Acura Kongsi Teaser SUV EV Konsep Berprestasi Tinggi – Bakal Diperkenalkan Di AS

Acura dedah teaser SUV EV baharu yang bakal dipertontonkan di Monterey Car Week.
Syarikat automotif Jepun-Amerika, Acura, dilaporkan akan memperkenalkan kereta konsep elektrik terbarunya di pameran kereta Monterey Car Week yang kini sedang berlangsung di California, Amerika Syarikat.
Menjelang kemunculan pertama kereta konsep tersebut, Acura telah memberikan sedikit gambaran dengan memaparkan bahagian belakang kereta tersebut.
Dari gambar teaser ini, kita dapat menyaksikan bahawa model ini memiliki bentuk badan sebuah SUV coupe yang sporty, dengan lampu belakang LED yang merentangi keseluruhan lebar kenderaan serta grafik LED yang bergaya, bersama tulisan Acura yang kelihatan bercahaya.
Selain daripada gambar teaser ini, tiada butiran lanjut dikongsikan. Model ini bagaimanapun digambarkan sebagai “kenderaan utiliti sukan yang ‘menentang’ segmen” dengan gaya badan yang dinamik.

-full.webp)
SUV elektrik Honda Prologue (kiri) & Acura ZDX (kanan)
Versi produksi EV konsep ini nanti dikatakan bakal menjadi model pertama yang menggunakan platform EV khusus terbaru daripada Honda, berbeza dengan platform EV GM Ultium yang digunakan oleh Honda Prologue dan Acura ZDX EV baharu.

SUV EV terbaru Acura ini dijangka akan dipasang di kilang pengeluaran Honda di Marysville, Ohio.
SUV EV baharu ini juga dilaporkan akan dihasilkan di kilang pengeluaran Honda di Marysville, Ohio, di mana ia akan berkongsi barisan pemasangan dengan model Acura lain seperti Integra baharu.
Diposisikan sebagai SUV EV bersaiz sederhana yang sporty dan berprestasi tinggi, model ini dijangka akan menjadi pesaing kepada Tesla Model X, BMW iX, Mercedes-Benz EQE SUV dan Audi Q8 e-tron.
Butiran lebih lanjut mengenai kereta konsep misteri ini bakal didedahkan sebaik kemunculannya di acara Monterey Car Week 2024 yang kini sedang berlangsung di California dari 9 hingga 18 Ogos depan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ9680
SELANGOR
BST8951
JOHOR
JE5872J
PULAU PINANG
PSF7310
PERAK
APL6227
PAHANG
CFH7972
KEDAH
KGJ2119
NEGERI SEMBILAN
NEL9541
KOTA KINABALU
SJU2240
KUCHING
QAB5997P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Pengeluaran Global Honda Turun 6.4% Tahun 2022
Honda baru-baru ini telah mengumumkan angka pengeluarannya bagi tahun 2022.
03-02-2023
Prototaip Acura Integra Didedahkan - Harga Bermula RM125K
Acura Integra telah membuat kemunculan semulanya dengan melancarkan model prototaip Acura Integra baru-baru ini.
05-01-2022
Antara TLX Type S Dan IS 500 F Performance, Yang Mana Lebih Ummph!
Untuk makluman anda, Acura dan Lexus merupakan kereta sedan sporty yang dihasilkan dengan prestasi tinggi sekali gus sering menarik perhatian peminat kereta ini.
16-08-2021
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat