ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pengganti RS 280: Renault Megane RS 300 Trophy Tampil Lebih Sporty, Berprestasi Lebih Tinggi!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

TC Euro Cars (TCEC) telah mengumumkan kedatangan Renault Megane RS 300 Trophy versi facelift serba baharu di Malaysia! Hot hatch ini diberi penambahbaikan dari segi prestasi dan juga perubahan kecil pada gayanya, termasuklah untuk ruang dalaman kereta. 

Kereta ini dikuasakan oleh enjin turbo 4 silinder 1.8 liter dengan sistem suntikan terus yang digabungkan dengan transmisi dwi-klac efisien (EDC) 6 kelajuan. Teknologi ini membolehkan kenderaan bergerak dengan kuasa kuda setinggi 296 hp pada 6,000 rpm dan tork 430 Nm pada 3,200 rpm.  Kadar penggunaan minyaknya adalah 8.3L/100km dengan kelajuan tertinggi mencecah 255 km/j. Model serba baharu ini mampu memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 5.7 saat.  



Perubahan kecil dapat dilihat pada bahagian luar kereta. Pertama sekali adalah setup pencahayaan berprestasi tinggi RS Vision yang menggabungkan empat fungsi lampu yang berbeza iaitu lampu tepi, cornering lamps, lampu kabus dan juga lampu suluh tinggi jarak jauh. Seterusnya, adalah pemasangan bampar belakang yang dilengkapi diffuser serta ekzos tengah dengan riasan yang menunjukkan ciri istimewa RS.  Spoiler yang lebih kecil turut digunakan di bahagian belakang, lengkap dengan lubang udara yang menegak bagi meningkatkan ciri aerodinamik kereta.  Berkenaan rimnya pula, model facelift ini menggunakan rim potongan berlian JEREZ 19 inci dengan kaliper brek Brembo® berwarna merah menyala. 



Bergerak ke bahagian kabin kereta, dapat dirasakan aura sportynya melalui penggunaan upholsteri RS eksklusif,  material mewah, kemasan dan perincian rumit yang melambangkan identiti Renault Sport.  Kluster instrumen digital baharu turut digunakan iaitu paparan pemandu TFT bersaiz 7 inci dan juga infotainmen berskrin sentuh EASYLINK 7 inci yang boleh disambungkan dengan  Apple CarPlay dan Android Auto, sistem ini menggantikan R-Link 2 8.7 inci pada RS 280. Gaya keseluruhan kabin kereta ini disempurnakan dengan riasan berwarna merah menyala serta pencayaan ambien Multi-sense dalam lapan pilihan warna. 



Suis pada konsol tengah juga telah diperbaharui dengan tambahan tombol putar yang ketiga bagi sistem penyejuk udara.  

Terdapat empat mod RS Drive yang ditawarkan iaitu “My Sense”, “Save”, “Sport” dan “Race”. Bergantung kepada pemetaan kotak gear, 'sikap' ESP,  sensitiviti stereng kuasa, pedal minyak dan bunyi ekzos, adalah berbeza bergantung kepada mod yang dipilih. Setiap mod memiliki karakter dan tahap prestasi yang tersendiri.

Hot hatch berwajah baharu ini turut dimuatkan dengan sensor parkir depan dan belakang, kamera pandangan belakang, kawalan pelayaran dengan pengehad kelajuan, brek parkir elektronik, bantuan mula-daki (HSA) dan 4CONTROL – sistem stereng empat roda yang memberikan tahap ketangkasan kereta yang terbaik sewaktu belokan dan pusingan kecil.  



Dari segi keselamatan kereta, variasi baharu ini memiliki beg udara adaptif untuk tempat duduk depan, beg udara pada paras dada untuk pemandu dan penumpang depan, beg udara tirai untuk penumpang belakang dan depan, kawalan kestabilan elektronik (ESC) serta ABS dengan bantuan brek keselamatan (EBA), indikator LED pada cermin sisi, sistem ISOFIX di tepi tempat duduk belakang, sistem pemantauan tekanan tayar dan sistem brek khas RS. 

RS 300 ditawarkan dalam lima warna menarik iaitu Flame Red yang baharu, Diamond Black, Pearl White, Orange Tonic dan Liquid Yellow. Untuk warna Orange Tonic dan Liquid Yellow,  tambahan caj sebanyak RM9,000 dikenakan.  





Berbanding RS 280 yang menggunakan rim aloi Interlagos 19 inci, versi yang terkini pula menggunakan rim aloi Jerez dalam saiz yang sama.  Selain itu, RS 300 turut menerima penambahbaikan lain seperti ketersediaan tiga tombol putar bagi kawalan penyejuk udara, paparan informasi pemandu TFT 7 inci serta paparan informasi EASYLINK yang juga bersaiz 7 inci. 




Sekiranya dibandingkan dengan pesaing terdekatnya, Honda Civic Type R menggunakan enjin berpengecas turbo  VTEC 2.0L, manakala RS 300 pula enjin turbo 4 silinder 1.8L dengan sistem suntikan terus. Transmisi yang digunakan Civic Type R ialah manual 6 kelajuan, dan RS 300 ialah dwi-klac efisien (EDC) 6 kelajuan.  Walaupun menggunakan enjin yang berbeza, perbezaan dari segi prestasi mereka tidak begitu jauh dengan hanya perbezaan kecil iaitu 0.1 saat sahaja untuk memecut daripada pegun kepada 100 km/j. Kadar penggunaan minyak juga hanya berbeza sebanyak 0.5 liter untuk setiap 100 km. RS 300 memiliki kuasa kuda mencapai 296 hp dan tork 420 Nm, manakala Civic Type R pula 306 hp dan 400 Nm.   


Jadual di bawah menunjukkan perbandingan yang lengkap antara kedua-dua model kereta:



Renault Megane RS 300 Trophy facelift ditawarkan pada harga yang bermula daripada RM324,476 untuk Semenanjung Malaysia dan RM174,888 di Langkawi, termasuk pengecualian SST sehingga 30 Jun nanti. Pembelian turut didatangakan dengan jaminan selama 3 tahun atau sehingga 100,000km (mana yang datang terlebih dahulu). Pelan langganan turut ditawarkan dengan harga bermula daripada RM5,200 ke RM7,200 bergantung kepada tempoh langganan.  

Apakah pendapat anda tentang hot hatch berwajah baharu ini? Adakah ianya jauh lebih baik daripada RS 280? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen!

Jangan lupa untuk tonton video review kami tentang Renault Megane RS 300 Trophy versi Facelift!



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPG3557

SELANGOR

BSF4862

JOHOR

JYA4580

PULAU PINANG

PRR4765

PERAK

ANW6448

PAHANG

CFC1284

KEDAH

KGA9320

NEGERI SEMBILAN

NEG2305

KOTA KINABALU

SJL2927

KUCHING

QAB5093L

Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.07

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.74

EURO 5 B7

RM 2.94

Terakhir Kemas Kini 12 Jun, 2025

Berita Berkaitan

Global

CEO Renault Letak Jawatan Untuk Sertai Gergasi Barangan Mewah, Kering

Luca De Meo mengejutkan dunia automotif apabila mengumumkan peletakan jawatannya secara tiba-tiba pada 15 Jun 2025.

17-06-2025
Berita Auto

Letupan Gas Putra Heights: Tan Chong Motor, Warisan TC Pinjamkan 30 Kereta

Tan Chong Motor Holdings Bhd (TCMH) dan Warisan TC Holdings Bhd (WTCH) turut tampil membantu mangsa letupan gas di Putra Heights, Subang Jaya.

06-04-2025
Berita Auto

Renault 5 Turbo 3E Sedia Untuk Pengeluaran – EV Retro Berprestasi Tinggi

Model konsep Renault 5 Turbo 3E yang mencuri perhatian pada Disember lalu bakal menjadi kenyataan dengan pengenalan versi pengeluarannya.

20-03-2025
EV

Konsep EV Renault Filante Hanya 1,000 KG – Sasar Catat Rekod Jarak EV Terjauh

Renault memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) konsep terbarunya yang dikenali sebagai Filante Record 2025, sebuah prototaip dengan ‘aura’ retro namun sarat teknologi canggih.

03-02-2025
EV

Ikon Klasik Muncul Semula

Ini dia Renault 5 namun hadir dalam versi elektrik.

27-02-2024
Global

Geely & Renault Kerjasama Bangunkan Enjin & Teknologi Hibrid Untuk Proton, Volvo

Geely dan Renault menjalinkan kerjasama untuk bangunkan teknologi trenkuasa.

14-07-2023
Global

Toyota, Mazda Bakal Tutup Operasi Kilang Di Rusia, Ini Puncanya...

Toyota akhirnya telah mengambil keputusan untuk menutup sepenuhnya operasi kilang pengeluaran.

27-09-2022
Kereta Baru

Tempahan Renault ZOE Generasi Terbaharu Dibuka, Harga Dari RM163K

Renault Malaysia kini telah membuka tempahan bagi kenderaan elektrik (EV) kompak Renault Zoe generasi baharu.

15-08-2022

Berita Terkini

Pandu Uji

Pandu Uji Denza D9 Premium AWD, Patutlah Antara MPV Paling Laris Di Malaysia, Ini Sebabnya...

Beberapa media dijemput Denza Malaysia untuk merasai keupayaan sebenar Denza D9, baru-baru ini.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max – Bergaya, Jimat & Praktikal

Ini pendapat kami mengenai Hyundai Santa Fe 1.6 Turbo Hybrid Max.

27-05-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI] 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Honda City e:HEV RS Facelift adalah pilihan ideal untuk pemandu moden yang mahukan lebih daripada sekadar rupa.

19-05-2025
Pandu Uji

Apa Kata Pemilik Proton X70 CBU 2019 Tentang Proton X70 2025?

Sebagai pemilik Proton X70 2019, ini komen saya berhubung X70 2025.

14-05-2025
Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2025 CariCarz.com. All Rights Reserved.