialah penggunaan rim aloi dua tona berukuran 19 inci. Berbeza dengan model 2.0 High yang menggunakan rim 17 inci, ini membuatkan Mazda CX-5 tampil lebih bergaya.
Rim aloi yang lebih besar membolehkannya menggunakan tayar yang lebih besar dan lebih premium. Untuk model yang diuji, kami diberikan tayar Toyo Proxes R46.




Walaupun bukanlah model yang baru dilancarkan, reka bentuk CX-5 kekal menyerlah di jalan raya hasil sentuhan baharu dalam versi facelift.
Perbezaan lain antara kedua-dua varian CX-5 ini juga ialah tawaran warna Platinum Quartz hanya untuk 2.0 High, warna pada unit yang kami uji ini.
2. Kabin Premium yang Lebih Selesa & Lengkap

Kebanyakan perubahan dapat ‘diteroka’ di ruang kabin CX-5 2.2D High. Varian ini mendapat beberapa kelengkapan tambahan berbanding varian standard, meletakkannya di tahap yang hampir sama dengan varian tertinggi, 2.5 Turbo High.
Di samping kabin yang mewah, CX-5 diesel ini juga diberikan tempat duduk hadapan dengan fungsi pengudaraan dan boleh dilaraskan secara automatik, ciri penting yang tiada dalam CX-5 2.0 High. Kelengkapan baharu lain ialah paparan TFT separa digital yang lebih besar dengan integrasi paparan ADAS.




Kami cuba menguji fungsi pengudaraan pada tempat duduk varian ini dan memang terasa sejuknya. Ciri yang menarik untuk cuaca seperti di negara kita yang agak panas. Keselesaan ditambah lagi dengan adanya sistem kawalan pendingin hawa dua zon.




Bahagian lain di dalam kabin ini sebenarnya tidak jauh berbeza daripada 2.0 High, misalnya penggunaan material lembut dan juga upholsteri kulit, kehadiran pad pengecas tanpa wayar, port pengecas USB (depan dan belakang) serta unit infotainmen 8 inci yang menyokong sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar.
Satu-satunya kekurangan pada ruang kabin yang kami harap ditawarkan pada varian ini ialah ciri papar pandu (HUD) yang hanya terdapat pada varian tertinggi, 2.5 Turbo High. Pada pendapat kami, ciri ini dapat menjadi nilai tambah berbanding SUV-C lain.
3. Enjin Diesel 2.2 Liter Paling Berkuasa dalam Segmennya

Enjin diesel turbo terkenal dengan kemampuannya untuk menghasilkan daya tork yang lebih tinggi berbanding pesaingnya yang menggunakan petrol.
Model yang diuji menggunakan enjin turbodiesel 2.2 liter 4 silinder Skyactiv-D yang menghasilkan output 188 hp dan 450 Nm, menjadikannya enjin Skyactiv-D dengan prestasi paling tinggi dalam kelasnya.

Walaupun sebuah jentera yang besar, CX-5 2.2D High memiliki tork low-end yang tidak mustahil dengan enjin turbodiesel 4 silinder yang digunakan.
Sepertimana kebanyakan model dengan enjin turbodiesel, tork yang dihasilkan cukup tinggi walaupun pada RPM yang rendah. Untuk CX-5 diesel ini, tork setinggi 450 Nm dapat dicapai pada 2,000 RPM, ini dapat dilihat daripada kemampuan pick-up jentera ini walaupun bersaiz besar dengan berat mencecah 1.6 tan. Walaupun tidak sepantas pesaingnya yang menggunakan trenkuasaa hibrid, kemampuan torknya menjadikan ia sebuah varian yang 'serba boleh,' tanpa sebarang masalah untuk memotong kenderaan lain, mendaki bukit dan mungkin juga untuk towing.

Selain tork yang tinggi, kuasa kuda sebanyak 188 hp Skyactiv-D membolehkannya mencapai kelajuan maksimum sehingga 206 km/j.
Dari segi keselesaan, kadar serapan NVH atau bunyi, gegaran dan kekasaran kereta cukup baik, memberikan keselesaan yang optimum kepada semua penumpang depan dan belakang. Bunyi bising hanya didengari semasa kereta dipecut laju.
4. Jimat Bahan Api!

Sebagai sebuah kereta yang menggunakan enjin diesel, kadar penggunaan minyaknya sangat memuaskan hati. Menurut Mazda, secara purata, CX-5 2.2D High hanya menggunakan bahan api diesel Euro 5 B7 serendah 5.5 liter setiap 100 km.
Angka tersebut tidak jauh berbeza daripada model hibrid Honda, CR-V 2.0 e:HEV baharu dengan kadar penggunaan bahan api 5 liter/100 km. Lebih menarik jika dibandingkan dengan CX-5 petrol, kerana varian tersebut mencatatkan kadar penggunaan minyak sebanyak 6.9 liter per 100 km.




Sepanjang sesi pandu uji ini kami banyak menggunakannya untuk perjalanan di kawasan bandar, dan hasil pandu uji kami mencatatkan purata 8 liter setiap 100 km. Untuk makluman, unit yang kami pandu uji ini ialah unit baharu dengan jarak perjalanan yang agak rendah (kurang daripada 3,000 km).
Satu perkara yang menjadi isu ialah harga minyak diesel yang berkemungkinan besar akan jadi lebih tinggi selepas subsidi bersasar dilaksanakan nanti. Namun, prestasi cekap CX-5 diesel masih boleh membantu mengimbangi kos tinggi bahan bakar diesel jika anda mengamalkan gaya pemanduan yang 'berhemah.'
5. Harga Jualan yang Kompetitif & Pakej Jaminan yang Komprehensif

Mazda CX-5 2.2D High Facelift yang dipasang secara CKD ini ditawarkan di pasaran pada harga RM180,322, atas jalan. Ini menjadikannya sebagai salah satu SUV segmen C premium yang paling berpatutan di pasaran.
Selain daripada harganya yang kompetitif, pembelian CX-5 2.2D High juga termasuk pakej jaminan kenderaan dan perkhidmatan BAuto yang komprehensif selama 5 tahun atau 100,000 km.
Jadi, apa pendapat anda?
Dengan reka bentuk yang menarik, mewah dengan ciri premium dan menggunakan enjin turbodiesel yang bertenaga dan sangat efisien, Mazda CX-5 2.2D High Facelift dapat memenuhi semua keperluan jika anda mencari SUV C premium yang bukan sahaja praktikal tetapi juga menjanjikan pengalaman pemanduan yang dinamik.
SPESIFIKASI
MAZDA CX-5 2.2D HIGH FACELIFT 2024 CKD
| ENJIN | Diesel turbo 2.2 liter 4 silinder Skyactiv-D | 
| TRANSMISI | Automatik Skyactiv-Drive 6 kelajuan, pacuan roda hadapan (FWD) | 
| KUASA | 188 HP @ 4,500 RPM | 
| TORK | 450 NM @ 2,000 RPM | 
| 0-100 KM/J | 9.1 saat | 
| V-MAX | 206 KM/J | 
| KADAR PENGGUNAAN BAHAN API | 5.5 liter/100 KM (atas kertas) | 
| BERAT | 1,671 KG (bersih, atas kertas) | 
| HARGA | RM180,322.80 (tidak termasuk insurans) | 
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPX4936
SELANGOR
BSJ7826
JOHOR
JYK3816
PULAU PINANG
PRV3385
PERAK
APC2139
PAHANG
CFD9272
KEDAH
KGC8013
NEGERI SEMBILAN
NEH4929
KOTA KINABALU
SJN4574
KUCHING
QAB4428M
Terakhir Kemas Kini 31 Oct, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum
Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.
29-10-2025
Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!
Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.
05-10-2025
Mazda CX-5 Generasi Baharu Didedahkan Secara Rasmi – Ini Perinciannya...
Mazda akhirnya memperkenalkan model serba baharu, Mazda CX-5 generasi ketiga, yang dijangka memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi.
11-07-2025
Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang
Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.
03-07-2025
Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5
Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.
04-12-2024
Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid
Mazda CX-5 yang menjadi pilihan ramai peminat kereta Mazda bakal tiba dalam versi generasi terbaru tidak lama lagi.
13-05-2024
[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-5 generasi kedua yang dipasang di dalam negara (CKD). Ini pendapat kami...
07-03-2024
Video Mazda CX-5 Facelift Bocor, Dilancarkan 30 Januari Ini Di Malaysia
Video yang menunjukkan Mazda CX-5 Facelift telah didedahkan di Facebook. Ini perinciannya...
25-01-2024
Berita Terkini
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Toyota Hilux GR Sport – Trak Pikap Serba Boleh, Lasak & Sporty
Toyota Hilux GR Sport tampil lebih gah dan berkuasa. Ini yang menarik...
30-06-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat






















![[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024](https://static-content-live.caricarz.com/media_library/post/11290/11909093/conversions/11290_1713770179-thumb.jpg)





![[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...](https://static-content-live.caricarz.com/media_library/post/19525/16063892/conversions/RlkB7a2q_1758447283-thumb.jpg)



