ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

XC40 Recharge T5 R-Design Dilancarkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasminya melancarkan model hibrid plug-in (PHEV) pemasangan tempatan (CKD) terbaharunya,  Volvo XC40 Recharge T5 R-Design  ke pasaran Malaysia hari ini. 


Pengarah Urusan VCM, Nalin Jain berkata, pengenalan model itu  menjadikan syarikat VCM hampir  mencapai cita-citanya bagi mengurangkan pelepasan karbon bagi setiap kereta sebanyak 40 peratus.

“Kami teruja kerana kami dapat menawarkan salah satu kenderaan utiliti sukan terbaik sebagai kenderaan elektrik hibrid sekali gus melengkapkan barisan kenderaan PHEV.

“Ia juga membuktikan kami telah bersedia untuk menempuh cara hidup yang lebih hijau dan lestari pada masa depan,” katanya ketika melancarkan model berkenaan secara maya. 

Lebih menarik ia dibangunkan dengan menggunakan Compact Modular Architecture (CMA) Volvo selain  buat pertama kalinya Volvo XC40 Recharge T5 dilengkapi enjin tiga silinder turbocharged 1.5 liter dan rangkaian kuasa Drive-E.


Malah, sebuah motor elektrik dipasang pada kotak gear automatik dual clutch 7 – kelajuan semata-mata untuk menggerakkan roda hadapan. 

Menyentuh mengenai model itu, ia merupakan hasil gabungan kuasa sebanyak 262 kuasa kuda (hp) dan 425 nm, manakala tork 160Nm dan kuasa setinggi 82 hp dihasilkan dari motor elektrik bagi memberikan pecutan dengan serta-merta.

Ia yang menggunakan enjin petrol menyebabkan Volvo XC40 ini mampu memecut 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 7.3 saat namun kelajuannya terpaksa dihadkan pada 180 km/j selepas syarikat membuat pengumuman pada Mac tahun lalu.

Jentera yang diperbuat dari Sweden tetapi dipasang di Malaysia turut dilengkapi dengan sistem  teknologi keselamatan, saling hubung dan  infotainmen yang merupakan sistem pemenang anugerah.

Antara teknologi lain yang turut terdapat dalam SUV itu adalah ciri keselamatan dan bantuan kepada pemandu seperti sistem Pilot Assist, City Safety, Run-off Road protection and mitigation dan Cross Traffic alert dengan sokongan brek.

Kehadiran ciri-ciri ini dilihat dapat meningkatkan keyakinan dan keselesaan pemandu untuk  pemanduan yang lebih selamat. XC40 Recharge T5 turut  menawarkan lima mod pemanduan berbeza untuk pengalaman pemanduan yang lebih dinamik: Hibrid (tersedia), Tulen, Off-road, Berkuasa dan Individu.

Bagi mengetengahkan penampilan bergaya, XC 40 masih mengekalkan reka bentuknya yang mengancam dengan hiasan khas trim R-Design yang menampakkan pemandunya lebih menyerlah.

Ia turut dilengkapi dengan soket pengecas di bahagian kiri selain tempat penyimpanan yang  direka khas untuk menyediakan ruang penyimpanan lebih praktikal selain terdapat cangkuk untuk menggantung barang.

Model baharu ini yang didatangkan dengan lima warna Blackstone, Crystal White Pearl, Bursting Blue Metallic, Glacier Silver Metallic dan Coral Red Metallic.

Jentera berkenaan ditawarkan pada harga RM255,888 namun harganya dikurangkan kepada RM241, 997 (atas jalan tanpa insurans) selepas kerajaan memberikan pengecualian cukai.

