ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Proton Catat Permulaan Yang Baik Pada 2021, Mahu Terus Kekal Pencapaian Terbaik

Suhana Veru

Kongsi melalui

PROTON telah mencapai permulaan yang agak baik pada tahun ini, dengan jualan kumulatif tertinggi pada suku pertama tahun ini sejak Mac 2012.

Kesan daripada jualan kumulatif itu menyebabkan  Proton Commerce Sdn. Bhd berkemungkinan mampu mencatat rekod baharu bagi jumlah pinjaman.

Anak syarikat kewangan PROTON telah menyaksikan peningkatan jumlah pinjaman yang seiring dengan penambahan jualan kenderaan Proton. 

Sebanyak 5,410 pinjaman telah diluluskan  pada tahun 2018,  dimana ia berjumlah dua kali ganda iaitu mencecah 10,668 pinjaman pada tahun berikutnya.

 Biarpun, industri kewangan terjejas akibat wabak Covid-19 dan moratorium, namun   Proton Commerce berjaya meluluskan 14,189 pinjaman.

Pada tahun ini, Proton berhasrat untuk mencatat rekod baharu dengan sasaran 20,000 pinjaman, dimana ia bakal menjadi peningkatan baharu untuk syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Commerce, Mooi Fi Phang berkata, walaupun banyak sektor ekonomi terjejas akibat wabak Covid-19, namun sentimen pengguna dalam pembelian kenderaan masih tetap positif.

“Peningkatan kualiti, penambahan pengedar dan pelancaran model baharu sekali gus telah berjaya meningkatkan daya tarikan kepada barisan modelnya yang jelas memberi kesan kepada jumlah permohonan pinjaman yang kami terima.


“Jumlah pinjaman yang diluluskan suku pertama pada tahun ini telah meningkat sebanyak 42.3 peratus dan kami yakin kadar penambahan pada suku kedua akan meningkat lagi,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa pasaran sewa beli mengalami cabaran pada separuh masa kedua tahun ini kerana insentif cukai jualan PENJANA yang akan berakhir pada Jun ini. 

Dalam perkembangan sama, beliau mendakwa bahawa Proton Commerce juga menyaksikan 

perubahan dalam demografi pelanggannya  dimana umur pembeli Proton semakin menurun. 

Ini bermakna barisan produk ketika ini berjaya menarik minat golongan pemuda di Malaysia. 

Beliau juga berkata sebanyak 80 peratus pelanggan Proton Commerce memilih rancangan pinjaman sewa beli selama sembilan tahun dan jumlah pinjaman terjejas pula adalah tiga kali lebih rendah dari purata industri.

“Tahun 2020 adalah satu tahun yang sukar bagi institusi kewangan kerana peruntukan kerugian perlu diambil untuk program moratorium enam bulan yang diumumkan oleh Bank Negara. 

“Bagi Proton Commerce, kestabilan kewangan pelanggan kami bermakna untuk segelintir yang memilih untuk memohon moratorium seterusnya dan dengan penghapusan peruntukan tahun ini, kami berharap dapat menyumbang keuntungan yang baik kepada pemegang saham kami,” tambahnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS4294

SELANGOR

BSU1650

JOHOR

JF1482J

PULAU PINANG

PSG380

PERAK

APL8421

PAHANG

CFH8954

KEDAH

KGJ3186

NEGERI SEMBILAN

NEM1578

KOTA KINABALU

SJU3825

KUCHING

QAB6843P

Terakhir Kemas Kini 30 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Proton Saga Punca Pencapaian Proton Commerce MELONJAK!

Proton Commerce meletakkan sasaran untuk meningkatkan jualan pengeluaran pinjaman lebih tinggi pada tahun ini .

29-01-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.