Stellantis Malaysia Tak Jadi Bawa Masuk Jenama Jeep?

Stellantis Malaysia mungkin telah menggugurkan rancangan untuk menghidupkan semula jenama Jeep.
Ramai menjangkakan Stellantis Malaysia akan menghidupkan semula jenama Jeep di negara ini, bagaimanapun, laporan terkini mendedahkan bahawa ‘tugasan’ tersebut kini akan dilaksanakan oleh Red Rock & Rosso Motor, sebuah syarikat dikaitkan dengan ahli perniagaan Malaysia, Goh Kian Sin.
Menurut laporan The Business Times, Red Rock akan bertindak sebagai pengedar rasmi jenama Jeep di Malaysia dan Singapura. Rakan media kami di WapCar turut mendedahkan penemuan pendaftaran perniagaan yang menunjukkan bahawa Goh ialah pengasas dan pengarah urusan Oriental Castle Group, pemegang saham tunggal Red Rock.
Siapa Goh Brothers?

Audi Setia Alam yang kini telah ditutup, dahulunya dikendalikan oleh Goh Brothers (Goh Brothers Motor).
Goh Brothers bukan nama asing dalam dunia automotif tempatan. Organisasi ini mengendalikan pusat jualan rasmi untuk pelbagai jenama seperti Audi, Lexus, Volkswagen, Toyota, Proton (smart) dan BYD.



Goh Brothers merupakan sebuah syarikat yang cukup dikenali kerana mengimport dan mengedar jenama terkenal seperti Harley-Davidson, Aprilia, Vespa, Piaggio, Moto Guzzi, Royal Enfield serta Triumph Motorcycles.
Bukan itu sahaja, ia juga merupakan pengedar motosikal terkenal termasuk Harley-Davidson, Triumph, Royal Enfield, Vespa dan Aprilia. Terdapat juga spekulasi bahawa mereka akan mengambil alih pengedaran Ducati dari Naza, tetapi perkara ini belum disahkan secara rasmi.
Alfa Romeo Milik Pihak Lain

Alfa Romeo, jenama mewah dan sporty dari Itali.
Berbalik kepada Red Rock, walaupun The Business Times sebelum ini pernah melaporkan bahawa syarikat itu telah menandatangani perjanjian dengan syarikat induk global Stellantis untuk mengedar jenama Jeep dan Alfa Romeo di Malaysia dan Singapura, sumber tempatan menafikan ketepatan maklumat tersebut.
Sebaliknya, kami menerima maklumat yang sahih bahawa jenama Alfa Romeo, yang kali terakhir diuruskan oleh Sime Darby Auto Connexion (Sime Motors), akan kembali ke pasaran Malaysia melalui pihak lain yang masih belum diumumkan. Laporan susulan akan dikongsikan sebaik maklumat lanjut diperoleh.
Untuk makluman pembaca, Alfa Romeo tidak termasuk dalam rancangan ‘pengembalian jenama’ Stellantis Malaysia yang asal. Dalam kenyataan awal mereka, hanya jenama Peugeot, Leapmotor, Jeep dan Citroën yang disenaraikan.
Usaha Ketiga Pengembalian Jenama Jeep Di Malaysia

Sepanjang dekad lalu, sudah tiga kali percubaan menghidupkan semula jenama Jeep di Malaysia, namun dua daripadanya gagal dalam tempoh singkat.
Usaha pengenalan semula jenama Jeep yang pada asalnya diterajui oleh Stellantis Malaysia kini telah diserahkan kepada Goh Brothers. Menjadikan ini kali ketiga jenama Jeep cuba dihidupkan semula di Malaysia dalam tempoh 10 tahun.
Tidak seperti jenama Citroën, yang pernah menyaksikan kehadiran model baharu versi fizikal di pasaran tempatan, usaha Stellantis Malaysia untuk jenama Jeep tidak pernah melepasi tahap acah atau teaser semata-mata.
Mungkin kali ini harapan untuk melihat model-model Jeep tiba di negara kita secara rasmi lebih cerah memandangkan latar belakang Goh Brothers yang cukup baik dalam bidang pengedaran automotif.
Pengumuman Rasmi Pada Julai Nanti?

Kenderaan elektrik (EV) Jeep Wagoneer S
Sumber industri menjangkakan pengumuman rasmi akan dibuat seawal Julai 2025, dengan pelbagai model ikonik seperti Wrangler, Grand Cherokee, Cherokee dan Compass berkemungkinan besar akan ditawarkan. Tidak mustahil juga model elektrik baharu, Wagoneer S, akan turut menyusul.
-full.jpg)
-full.jpg)
Namun begitu, cabaran terbesar buat Jeep kali ini adalah persaingan sengit dari jenama EV China yang lebih mampu milik. Adakah gaya lasak dan warisan jenama ini masih cukup untuk menarik hati pengguna Malaysia?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM5627
SELANGOR
BST2260
JOHOR
JD1347J
PULAU PINANG
PSF832
PERAK
APK9530
PAHANG
CFH5385
KEDAH
KGH7203
NEGERI SEMBILAN
NEL5710
KOTA KINABALU
SJT6940
KUCHING
QAB4514P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Leapmotor C10 PLUS Capai 510 KM, Cas 22 Minit – Beli Awal, Diskaun RM13,000!
Stellantis Malaysia telah melancarkan model Leapmotor C10 yang terkini bagi tahun 2026, C10 PLUS, bersama varian eksklusif yang terhad, C10 PLUS Night Edition untuk pasaran tempatan.
26-02-2026
Lagi Laju, Lagi Jauh! Leapmotor C10 2026 Capai 496 KM Bakal Tiba Di Malaysia?
Pengguna EV di Malaysia bakal disajikan dengan model Leapmotor C10 yang lebih berkuasa tidak lama lagi.
24-02-2026
Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal
SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.
10-12-2025
Imej Acah Didedahkan, EV Leapmotor B10 Bakal Muncul Dalam Masa Terdekat, Mungkin CKD
Setelah dikesan meluncur di jalan raya negara kita dalam keadaan berpelekat samaran, pengeluar kenderaan elektrik (EV) dari China di bawah Stellantis, Leapmotor Malaysia, akhirnya mendedahkan teaser rasmi model terbarunya, Leapmotor B10.
06-11-2025
Pusat Servis, Bilik Pameran Untuk Peugeot & Leapmotor Sudah Dibuka
Stellantis Malaysia merasmikan pusat servis Subang dan bilik pameran untuk pelbagai jenama yang terletak di Desa Park City, Kuala Lumpur baru-baru ini.
10-03-2025
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!
Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.
13-01-2025
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