Sehubungan itu, ia juga boleh ditempah secara dalam talian melalui laman web Volvo Car Malaysia dan sudah mula dipamerkan  di semua pengedar Volvo yang sah di seluruh negara.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW7443

SELANGOR

BSP7362

JOHOR

JYW1769

PULAU PINANG

PSC139

PERAK

APH2624

PAHANG

CFG4257

KEDAH

KGF7037

NEGERI SEMBILAN

NEK3301

KOTA KINABALU

SJR7509

KUCHING

QAB7207N

Terakhir Kemas Kini 09 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kempen ‘Selamat Raya Bersama Volvo': Tawar Rebat Sehingga RM60,000

Sepanjang acara jualan tempoh terhad ini, anda boleh menaik taraf kenderaan kepada rangkaian model Volvo dengan ganjaran tukar beli (trade-in) sehingga RM60,000 bagi model-model terpilih:

02-03-2026
EV

Volvo EX60 Diperkenalkan – Varian Paling Berkuasa Capai Jarak EV Tertinggi? 810 KM!

Volvo tidak berseloroh apabila menggelar EX60 sebagai "pencetus revolusi" atau game-changer. Di sebalik rupa parasnya, EX60 adalah model pertama yang menggunakan platform SPA3 serba baharu.

23-01-2026
EV

Volvo EX60 2026 Sah Masuk Malaysia – Capai 810 KM!

Volvo Car Malaysia (VCM) mengesahkan bahawa SUV elektrik terbaharu, Volvo EX60 2026, bakal muncul di pasaran Malaysia tidak lama lagi.

13-01-2026
Global

Volvo EX90 2026 Didedahkan – Sistem Jauh Lebih Canggih

Syarikat automotif Sweden, Volvo, mengumumkan versi terbaru bagi SUV elektrik andalannya (flagship), EX90, versi keluaran 2026

24-09-2025
Global

Volvo XC90 Versi Kalis Peluru Diperkenalkan – Ini Teknologi Yang Digunakan...

Pengeluar kenderaan mewah dari Sweden, Volvo, baru-baru ini telah memuat naik video di YouTube yang memperlihatkan model Volvo XC90 Armoured.

07-07-2025
Global

Volvo XC60: Antara Model Paling Laris Dalam Sejarah Volvo Ialah Volvo XC60

Percaya atau tidak, lebih 2.7 unit Volvo XC60 terjual di seluruh dunia.

26-06-2025
Gaya Hidup

Volvo EX90 Menang Anugerah World Luxury Car of the Year 2024! Ada Sebabnya

Pengiktirafan berprestij ini diumumkan pada New York International Auto Show yang diadakan baru-baru ini.

22-04-2025
EV

Imej Acah Sedan Elektrik Volvo ES90 Didedahkan – Kemunculan Rasmi 5 Mac Nanti

Selepas memperkenalkan SUV elektrik EX90, kini kembarnya, sedan elektrik serba baharu, ES90, bakal menyusul pada bulan depan.

21-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900

Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!

08-05-2026
Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Kereta Baru

Subaru Crosstrek 2026 Rasmi Dilancarkan Di Malaysia – Unit CBU Jepun, RM190,788

Subaru Crosstrek 2026 rasmi dilancarkan di Malaysia.

06-05-2026
Kereta Baru

SUV Kompak Baharu Proton Bakal Tunjuk Belang

Bagaimanapun, Proton masih mengunci mulut.

06-05-2026
Kereta Baru

Jangan Beli SUV Lain Dulu! JETOUR T1 Dah Buka Tempahan, Spesifikasi Bukan Kaleng-Kaleng

Lagi Cantik Dari Pesaing? JETOUR T1 Secara Rasmi Buka Tempahan Untuk Rakyat Malaysia.

30-04-2026
Kereta Baru

BMW Malaysia 'Mengganas'! X3 30 xDrive Lebih Padu & Harga iX1 LWB Kini Diumum

Milik BMW Idaman! Harga iX1 eDrive20L & X3 30 xDrive Rasmi Diumumkan.

27-04-2026
Kereta Baru

MGS5 EV CKD Kini Di Malaysia – Lagi Laju, Lagi Murah, Siap Ada Promo RM9,000

MG Motor Malaysia secara rasminya melancarkan MG S5 EV versi pemasangan tempatan CKD, sebentar tadi.

24-04-2026
Kereta Baru

600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300

Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.

17-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.