Harga berpatutan Mercedes 2021 – Maybach Kelas-S
Mercedes mendedahkan harga sedan mewah yang telah direka semula, Maybach Kelas S yang bakal dilancarkan di Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.


Harga permulaan varian S 500 4Matic Luxury Line ialah AS$109,800 (RM451, 442) tetapi harga itu tidak termasuk caj destinasi dan tambahan manakala varian paling mewah, S 580 4Matic, pula berharga AS$184,900 (RM760,216).

S 580 4Matic yang menggunakan enjin 4.0 litre V8 dengan pengecas turbo berkembar turut menggunakan sistem hibrid berkuasa 48 voltan.
Hakikatnya, tiada apa yang perlu dijelaskan untuk kenderaan mewah ini memandangkan ia sememangnya sinonim dengan jenama Mercedes.


Bagi barisan model Maybach ini, kenderaan ini sememangnya mengutamakan ciri-ciri keselesaan dan berunsurkan kemewahan.
Oleh itu, kapasiti enjin tidak menjadi fokus utama memandangkan Maybach Kelas-S ini hanya mampu menghamburkan 496 kuasa kuda dan tork, 700Nm dimana ia dilihat kurang mempunyai kekuasaan enjin bagi kenderaan berat ini.

Selain itu, penggantungan udara Airmatic dan pembatalan bunyi bising yang aktif dilihat merupakan antara ciri utama model baharu ini.
Malah pemasangan gandar belakang yang baharu dikatakan telah memperbaiki kecekapan kenderaan ketika berada di laluan sempit pada kelajuan rendah.


Menyentuh mengenai jarak roda kereta mewah ini, model ini hadir dengan 178 milimeter, lebih panjang berbanding Mercedes-Benz Kelas-S.
Beralih ke bahagian dalamannya, sedan mewah ini yang boleh diselaraskan, dilengkapi dengan tempat duduk urut betis kaki selain terdapat sistem pemanasan leher dan bahu.


Ia juga hadir dengan sistem infotainmen MBUX, dua skrin sentuh, 11.6 inci dan dua set fon kepala tanpa wayar dan tablet MBUX di tempat duduk belakang.

Antara kemudahan lain yang boleh didapati ialah pelbagai tetapan suhu untuk sistem alat pemanas di bahagian perehat tangan, terdapat satu beg udara di tempat duduk belakang, pad pengecas telefon dan sistem wangian kabin, Air Balance.
Ini adalah antara ciri yang terdapat pada Mercedes 2021 – Sedan Mewah Kelas- S Maybach.


Sementara itu, bagi variasi S 580 4Matic ia sememangnya menyampaikan definisi kemewahan.
Di bahagian papan pemuka, ia memberi gambaran jelas kepada pemandunya memandangkan pemandunya boleh mengakses maklumat menerusi kluster instrument tiga dimensi.
Terdapat juga paparan dongak (HUD) dan paparan skrin sentuh OLED Multimedia bersaiz 12.8 inci.
Sebaliknya, jika ciri-ciri ini masih belum memuaskan, Maybach ini menawarkan tawaran eksklusif 10 kemasan cat dua tona.
Malah, terdapat juga bahagian garisan pemisah, konfigurasi empat tempat duduk dengan konsol tengah di belakang, pintu belakang beroperasi secara automatik, terdapat pemegang cawan sejuk dan panas selain pemegang gelas champagne.
Sehubungan itu, Maybach Kelas- S ini akan mula dijual di semua pengedar sah di AS pada musim panas yang akan datang ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY4512
SELANGOR
BSV1172
JOHOR
JH4075J
PULAU PINANG
PSH4012
PERAK
APM9475
PAHANG
CFJ4082
KEDAH
KGJ8110
NEGERI SEMBILAN
NEM5843
KOTA KINABALU
SJV1820
KUCHING
QAB198Q
Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda
Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.
28-01-2022
Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif
Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.
26-08-2021
Berita Terkini
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Menteri Pergi, Legasi Kekal: Apa Sebenarnya Yang Ditinggalkan Anthony Loke di Kementerian Pengangkutan?
Menteri Pergi, Legasi Kekal.
11-11-2026
Mercedes-Benz, NZ Wheels Buka Pusat Servis 2S Di Jalan Genting Klang
Pusat Servis 2S NZ Wheels Mercedes-Benz Di Jalan Genting Klang.
11-11-2026
Isu Najib Tahanan Rumah: Anthony Loke Letak Jawatan Serta-Merta
Anthony Loke letak jawatan serta-merta.
10-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge