MAS 2025: Omoda C7 Dipertonton-Kini Bawah "Bumbung" Omoda | Jaecoo Malaysia

Sudah setahun sejak Jaecoo Malaysia membuat penampilan sulungnya di Malaysia, dan kini ia telah menjalani penjenamaan semula sebagai Omoda | Jaecoo Malaysia, selaras dengan konvensyen yang digunakan di pasaran luar negara lain.
Sempena dengan penjenamaan semula ini, pengeluar automotif yang berpangkalan di Wuhu itu turut memperkenalkan model SUV crossover terbarunya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang dikenali sebagai Omoda C7.

Dilancarkan secara global tahun lalu, Omoda C7 baharu ini pada asalnya merupakan model SUV crossover segmen-C terkini jenama tersebut.
Sebaliknya, ia tampil sebagai pasangan kembarnya yang lebih sporty berbanding model C-SUV iaitu, Jaecoo J7.


Dari segi reka bentuk, C7 menampilkan rekaan yang tajam dan sporty, dimana sebahagiannya mengambil inspirasi daripada model sporty seangkatan, iaitu Omoda C9 dan C5. Ia adir engan termasuk lampu hadapan LED yang tajam dan mengapit gril hadapan berbentuk sarang lebah, garis bumbung SUV coupe yang sporty dengan cermin belakang yang condong, pemegang pintu yang rata, lampu belakang LED, rim aloi gaya bersaiz 20 inci, dan banyak lagi.


Dari segi saiz, C7 berukuran 4,621 mm panjang, 1,872 mm lebar, 1,673 mm tinggi dan mempunyai jarak roda sepanjang 2,700 mm.
Ini meletakkan C7 setanding dengan SUV segmen C popular lain seperti Kia Sportage, Honda CR-V dan Mazda CX-5.

Malangnya, pintu pada unit C7 yang dipamerkan ini dikunci, jadi kami tidak dapat mengakses bahagian dalamannya.

Namun, dengan merujuk kepada model spesifikasi global, kita boleh menjangkakan model yang bakal dibawa masuk ke Malaysia akan menerima senarai kelengkapan yang sama, termasuklah skrin infotainmen tengah bersaiz besar 15.6 inci, sistem audio premium Sony, tempat duduk depan berkuasa dengan fungsi pengudaraan dan pemanas, dan banyak lagi.
Dari segi rangkaian kuasa, unit C7 yang dipamerkan di sini ialah varian pacuan semua roda (AWD) dengan pengecas turbo, yang menggunakan enjin 1.6 liter 4-silinder TGDi yang sama seperti pada Jaecoo J7.
Ia berupaya menghasilkan kuasa setalat 194 HP dan 290 NM ke semua roda melalui kotak gear DCT 7-kelajuan. Sebagai alternatif, C7 juga ditawarkan dalam varian hibrid plug-in (PHEV) dengan Sistem Super Hibrid (SHS) yang sama, terdiri daripada enjin hibrid khusus 1.5 liter 4-silinder pengecas turbo dan satu motor elektrik dengan kuasa 201 hp dan tork 310 Nm.

Gabungan sistem PHEV ini membolehkan C7 hibrid mencatat masa pecutan dari 0-100 km/j dalam masa 8.5 saat, manakala bateri berkapasiti 18.3-kWh yang diperoleh daripada BYD membolehkan jarak perjalanan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km dan jarak perjalanan keseluruhan melebihi 1,250 km.
Catatan itu adalah berdasarkan piawaian WLTP.
Dengan pratonton Omoda C7 yang telah pun berlangsung dan penjenamaan rasmi Omoda | Jaecoo diumumkan di Malaysia, ini berkemungkinan besar menandakan lebih banyak model Omoda dan Jaecoo bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.
Antara model yang dijangka tiba termasuklah SUV segmen-B yang bergaya, Jaecoo J5, serta versi naik taraf dan facelift bagi Chery Omoda 5, yang mungkin akan dikenali sebagai Omoda C5.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri Omoda C7 yang baharu serta model-model lain dari Omoda atau Jaecoo, anda boleh berkunjung ke Malaysia Autoshow 2025 yang sudah berlangsung bermula hari ini di MAEPS Serdang hingga 15 Mei 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6230
SELANGOR
BSU3687
JOHOR
JF5842J
PULAU PINANG
PSG3654
PERAK
APM1847
PAHANG
CFJ509
KEDAH
KGJ4374
NEGERI SEMBILAN
NEM2549
KOTA KINABALU
SJU5166
KUCHING
QAB7445P
Terakhir Kemas Kini 12 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Jaecoo Malaysia Dedah Imej Omoda C9, Boleh Datang Jenguk Omoda C9 Di MAS 2025
Jaecoo Malaysia menjadi bualan hangat apabila memuat naik imej teaser Omoda C7 di media sosial, baru-baru ini.
29-04-2025
Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?
Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.
12-10-2026
Chery & AiMOGA Bakal Cetus Fenomena Di Auto China 2026
Sinergi Global: Bagaimana hala tuju baharu Chery bakal beri kesan kepada pasaran Malaysia.
21-04-2026
Ini Dia Kenderaan Pertama EREV Chery, Chery iCAUR V27
Chery iCaur V27 yang sudah mula dihasilkan sebenarnya adalah kenderaan elektrik jarak lanjutan (EREV) pertama yang berada di bawah lencana iCaur.
13-01-2026
Chery Tiggo 7 PHEV Selamat Segenap Sudut – ASEAN NCAP 5 Bintang
Chery nampaknya semakin serius membuktikan bahawa kenderaan buatan mereka bukan sahaja cantik dan canggih, malah antara yang paling selamat di dunia.
26-12-2025
Ini Dia Trak Pikap Hibrid Chery, Jetour F700
Trak pikap baharu daripada Chery, Jetour F700.
04-12-2025
Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza
Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.
12-11-2025
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

