Renault Captur Membongkarkan Versi R.S. Line
-full.jpg)
Renault telah mendedahkan Captur dalam versi R.S. Line yang dilengkapkan dengan pelbagai ciri eksklusif diinspirasikan daripada dunia permotoran.
The New Captur R.S. Line reveals its sport inspired philosophy with a strong and distinctive charisma. Captur R.S. Line menampilkan gaya sporty yang diserlahkan melalui penggunaan warna dua tona dan juga kemasan berwarna logam gelap. Bahagian depannya dilengkapkan dengan plat kelincir dan juga bilah F1 aerodinamik berinspirasikan permotoran yang ikonik dalam R.S. Sudut belakangnya begitu menonjol sekali dengan adanya plat kelincir dan juga dwi-ekzos yang penuh bergaya.
-full.jpg)
Secara keseluruhannya, sudut luar kereta ini dapat dilihat sungguh terserlah gaya sportynya. Captur R.S Line menampilkan bampar hadapan dengan plat F1 dan juga gril dengan reka bentuk sarang lebah. Selain itu, terdapat peresap udara di bahagian belakang yang berwarna kelabu, cermin kereta dengan filem solar gelap, cermin belakang, dua kanula berwarna krom dan akhir sekali rim aloi Le Castellet bersaiz 18-inci. Logo R.S. Line dapat dilihat diletakkan pada bahagian pintu belakang untuk menunjukkan variannya.
-full.jpg)
Kemasan berwarna merah juga dapat dilihat digunakan pada corong pendingin hawa dan juga ambang pintu aluminiumnya untuk menampilkan warisan gaya Renault Sport.
Antara kelengkapan standard yang disediakan adalah seperti skrin digital 10-inci dengan kemasan karbon, bantuan parkir depan dan belakang berserta kamera pandangan belakang, pengecas induksi dan juga cermin dalaman elektrokromik.
Pilihan pacuan roda yang ditawarkan bagi Captur R.S. Line adalah termasuk transmisi manual TCe 140 FAP dan juga dwi-cekam TCe 140 EDC FAP versi automatik. Pacuan roda yang dijana oleh kuasa elektrik menggunakan teknologi hibrid E-Tech yang mampu memberi kuasa sehingga 140 hp, bersama dengan hibrid plug-in E-Tech untuk kuasa sehingga 160 hp.
Renault Captur 2021 sudah pun mula ditawarkan di negara Eropah bermula daripada 28,400 euro (RM115,176.20) untuk TCe 140 FAP sehingga 37,050 euro (RM 150,256.27) untuk E-Tech Plug-In 160.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS2271
SELANGOR
BSU1401
JOHOR
JF384J
PULAU PINANG
PSF9490
PERAK
APL8039
PAHANG
CFH8716
KEDAH
KGJ3035
NEGERI SEMBILAN
NEM1410
KOTA KINABALU
SJU3520
KUCHING
QAB6589P
Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Berapa Harga Hyundai Stargazer?
Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).
22-09-2026
Bakal Dilancar: Hyundai STARGAZER Malaysia: 300 Unit Pertama Mendarat
Hyundai Stargazer bakal dilancarkan.
17-09-2026
MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k
Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.
10-09-2026
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k
Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.
07-09-2026
JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800
JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.
02-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
