Mitsubishi Outlander 2021 Baharu Diumumkan di Jepun

Outlander generasi keempat ini telah diberikan penambahbaikan pada segenap bahagian. Antara ciri yang ditawarkan adalah termasuk Smartphone Link Display Audio System dengan fungsi sambungan telefon pintar (Android dan iPhone). Pengguna boleh menghubungkan sistem ini dengan Android Auto, Apple CarPlay dan aplikasi lain pada skrin besar bersaiz 9 inci.
Untuk kemudahan pemandu, paparan memandu digital sepenuhnya yang bersaiz 12.3 inci yang menggunakan material kristal cecair adalah paparan pertama seumpamanya yang digunakan oleh Mitsubishi Motors. Paparan ini turut dilengkapi fungsi penyesuaian (customization) yang membolehkan pelbagai informasi berbeza digabungkan dan dipaparkan pada skrin. Selain itu, turut terdapat paparan pelbagai info bersaiz 7 inci yang boleh menunjukkan arah anak panah untuk tujuan navigasi pada bahagian tengah skrin. Ia turut menggunakan paparan analog dengan gabungan dail stereoskopik dail dan jarum indikator yang dihiasi.
Ciri tambahan lain adalah pemanas tempat duduk dan kawalan iklim tiga zon automatik. Pelindung matahari untuk pintu belakang pula disediakan bergantung pada aras trim untuk menjadikan kerusi tempat duduk belakang lebih selesa bagi sebuah SUV keluarga.
Outlander baharu ini menggunakan enjin 2.5 liter dengan sistem 4WD dan S-AWC (Super-All Wheel Control) yang dikawal secara elektronik. Sistem transmisi yang digunakan ialah CVT mod sport 8-kelajuan dengan kawalan step shift.
Mengenai fungsi keselamatan yang disediakan pula, antaranya adalah seperti Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), sistem sambungan navigasi, operasi penetapan permasalahan, 11 buah beg udara, Mitsubishi Connect, prestasi keselamatan pelanggaran, kestabilan stereng dan juga sistem brek anti-kunci.
Untuk model 4WD kereta ini, ia dilengkapi brek AYC (Active Yam Control) dan sistem kawalan dinamik kenderaan yang disepadukan dengan S-AWC, manakala, model 2WD pula didatangkan dengan brek AYC untuk tayar depan dan belakang serta disepadukan dengan kawalan kestabilan aktif (ASC).
Dalam mod memandu pra-set, terdapat enam jenis mod berbeza bagi model 4WD dan lime jenis mod untuk 2WD. Mod-mod yang dimaksudkan adalah Eco, Normal, Tarmac, Gravel, Snow dan Mud3. Mod pemanduan yang ditawarkan memantapkan pengendalian kenderaan model 4WD dan dalam masa yang sama turut meningkatkan potensi model 2WD untuk melahirkan rasa selamat semasa memandu.
Mitsubishi Motors juga memasangkan paparan-di-kepala (HUD) bersaiz 10.8 inci untuk memaparkan informasi memandu dengan cara yang lebih selamat dan pantas. Pemandu boleh memilih secara manual untuk membua atau menutup sistem HUD di samping boleh memilih kandungan yang ingin dipaparkan pada skrin.
Berkenaan sistem bunyinya, Outlander menggunakan sistem audio premium BOSE. Sistem ini merangkumi 10 buah speaker termasuklah woofer besar dengan dua subwoofer pada bahagian pintu yang mengeluarkan bunyi bass yang dalam berserta bunyi berkualiti tinggi seperti dalam pertunjukan langsung.
Berkaitan ruang simpanannya pula, terdapat tempat meletak telefon pintar pada ruang lekukan di konsol tengah, poket tepi konsol, poket belakang kerusi pemandu dan juga poket tepi pintu. Pada bahagian simpanan konsol tengah juga terdapat tempat pengecas telefon tanpa wayar (15W) yang akan menjalankan pengecasan secara automatik sebaik telefon pintar diletakkan di atasnya.
Turut terdapat di bahagian yang sama adalah port pengecas USB Type-C dan Type-A pada kedudukan belakang dan depan konsol tengah.

SUV keluarga Outlander serba baharu ini dilengkapkan dengan tujuh tempat duduk. Kerusi ini boleh disusun secara fleksibel dengan pelbagai ciri konfigurasi untuk disesuaikan dengan bilangan penumpang dan bagasi. Tempat duduk barisan kedua terdiri daripada kerusi gelangsar (boleh digerakkan ke depan dan belakang) yang boleh dilaraskan, kerusi ini memiliki nisbah pemisahan 4:2:4, membenarkan dua orang penumpang dewasa untuk duduk dengan selesa di baris kedua walaupun membawa barangan yang panjang seperti papan ski.
Warna yang ditawarkan bagi badan kereta model keluaran Mitsubishi Motor ini adalah Diamond Series, Red Diamond dan White Diamond, warna baharu, Black Diamond. Ia turut ditawarkan dalam enam warna asas lain menjadikan secara keseluruhannya pelanggan boleh memilih daripada sembilan warna berbeza.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR4053
SELANGOR
BSN5140
JOHOR
JYT5429
PULAU PINANG
PSA7426
PERAK
APG1871
PAHANG
CFF8874
KEDAH
KGE8710
NEGERI SEMBILAN
NEJ8361
KOTA KINABALU
SJQ9502
KUCHING
QAB4436N
Terakhir Kemas Kini 27 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7
Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.
19-03-2026
JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2
Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,
13-03-2026
Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar
Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?
11-03-2026
Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu
Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.
09-03-2026
Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.
06-03-2026
Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K
OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.
05-03-2026
Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.
04-03-2026
Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888
Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.
04-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat