Model kereta ini dikatakan setaraf dengan kereta lumba
TC Euro Cars (TCEC) telah melancarkan Renault Megane R.S. 300 Trophy versi facelift ke pasaran Malaysia pada Khamis lalu.
Model baharu itu dijual pada harga RM326,476 (harga atas jalan tanpa insurans) dengan pengecualian cukai jualan SST, manakala RM174,888 untuk jualan di Langkawi.

Ia didatangkan dengan lima pilihan warna iaitu Flame Red, Diamond Black, Pearl White, manakala, dua warna signatur terakhir iaitu Liquid Yellow atau Orange Tonic ditawarkan pada harga tambahan bernilai RM9,000.



-full.jpg)
-full.jpg)
Malah, para pelanggan pelanggan mempunyai pilihan untuk melanggan kereta ini menerusi program langganan TCEC.
Ia menawarkan pelan satu, dua atau tiga tahun dengan yuran bulanan serendah RM5,200.
Yuran tersebut termasuk kos cukai jalan, insurans dan penyelenggaraan. Bagaimanapun, setiap pelan didatangkan dengan perbatuan 20,000 km setahun..
“Kami menawarkan pilihan pembelian dan langganan untuk menghargainya para pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TCEC, Wong Hoe Mun.
Kelebihan kenderaan ini ialah ia diletakkan di bawah hud dimana enjin turbon 1.8 liter mampu menghamburkan kuasa 300 kuasa kuda selain dilengkapi dengan turbocharge yang memakai bearing seramik.


Reka bentuk itu diilhamkan daripada konsep kereta Renault Sport R.S.01.
Enjin jentera ini turut dipadankan dengan kotak gear automatik Dwi-Klac Efisien (EDC), enam-kelajuan dimana ia menghasilkan tork 420 Nm.
Model ini juga hadir dengan empat mod pemanduan R.S iaitu My Sense, Save, Sport dan Race. Menerusi mod ini, pemandu boleh menggunakan fungsi Kawalan Pelancar dan Multi Change Down yang membolehkan mereka menurunkan beberapa gear secara serentak.
Prestasi kenderaan ini juga dikatakan umpama kereta lumba memandangkan ia dilengkapi dengan Kawalan Pelancar, enjin turbo dan klac EDC.
Menyentuh mengenai casis, R.S. 300 dilengkapi dengan casis Cup yang menampilkan LSD mekanikal Torsen yang telah dikalibrasikan semula.
Komponen utama yang lain termasuk 4CONTROL. Ia merupakan sistem stereng empat roda yang memastikan kenderaan ini mampu selekoh dengan cekap walaupun pada kelajuan tinggi.
Menjengah ciri utamanya di bahagian luaran, ia dilengkapi dengan lampu LED hadapan dan belakang dan lampu nyalaan siang. Ia yang dilengkapi dengan gril radiator honeycomb, turut hadir dengan rim Jerez berukuran 19 inci.
-full.jpg)
Hasil sentuhan terakhir kenderaan ini dihiasi dengan material kulit R.S eksklusif termasuk kombinasi lampu sisi, lampu selekoh, lampu kabus dan lampu suluh tinggi.
Selain bamper belakang yang didatangkan dengan diffuser, ia juga hadir dengan ekzos tengah selain brek Brembo.
Sementar itu, dari segi dalamannya, ia dihiasi dengan salutan Alcantara pada bahagian stereng selain panel instrumen digital TFT berukuran tujuh inci.
Ia juga dilengkapi dengan skrin sentuh Easylink tujuh inci dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto.


Sehubungan itu, pelanggan yang berhasrat untuk membeli Renault Megane R.S Trophy akan diberikan jaminan tiga tahun untuk perjalanan 100,000 kilometer.
Bagi yang mahu pandu uji kenderaan ini, anda boleh melayari laman web http://www.renault.com.my.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7181
SELANGOR
BSQ8573
JOHOR
JYY8042
PULAU PINANG
PSD1475
PERAK
APJ2670
PAHANG
CFG7947
KEDAH
KGG5327
NEGERI SEMBILAN
NEK6701
KOTA KINABALU
SJS4390
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 21 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering
Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.
17-06-2025
Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta
Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.
06-04-2025
Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi
Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.
20-03-2025
Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh
Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.
03-02-2025
Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo
Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.
14-07-2023
Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...
Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.
27-09-2022
Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K
Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.
15-08-2022
Berita Terkini
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun
Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.
19-06-2026
Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu
Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.
19-06-2026
Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ
Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.
19-06-2026
Teliti Cadangan Pasang 'Dashcam' Dalam Kereta e-Hailing
Dashcam E-Hailing: Antara Keselamatan Pemandu Dan Hak Privasi Penumpang.
18-06-2026
Mula 19 Jun: Servis Kereta Perodua Kini Lebih Murah, Diskaun 10% Termasuk Kos Buruh!
Bukan Setakat Model Biasa, Insentif Diskaun Servis Perodua Turut Merangkumi QV-E.
18-06-2026
Kereta Individu Meninggal Dunia Ditangan Rohingya Akhirnya Disita JPJ
Kereta Pusaka Bertukar Tangan Secara Haram, Lelaki Rohingya Ditahan Pandu Kia Sephia Mati Roadtax.
18-06-2026
Harga Minyak Mingguan: Diesel Turun
Harga runcit diesel di Semenanjung turun 30 sen kepada RM4.37 seliter bagi tempoh 18 hingga 24 Jun 2026.
18-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat