SUV Baharu Peugeot Dengan Gaya Elegan Perancis Diperkenalkan
Dongfeng Peugeot telah memperkenalkan barisan kereta SUV baharu di Shanghai Motor Show 2021. Barisan kereta baharu. ini dilihat menggayakan logo ikonik singa yang khas untuk pasaran di negara China.
Ketua Pegawai Eksekutif Peugeot, Linda Jackson berkata, "Kami memiliki impian global yang besar. Peugeot akan memanfaatkan model kereta mewah, elektrik dan juga produk baharu, yang termasuklah kereta SUV baharu, untuk menetapkan standard baharu dan memberikan pengalaman pemanduan yang luar biasa. China adalah salah satu pasaran terpenting Peugeot."
![]()
Barisan SUV baharu syarikat yang dikeluarkan di negara China ini mencerminkan strategi 'direka oleh Peugeot, dihasilkan untuk China' dan merupakan asas bagi tren French Chic untuk model baharu jenama.
SUV baharu ini terdiri daripada tiga buah model iaitu Peugeot 4008, Peugeot 4008 PHEV dan Peugeot 5008.



Harga yang ditawarkan adalah seperti yang disenaraikan: 4008 bermula daripada 169,700 yuan (RM 107,568) hingga 233,700 yuan (RM 148,128), 4008 PHEV bermula daripada 249,700 yuan (RM 158,270) ke 259,700 yuan (RM 164,542) dan 5008 pada 187,700 yuan (RM 118,929) ke 263,700 yuan (RM 167,143).
Turut mendapat perhatian yang sama adalah kereta elektrik Peugeot iaitu Peugeot e-2008, PHEV 4WD Peugeot 4008 dan PHEV sedan Peugeot 508 L.
Perbezaan antara kesemua model SUV French Chic baharu ini dapat dilihat melalui empat ciri standardnya iaitu reka bentuk, kualiti, dinamik dan sambungan.

Memaparkan elemen reka bentuk yang diambil daripada GT versi Eropah, kereta ini dapat dilihat memiliki gril bercorak mendatar yang berpadanan dengan bahagian tepi badan kereta untuk mewujudkan aura kuasa. Keseluruhan bayangan luar kereta ini menampilkan gaya yang elegan dan dinamik.
Mengenai lampunya pula, model baharu ini menggunakan lampu LED menegak pada bahagian depan yang memiliki reka bentuk khas Peugeot yang dipanggil 'fang.' Sementara itu, lampu belakang pula menampilkan gaya ikonik 'tiga pencengkam.'

Bergerak ke bahagian dalam, untuk kekal sebagai SUV segmen C di China, penambahbaikan Peugeot i-Cockpit telah dilakukan. Skrin sentuh tengah berdefinisi tinggi 10 inci ini lengkap dengan kekunci piano (piano keys).
Bagi meningkatkan dinamik pemanduan, bahagian tempat duduk pemandu lengkap dengan panel instrumen digital 12.3 inci dan juga stereng kompak pelbagai fungsi. Transmisi yang digunakan pula adalah gearbox automatik Aisin EAT8 yang cukup lancar.
Jackson membuat kesimpulan, "4008 dan 5008 yang baharu mewakili reka bentuk dan juga teknologi terbaik daripada Peugeot, ini termasuklah i-Cockpit yang berubah pada setiap pelancaran untuk menawarkan pengalaman pemanduan yang hebat. SUV baharu ini semestinya akan memenuhi jangkaan pengguna negara China."

Pelancaran barisan SUV French Chic ini menandakan permulaan babak baharu bagi Dongfeng Peugeot. Jenama ini merevolusikan gaya hidup baharu pengguna daripada negara China, disempurnakan dengan keanggunan yang diinspirasikan daripada gaya Perancis.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1276
SELANGOR
BSS7139
JOHOR
JC4099J
PULAU PINANG
PSE6762
PERAK
APK6459
PAHANG
CFH4494
KEDAH
KGH5347
NEGERI SEMBILAN
NEL4302
KOTA KINABALU
SJT5355
KUCHING
QAB4024P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
Review Peugeot 3008 & 5008 | Nampak Serupa Tapi Sangat Berbeza
06-06-2023
[PANDU UJI] Peugeot 3008 & 5008: Serupa Tapi Tidak Sama
Ini pandangan jujur kami tentang Peugeot 3008 dan 5008.
13-03-2023
Peugeot Sudah Kembali Untuk Bersaing Dalam Segmen SUV Dengan 3008, 5008.
Pasukan media menyertai sesi pandu uji Peugeot 3008 dan 5008 baru-baru ini.
26-01-2022
Peugeot E-5008, Jangan Expect Harga Murah!
Buat julung kalinya, SUV tiga barisan ini ditawarkan dalam versi elektrik, Peugeot E-5008.
21-03-2024
Pakej Penggayaan Sporty Edisi Khas Peugeot 2008 Kini Ditawarkan, Harga RM2.9K
Pengedar tunggal kenderaan keluaran syarikat Perancis, Peugeot bagi pasaran Malaysia, Bermaz Auto Alliance, telah memperkenalkan pakej penggayaan bagi crossover kompak Peugeot 2008.
07-04-2023
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat