Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif
Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.

Bekerjasama dengan pembuat kapal layar kayu yang unik kini tampil dengan aksesori eksklusif dan gaya hidup dengan bertemakan ikon Maybach of Luxury.
![]()
Anda juga boleh melihat di sepanjang limbungan kapal Robbe&Berking, kehalusan kerja tangan dapat dilihat dengan jelas menerusi penggayaan cat dua tona pada kenderaan elegan ini termasuk beberapa kapal layar di situ.

Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-AMG GmbH, Michael Knoeller berkata, Mercedes-Mayback melambangkan kemewahan menerusi kombinasi kehalusan kerja tangan dan teknologi canggih.
Maka, jenama ini menyampaikan pengalaman holistik, kreativiti dan keanggunan abadi dalam bahan eksklusif. Mercedes-Maybacg GLS mewujudkan aspirasi dan penggayaan dalam segmen kenderaan utiliti sukan mewah,” katanya.
Mercedes-Maybach Kelas-S ini menawarkan perincian eksklusif di bahagian luar serta keselesaan terbaik bagi pemiliknya.

Menjengah bahagian dalamannya, kedua-dua model Mercedes-Maybach: SUV mewah dan saloon mewah menawarkan pelbagai ciri bagi memastikan pemanduaan berjalan dengan lancar dan tenang.

Ia terdiri daripada pelbagai kemudahan seperti pendingin hawa, tempat kerusi dilengkapi dengan pemanas manakala, tempat kerusi juga dibaluti dengan kulit berkualiti tinggi, lampu ambien dan sistem multimedia MBUX yang inovatif.
Terdapat juga ruang sejuk untuk penyimpanan minuman dan snek di bahagian belakang. Ia juga dilengkapi dengan dua gelas berkaki (tempat letak gelas) yang dihiasi dengan logo Maybach.
Malah, terdapat beberapa ruang tambahan yang dihasilkan oleh Robbe&Berking bagi menyempurnakan tarikan elegan Mercedes-Maybach.

Antaranya, gelas minuman bersalut perak, gelas wiski dari koleksi Bar Belvedere. Gelas bersadur perak ini dikatakan mengekalkan suhu sejuk minuman.
Seterusnya, Troli Bar yang memiliki reka bentuk yang agak luar biasa kerana diperbuat daripada kepingan kayu dimana lazimnya Robbe&Berking menggunakannya untuk membuat hiasan objek.

Bagi sistem hiburannya, Mercedes-Maybach didatangkan dengan dua skrin di belakang dimana setiap skrin itu memaparkan program yang diinginkan secara berasingan.
Melihat kepada fonkepala Bluetooth Mercedes-Benz, ia hadir dengan dengan reka bentuk seolah-olah telinga sekali gus memberikan pengalaman pendengaran yang sangat baik selain amat selesa untuk dipakai.
Terima kasih kepada teknologi Pembatalan Bunyi Bising Aktif (ANC) yang mampu menghalang latar belakang yang bunyi bising.

Malah, ia juga dilengkapi dengan kesan bunyi 3D dimana ia mengeluarkan nada yang baik ketika muzik dimainkan.

Selain itu, mikrofon bersepadu membolehkan penggunanya dapat membuat panggilan telefon dengan kualiti suara yang terbaik.

Ia didatangkan dengan pad ergonomik yang lembut yang diperbuat daripada kulit yang menutup bahagian telinga, manakala pemegang kepalanya juga amat lembut.
Bagi konfigurasinya pula, kesemua kawalan fon kepala Mercedes-Benz terletak di telinga kanan.

Di bahagian sisi, terdapat tiga butang kecil yang terdiri daripada fungis, On/Off, ANC dan bunyi 3D.
Ikon Maybach Icons of Luxury dikatakan melengkapkan kereta berjenama itu dengan pelbagai aksesori berkualiti tinggi bagi menonjolkan pengalaman gaya hidup yang mewah.

Sebagai contoh, cermin mata hitam Maybach, The King yang bercirikan kemasan kayu atau rekaan tanduk asli yang diilhamkan oleh garisan dinamik konsol tengah kenderaan itu.
Bahagian atas bingkai pula terdiri dengan lensa yang terapung dilengkapi dengan perkataan timbul Maybach sementara logo double-M miniatur menghiasi kepala skru.
Contoh kedua adalah cermin mata 'The Artist III', yang hadir dengan tangkai bingkai bergaya selain tampil dengan warna baharu.

Kepingan tangkai bingkai hadir dengan garisan cerah dan hujung tangkai pula disaluti titanium sekali gus menimbulkan warna kontra dengan tangkai kayu buatan tangan yang memiliki logo Maybach.
Begitu juga dengan cermin mata Maybach, ‘The Refined I’ yang turut kelihatan elegan.
Diperbuat daripada tanduk asli, bingkai cermin mata ini nyata mengekspresikan ungkapan reka bentuk yang menonjolkan penampilan unik dari bahan semula jadi selain dihiasi dengan logo Maybach.

Keempat ialah beg dokumen Maybach, ‘The Adviser I’, yang dihiasi dengan kulit lembu yang lembut selain ia didatangkan dengan warna biru yang agak sporty.
Ia dapat dilihat di bahagian zip hadapan dan ia dibahagikan kepada dua bahagian yang dipadankan dengan logo Maybach.

Selain itu, ia juga didatangkan dengan beg Maybach, ‘The Scope I’ dan beg The Venture I yang amat sesuai digunakan untuk percutian singkat.
Ia menggabungkan sentuhan kulit kenderaan Maybach yang asli dan ringan.

Selain ia bercirikan sporty dan elegan, susun atur beg itu dilihat amat praktikal kerana memiliki beberapa poket di bahagian luar dan hadir dengan pelbagai fungsi.
Ia kemudian dituruti dengan selendang sutera Kashmir, ‘The Yearning I’. Ia didatangkan dengan warna biru bersama dengan corak yang sangat menawan dan sudah pasti diselitkan dengan logo berkembar M.
Selendang buatan tangan yang menggunakan teknik tenunan tradisional dan sudah pastinya, menjanjikan pemakaian yang amat selesa.
Tali pinggang ‘The Accent I’ yang kelihatan sporty dan bergaya ini juga didatangkan dengan warna biru.

Jalinan tali pinggang yang elastik dan boleh disesuaikan berdasarkan pelbagai saiz itu sebenarnya bertujuan untuk memastikan keselesaan terutama untuk perjalanan jauh.
Terdapat juga baju-T polo berlengan pendek, The Pioneer II’ yang dipadankan dengan logo Maybach pada kolar butang manakala baju-T berlengan panjang pula dikenali sebagai ‘The Trailblazer I’.
Ia ditawarkan dalam warna gelap dan dikatakan diperbuat daripada kapas berkualiti tinggi selain digabungkan dengan kain jenis lycra.

Bahagian dalam kolar pula dilapisi dengan kain kontra yang menampilkan corak Fleur-de-Maybach.
Jaket ‘The Independent I’ pula dikatakan sesuai dipakai ketika cuaca sejuk. Kolar jaketnya yang diperbuat daripada kulit kambing biri-biri menawarkan sentuhan yang sangat istimewa.

Sebaliknya, jaket ‘The Expedition II’ pula amat sesuai dipakai ketika cuaca panas. Jaket ini dikatakan ringan, tahan angin, tahan air serta lasak.
“Kami mahu mengubah perasaan eksklusif ini menjadi satu pengalaman gaya hidup dalam pelbagai sudut.

“Ia diiilhamkan oleh elemen reka bentuk ikonik yang mengimbau kembali warisan kereta tradisi ini dan kami menghasilkan kesemua keluaran dengan menggunakan bahan yang sangat baik,” kata Pengarah Urrusan Maybach Luxury, Jutta Kahlbetzer.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQR1758
SELANGOR
BSN4692
JOHOR
JYT4667
PULAU PINANG
PSA6584
PERAK
APG1363
PAHANG
CFF8496
KEDAH
KGE8326
NEGERI SEMBILAN
NEJ8149
KOTA KINABALU
SJQ8651
KUCHING
QAB4274N
Terakhir Kemas Kini 23 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Berkaitan
Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta
Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.
04-12-2025
Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan
Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.
15-05-2022
Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda
Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum.
28-01-2022
Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia
Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia.
20-04-2023
[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga
CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…
27-03-2023
Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!
Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.
08-01-2023
Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...
Tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes.
15-10-2022
Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan
Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.
15-05-2022
Berita Terkini
Tiket ETS Ke Utara Sold Out
Tiket Raya ETS Ke Utara Licin! Tinggal Baki Sikit Sahaja Lagi, Ini Laluan Yang Masih Ada...
19-03-2026
Ingat Boleh Berjimat, Sekali Harga Diesel Pula Melompat RM4.72 Seliter
Diesel naik 80 Sen: Mana lagi sakit, menghadap jammed PLUS atau menghadap meter pam minyak esok?
18-03-2026
Proton X50 'Ganas' Di Pasaran: 161,000 Unit Terjual
Raja SUV Masih Tak Tergugat! 161,000 unit Proton X50 terjual.
18-03-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Kelantan Cipta Rekod, Dalam 17 Hari, 24,135 Kes Langgar Had Laju
Kurangkan kelajuan di hadapan Istana Negeri Kota Bahru, Kelantan.
17-03-2026
Proton X90 2026 Atau Chery Tiggo 8 PRO, Mana Satu Untuk Anda
Ini perbandingan antara Proton X90 2026 vs Chery Tiggo 8 PRO.
16-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
