Honda serba baharu ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi terkini
Honda Malaysia menerima lebih 20,000 tempahan varian tertinggi, Honda City RS e:HEV selepas ia dilancarkan pada tahun lalu sekali gus menjadikan Malaysia merupakan negara pertama di dunia yang memperkenalkan model serba baharu itu.
Jentera yang dilengkapi dengan ‘Next Generation Advanced Technology', Honda Sensing dan Honda Connect itu ditawarkan pada harga RM105,950.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekeskutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata, pihaknya telah menerima lebih 20,000 tempahan sejak ia dilancarkan pada Oktober tahun lalu.
“Sebaliknya, kira-kira 13,100 unit kenderaan ini telah diserahkan kepada pelanggan. Kami yakin Honda City Rs e:Hev ini akan menjadi model 'game-changer' .
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana pelanggan yang sudah menempah model ini tetap sabar dengan menunggu pengumuman harga rasmi," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Jentera ini menjadi model pertama Honda yang dilengkapi telematiks pintar selain teknologi Honda Connect. Sistem bersepadu ini dikatakan beroperasi 24 jam bagi memastikan keselamatan, sekuriti dan keselesaan kepada pengguna.

Menyentuh mengenai rekaan luaran kereta ini, ia agak menarik perhatian kerana tampil bergaya dengan gril hadapan yang berkilat selain gril hadapan dan bampar belakang dengan disfuser.
Ia juga dilengkapi dengan spoiler belakang, cermin sisi hitam, lampu hadapan LED, lampu nyalaan siang (DRL), lampu kabus dan rim aloi 16 inci dua tona.
Menurut Honda, ia didatangkan dengan sistem dua motor hibrid dipacu enjin 1.5 Liter DOHC i-VTEC Intelligent Multi-Mode Drive (i-MMD) e-CVT.
Rangkaian kuasa i-MMD dan sistem Intelligent Power Unit (IPU) mampu bertukar di antara tiga mod pemanduan iaitu Pacuan EV, Pacuan Hibrid dan Pacuan Enjin dengan penuh kecekapan.
Revolusi kenderaan ini dikatakan menyalurkan kuasa 109PS dan tork paling tinggi dalam kelasnya, 253Nm.
Hakikatnya, apabila sesebuah kenderaan digabungkan dengan transmisi Electric Continuous Variable Transmission (e-CVT), ia sekali gus memberikan pecutan yang lebih berkuasa dan lancar setara dengan tork enjin Aspirasi Natural segmen D.
Gaya dalaman model ini kelihatan lebih menarik apabila ia didatangkan dengan meter TFT bersaiz 7 inci manakala, paparan audionya pula bersaiz 8 inci untuk ketersambungan Apple CarPlay dan Android Auto.
Terdapat juga pelapik pedal sport bagi menonjolkan gaya yang lebih sporty. Bagaimanapun, model ini menawarkan tiga pilihan warna iaitu Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl.
Sehubungan itu, pra tempahan Honda City RS e:HEV boleh dilakukan di laman web Honda atau ke bilik pameran Honda di seluruh negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8932
SELANGOR
BSU5431
JOHOR
JG2104J
PULAU PINANG
PSG6473
PERAK
APM4230
PAHANG
CFJ1906
KEDAH
KGJ5452
NEGERI SEMBILAN
NEM3609
KOTA KINABALU
SJU6463
KUCHING
QAB8024P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Berapa Harga Honda City Hatchback Baru
Honda City Hatchback Baharu Mula RM95,900 – Ada Diskaun RM4k.
19-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000
Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.
27-08-2026
KLIMS 2026: Legenda Kini Kembali! Honda Prelude Serba Baharu Rasmi Di Malaysia, Ada DNA Type R, Harga RM278k
Lupakan Sekejap Civic, Honda Prelude Generasi Ke-6 Dah Tiba Di Malaysia! Apa Yang Best Sangat?
12-06-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini
Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.
11-02-2026
Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?
Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.
11-02-2026
Berita Terkini
Bagi Yang Tiada Lesen, Mesti Lega Sebab Minyak Turun
Harga Minyak Turun 30 Sen Bermula Esok: RON97, RON95 & Diesel.
22-10-2026
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge