Jentera ini dikatakan bakal menyaingi pesaingnya
Suhana Veru
23-3-2021
Seperti mana kita ketahui, Toyota Corolla Cross akan dilancarkan di pasaran Malaysia pada Khamis ini.
Kehadiran Cross dikatakan bakal menyaingi seterunya seperti Honda HR-V, Subaru XV dan Mitsubishi ASX.
Rujuk carta di bawah:
Jika dibandingkan dengan harganya, Toyota Corolla Cross menawarkan harga yang paling rendah iaitu bermula dari RM78,890 (berdasarkan spesifikasi dan harga model keluaran Thailand).
Ia kemudian diikuti dengan Honda HR-V yang ditawarkan pada harga RM 104,000, Subaru XV (harga permulaan RM112,000) dan akhirnya, Mitsubishi ASX (RM118,866).
Toyota Corolla Cross ini didatangkan dengan 1.8 liter empat silinder sebaris, 16 injap, DOHC dengan Suntikan Bahan Api secara elektronik sekali gus mampu menghamburkan kuasa 138 kuasa kuda pada takat 6,000 rpm, manakala tork 177 Nm pada takat 4,000 rpm.
Bagi HR-V, ia dilengkapi dengan 1.8 liter 16 Injap SOHC, Aspirasi Semulajadi dengan Masa injap pembolehubah yang menghasilkan 140 kuasa kuda kuda pada takat 6,500 dan tork 172 Nm pada 4,300 rpm.
Bagaimanapun, XV pula didatangkan dengan enjin 2.0 Flat empat silinder, 16 injap DOHC, Aspirasi Semulajadi dengan suntikan bahan api terus bersama Masa Injap Pembolehubah.
Ia pula menghasilkan kuasa sebanyak 148 kuasa kuda pada takat 6,000 rpm dan tork 197 Nm pada takat 4,200 rpm.
Menyentuh mengenai transmisi kenderaan, Honda HR-C dan Mitsubishi hadir dengan transmisi Automatik Transmisi Pembolehubah Berterusan (CVT) sebaliknya, Cross pula dilengkapi dengan transmisi CVT tujuh kelajuan dengan Shift Lock dan Sequential Shift.
Subaru XV pula dipadatkan dengan mod manual transmisi Lineartronic tujuh kelajuan.
Menyentuh mengenai Mitsubishi ASX, ia pula dikatakan menggunakan minyak paling tinggi iaitu 7.7 liter (L) untuk setiap 100 kilometer (km), diikuti dengan XV, 7.3l/100km dan 6.6L/100km untuk HR-V.
Hakikatnya, kenderaan yang menggunakan bahan api paling rendah ialah Cross apabila ia cuma merekodkan penggunaan minyak sebanyak 6.5l/100km.
Dari segi dimensi, Cross memiliki 4,460 mm panjang, 1,825 mm lebar, 1,620 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,640 mm.
Ia yang seberat 1,386 kilogram (kg) hadir dengan ruang but seluas 487 liter.
Dimensi Honda HR-V pula ialah 4,334 mm panjang, 1,772 mm lebar, 1,605 mm tinggi dan jarak antara roda pula ialah 2,610 mm. Ia dilaporkan seberat 1,257kg dan memiliki ruang but bersaiz 437 liter.
Subaru XV pula hadir dengan dimensi 4,465 mm panjang, 1,800 mm lebar, 1,615 mm tinggi dan jarak roda, 2,665 mm. XV yang seberat 4,365kg pula memiliki but seluas 442 liter.
Berdasarkan dimensi berikut, kita boleh melihat bahawa XV lebih panjang (4,465mm) berbanding Cross. Bagaimanapun, Cross merupakan model paling lebar yang mencatatkan ukuran (1,825mm) berbanding tiga model itu.
Model paling tinggi pula dikatakan milik ASX, kerana mencatatkan ukuran 1,640mm tetapi ruang but Cross antara yang paling besar iaitu 487 liter.
Begitupun, buat masa ini, kita tidak boleh mengesahkan sebarang spesifikasi mengenai Toyota Corolla Cross termasuk ada yang mengatakan ia juga akan hadir dengan pilihan enjin 1.0 liter.
Sebaliknya, apa yang pasti penonton dikatakan akan teruja dengan pelancaran Toyota Corolla Cross ini memandangkan ia merupakan kereta pertama di Malaysia yang dilancarkan dengan Audio 8D.
Jadi, teruskan bersama kami untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Toyota Corolla Cross sebaik ia dilancarkan nanti!
Gallery




Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPC2013
SELANGOR
BSE4630
JOHOR
JXW5361
PULAU PINANG
PRQ3608
PERAK
ANV3648
PAHANG
CFB6682
KEDAH
KGA4272
NEGERI SEMBILAN
NEF7221
KOTA KINABALU
SJK7487
KUCHING
QAB3137L
Terakhir Kemas Kini 02 May, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.18
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025
Berita Terkini
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah
CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.
15-04-2025
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025
Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.
18-03-2025
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025
Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.
28-02-2025
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10
Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...
26-02-2025
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!
Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.
03-02-2025
Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia
Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.
27-01-2025
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis
Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.
24-01-2025
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia
Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.
20-01-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat