ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pelumba Malaysia Dipilih Aston Martin Sebagai Pengarah Bagi Pengedar Eksklusif Vantage GT

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston Martin telah memilih  Motorsports Services AMR Asia Limited (MSAA)  sebagai pengedar eksklusif kesemua varian bagi kereta lumba Vantage GT, alat ganti dan juga sokongan teknikal di negara China, Hong Kong, Macau, Taiwan dan Asia Tenggara.

Organisasi ini dipertanggungjawabkan untuk memperkembang jenama kereta sport mewah British, Aston Martin, di rantau ini. Organisasi baharu ini merupakan gabungan usahasama antara tiga entiti penting termasuklah pelumba negara, Weiron Tan.  

MSAA akan memulakan perkhidmatan secepat yang mungkin dari bengkel sedia ada mereka yang terletak berdekatan Sepang di Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat operasi kedua yang berpangkalan di Zhuhai pula akan lebih memberi perhatian kepada pasaran negara China demi mengelakkan sebarang isu bekalan dalam era pandemik. 


Pengarah MSAA, Weiron Tan berkata mereka sangat berbesar hati atas gandingan antara Aston Martin Racing dan MSAA sebagai wakil rasmi dan juga pengedar di rantau Asia.  Menurutnya lagi, tahun ini merupakan tahun yang agak mencabar bagi industri permotoran, terutamanya di negara-negara Asia disebabkan impak penularan pandemik COVID-19.  Namun begitu, kami yakin bahawa saat pengumuman ini dibuat dan juga infrastruktur yang telah diaturkan dapat melancarkan segalanya untuk Aston Martin dan meluaskan jejak AMR GT ke seluruh rantau, memberikan perkhidmatan dan juga sokongan yang berkualiti kepada pelanggan yang dihargai. 

Pemenang kejohanan China GT 2018, Team ZWEI (dahulunya dikenali sebagai BSEM Racing) yang merupakan rakan kongsi AMR akan menjadi pasukan pertama untuk bekerjasama dengan MSAA di China, dan bakal mengadakan perlumbaan menggunakan Aston Martin Vantage GT4. 



Presiden  Aston Martin Racing (AMR), David King berkata buat sekian lama mereka telah melihat negara China dan rantau asia Tenggara sebagai lokasi yang strategik untuk pertumbuhan industri permotoran. Kini berdasarkan kesinambungan kejayaan Vantage GT3 dan GT4 di persada GT antarabangsa, kita sudah pun memiliki platform yang sempurna.  Penubuhan MSAA membuka peluang kepada AMR untuk menyalurkan perkhidmatan ke seluruh rantau Asia dan membantu rakan kongsi lain ketika bertanding dalam kejohanan dengan Aston Martin. 

Pemilihan MSAA sebagai pengedar di Asia Tenggara adalah langkah terbaru yang diambil Aston Martin Racing untuk memperluaas dan menyokong rangkaian global kesemua rakan kongsi.  Selain menjadi hub rantau ke-3 yang bertanggungjawab dalam memberikan sokongan dan bantuan teknikal lokal, MSAA turut memperluas program sokongan dengan kerjasama bersama juruteknik dan juga jurutera dari FIA GT World Endurance Manufacturer.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQS4898

SELANGOR

BSN7530

JOHOR

JYU1190

PULAU PINANG

PSB1169

PERAK

APG3801

PAHANG

CFG473

KEDAH

KGF347

NEGERI SEMBILAN

NEJ9235

KOTA KINABALU

SJR1884

KUCHING

QAB4961N

Terakhir Kemas Kini 04 Apr, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.

10-07-2025
Global

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global

Aston Martin Vanquish Kini Dengan Enjin V12 824 HP!

Vanquish kini membuat kemunculan semula dengan pelbagai sentuhan baru.

03-09-2024
Global

Aston Martin Buruk Ditemui Dalam Bangsal Dijual Lebih RM1 Juta? Ini Sebabnya...

Aston Martin DB4 yang ditemukan dalam keadaan usang di dalam sebuah bangsal bakal dijual pada harga £227,000 (RM1.3 juta).

06-06-2024
Global

Super SUV Ini Dikemaskini

Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.

22-04-2024
EV

Ada Sebab Kenapa Aston Martin Ketepikan EV!

Aston Martin menangguhkan rancangannya untuk melancarkan EV mereka.

16-04-2024
Berita Auto

Apple Bakal Lancarkan CarPlay Eksklusif Mengikut Model, Pratonton Pada Porsche & Aston Martin

Syarikat teknologi Apple akhirnya mempertontonkan perkhidmatan CarPlay versi generasi seterusnya.

26-12-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Satu ASEAN 'Bergegar' Harga Minyak Naik, Malaysia Masih Antara Negara Kedua Terendah

Malaysia kekal 'Syurga' petrol ASEAN: Di saat jiran bergelut dengan harga keras.

03-04-2026
Berita Auto

Bagaimana BDR 50% di Lembah Klang Boleh Jimatkan RM169 Juta Sebulan?

Penyelesaian Krisis Minyak Global: Mandat BDR 50% di Lembah Klang mampu jimatkan subsidi RM169 juta sebulan.

03-04-2026
Berita Auto

Leapmotor Terajui Takhta! Sahkan Kedudukan No. 1 Syarikat Pemula NEV

Leapmotor mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju syarikat pemula NEV No.1 dengan pencapaian mantap.

03-04-2026
Berita Auto

Proton Saga: Hero Rakyat yang Tak Lapuk Dek Zaman

Proton terus mengukuhkan cengkamannya dalam pasaran automotif tempatan apabila mencatatkan prestasi jualan suku pertama tertinggi dalam tempoh 22 tahun,

03-04-2026
Berita Auto

Tiga Nyawa Tak Berdosa Jadi Mangsa Pemandu Lalok

Keadilan buat mangsa: Pemandu treler positif dadah direman pagi Ini.

03-04-2026
Berita Auto

Selain GWM Tank 300 HEV, 5 Lagi SUV Bakal Menyusul

Great Wall Motor (GWM) Malaysia bakal menggegarkan pasaran automotif tempatan pada tahun ini.

01-04-2026
Berita Auto

Terbeliak Mata Tengok Harga Diesel - Naik 50 Sen

Satu kejutan besar buat pengguna kenderaan diesel di Semenanjung Malaysia apabila harga runcit bahan api tersebut dilaporkan melonjak sebanyak 50 sen.

01-04-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.