Inovasi Volkswagen ID.3 Yang Bakal Mengejutkan Peminat Kereta Elektrik
Hatchback baharu, Volkswagen ID.3 ialah sebuah inovasi yang paling berkaliber daripada Volkswagen di samping menjadi batu loncatan terbesar dalam pasaran kereta elektrik (EV).

Kereta elektrik sepenuhnya, ID.3 ini adalah sebuah model kereta yang dibangunkan berasaskan platform elektrik syarikat, Modular Electric Drive Matrix (MEB).

Platform MEB ini telah dibangunkan secara spesifik untuk kenderaan dengan sistem pemanduan elektrik. Penggunaan platform ini membolehkan ID.3 untuk bergerak lebih jauh serta memiliki ruang dalam kabin yang lebih luas. Selain itu, penggunaan platform MEB ini juga dapat menjanjikan prestasi kereta yang lebih mantap.
Buat masa ini, sasaran Volkswagen bagi model hatchback ID.3 adalah untuk dipasarkan di Eropah sebagai model kereta elektrik pertama yang direka berasaskan MEB sebelum diikuti oleh ID.4 yang juga merupakan kereta SUV elektrik sepenuhnya yang pertama daripada Volkswagen.
Dengan menggunakan platform MEB dalam penghasilan bateri model ini, kos bateri ID.3 menurun kepada sekitar RM 412 (USD 100) setiap kWj, menjadikannya antara tiga yang terbaik di dunia.

Walau bagaimanapun, jika dibandingkan perisian Volkswagen dengan Tesla dari segi platform dan juga ekosistemnya, Volkswagen masih lagi ketinggalan di belakang. Namun perisian yang dibangunkan VW adalah lebih baik berbanding pengeluar kereta yang lain.
Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kajian daripada UBS Group AG, platform ini adalah lebih kompetitif dari segi kos jika dibandingkan dengan peneraju kenderaan elektrik terkemuka, Tesla. Mereka juga yakin bahawa platform VW bakal menjadi yang terbaik dalam kelasnya dalam aspek densiti dan juga tahap efisien tenaga.

Ketua kajian auto dan mobiliti UBS di Eropah dan US, Patrick Hummel berkata, "ID.3 ialah hasil usaha EV yang paling berkredibiliti daripada mana-mana legasi syarikat auto pada masa ini. Ia mampu untuk bersaing dengan Tesla, dan menjadi penanda aras bagi pengeluar kereta yang lain."
Kereta elektrik daripada pengeluar yang terkemuka seperti Volkswagen berkemungkinan tinggi mampu mencapai margin kos dan juga keuntungan yang sama seperti kereta enjin pembakaran yang lain menjelang tahun 2025.
Selaras dengan itu, sejumlah €35 bilion telah dilaburkan oleh VW Group untuk menjadikan perancangan ini realiti.
Pada tahun 2020 dan 2019, syarikat telah mengeluarkan sekitar 231,600 kenderaan elektrik.
Volkswagen juga bercadang untuk menyediakan sekitar 70 buah EV untuk dipasarkan pada tahun 2030. Pada masa ini, sebanyak 20 buah kereta sedang diproses.
"Analisis ID.3 menunjukkan bahawa Volkswagen telah membangunkan platform elektrik tulen yang canggih. Ini membolehkan syarikat untuk menawarkan kenderaan elektrik (BEV) bagi kesemua lingkungan produk, dan mencapai pendapatan yang positif (EBIT)," ujar Hummel.
Bermula daripada hari EV ini dilancarkan, Volkswagen akan menawarkan pemilik kenderaan ID baharu ini dengan kemas kini perisian yang terbaharu pada setiap tiga bulan. Kemas kini yang ditawarkan ini bukan sahaja untuk mengoptimumkan prestasi perisian, tetapi juga untuk memberikan pilihan fungsi dan customization terbaharu.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Volkswagen Bakal Buat Kejutan, Ada RANCANGAN Besar!
VPCM mempunya rancangan yang cukup besar untuk tahun ini.
13-03-2024
Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini
Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.
26-02-2024
Foto VW Golf R Mk 8.5 Didedahkan – Bakal Diperkenal Pertengahan 2024
Apa yang boleh kita jangkakan daripada Golf R? Foto-foto yang dikongsikan oleh syarikat automotif Jerman ini mendedahkan sesuatu...
29-01-2024
Jualan Kereta VW Cecah 9.24 Juta Dalam Setahun
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen menjadi bualan hangat di laman X gara-gara jualan keretanya mencecah 9.24 juta pada tahun lalu.
15-01-2024
Volkswagen Golf R 333 Edisi Terhad, Hanya 333 Unit Ditawarkan!
Volkswagen akhirnya memperkenalkan Volkswagen Golf R 333 yang hanya dikeluarkan sebanyak 333 unit.
02-06-2023
BYD Pintas Volkswagen Lebih Awal Dari Jangkaan! Kini Jenama Terlaris di China
BYD telah berjaya mendahului Volkswagen sebagai jenama kereta terlaris di China buat pertama kalinya.
02-05-2023
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

