Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu

Setelah melihat, merasai dan memandu model ini di litar berdekatan kilang Proton di Tanjong Malim baru-baru ini, ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3) yang bakal muncul di pasaran tidak lama lagi dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium.
1. Platform Lama Tetapi 'Rasanya' Berbeza

Proton telah membuat keputusan untuk mengekalkan platform casis AMA model Saga sedia ada. Ini menjelaskan mengapa ukuran badannya iaitu panjang jarak roda kekal sama pada 2,465 mm. Walau bagaimanapun, ada beberapa perubahan dibuat pada casis kali ini iaitu:
- Casis Lebih Pintar & Kukuh: Casis lama telah diperkukuh dan dijadikan lebih pintar dengan penggunaan binaan elektrikal dan elektronik (E&E) baharu. Binaan ini membolehkan fungsi moden seperti Sistem Bantuan Pemanduan Lanjutan (ADAS) dimasukkan.
- NVH & Pemanduan Mantap: Pengukuhan casis bukan sahaja meningkatkan kualiti pengendalian dan dinamik pemanduan, tetapi turut menyumbang kepada tahap penyerapan bunyi, getaran dan kekasaran (NVH) yang jauh lebih baik.
Selain itu, Saga baharu kini menggunakan brek cakera pada semua roda, bermakna brek dram yang sebelum ini digunakan pada roda belakang sudah disingkirkan. Turut hadir dalam model kali ini ialah sistem stereng kuasa elektrik (EPS), menggantikan sistem hidraulik pada versi lama.
2. Enjin 1.5L 'i-GT' Seperti Pada X50

Perubahan penting seterusnya terletak di bawah hud. Saga baharu menggunakan enjin petrol 1.5 liter 4 silinder 'i-GT' yang dihasilkan Proton. Walaupun ini merupakan blok enjin yang sama dengan yang digunakan pada X50, versi pada model Saga ini adalah lebih ringkas, iaitu tanpa pengecas turbo dan tanpa sistem suntikan terus.

Enjin ini menjana kuasa 120 PS (88 kW) dan tork 150 Nm, angka yang cukup baik untuk sebuah sedan segmen A. Dengan pengubahsuaian dan rantaian pemasaan (timing chain) baharu, Proton mendakwa tahap penggunaan bahan api secara puratanya adalah antara 4.9 hingga 5.1 liter/100 km.
3. Sistem CVT Yang Lebih Baik?



Isu penting yang menjadi perhatian adalah penggunaan sistem transmisi CVT automatik. Transmisi yang pernah dihujani kritikan pada model Saga sebelum ini kini menurut Proton, telah diperbaik. Bagaimanapun, Proton enggan mendedahkan maklumat terperinci semasa sesi pratonton mengenai transmisi ini yang hanya eksklusif ditawarkan pada varian Premium.

Apa yang pasti, setelah dipandu uji, CVT baharu ini terasa lebih lancar dan jauh lebih responsif, dan yang paling penting, lebih senyap berbanding model Saga lama. Bunyi enjin 'mengaum' yang sering dikaitkan dengan CVT lama kini hampir hilang.
Transmisi automatik empat kelajuan (4AT) daripada Aisin masih dikekalkan pada varian Standard dan Executive. Tetapi kali ini telah diberikan talaan semula untuk disesuaikan dengan enjin i-GT yang terbaru. Buat masa ini, tiada pilihan transmisi manual ditawarkan, namun ada khabar angin yang mengatakan bahawa versi ini mungkin akan dipertimbangkan di masa hadapan.
4. Apple CarPlay & Android Auto Tanpa Wayar

Ciri yang paling dinanti-nantikan ramai, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto dengan mudah tanpa wayar juga disediakan. Ciri ini adalah tarikan utama pada skrin infotainmen kawalan sentuhan bersaiz 9 inci yang terdapat pada varian Executive dan Premium.


Aura futuristik terserlah daripada penggunaan panel yang lebar menggabungkan kedua-dua skrin infotainmen dan juga skrin instrumen digital 7 inci yang interaktif. Ciri moden lain yang disediakan adalah seperti sistem kemasukan tanpa kunci, butang penghidup enjin dan port pengecasan USB.
5. Sentuhan Unik Yang Menarik Pandangan




Saga terbaru kini diberikan gril dalam rekaan baharu dengan lampu projektor LED penuh (varian Premium). Di bahagian belakang, varian Premium mendapat lampu belakang LED penuh dengan bar cahaya yang halus dan panjang, menyerlahkan gaya moden dan perbezaan ketara berbanding versi terdahulu.




Bagaimanapun, rekaan lampu belakang yang menawan ini tidak ditawarkan pada varian Standard dan Premium yang diberikan lampu belakang yang digelapkan (smoked).
Di ruang kabin, sentuhan klasik dapat dilihat melalui penggunaan corak tenunan songket pada papan pemuka dan panel pintu selain corong pendingin hawa yang diinspirasikan daripada congkak.




Di bahagian lain, misalnya stereng, kini dengan rekaan bahagian bawah yang rata (flat-bottom) dan tombol gear yang juga kini berbeza daripada dahulu. Sebagai varian tertinggi, Premium menerima upholsteri tempat duduk dan stereng kulit sintetik dwi-tona.
Ketiadaan ciri pelarasan stereng teleskopik dan hanya menawarkan kawalan pendingin hawa manual satu zon kembali ‘menyedarkan’ kita bahawa Saga bukanlah sebuah model premium yang mencecah harga ratusan ribu ringgit, tetapi sebuah kereta mampu milik yang sangat berbaloi untuk dimiliki dengan ciri-ciri penting yang sudah cukup untuk menjanjikan keselesaan.
6. ASEAN NCAP 4 Bintang



Walaupun diposisikan sebagai sebuah model kereta mampu milik, aspek keselamatannya diberikan tumpuan, terutamanya varian Premium yang kini lengkap dengan enam beg udara dan pakej keselamatan canggih (ADAS) yang komprehensif, membolehkannya meraih penarafan ASEAN NCAP 4 bintang.




Antara ciri ADAS yang ditawarkan adalah seperti Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB), Amaran Keluar Lorong (LDW), Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Amaran Buka Pintu (DOW) yang termasuk pengesanan penunggang motosikal.
7. Harga Tidak Lebih RM50K?

Sejak pertama kali ia diperkenalkan, Saga telah mencapai jumlah jualan lebih dua juta unit. Dengan segala penambahbaikan dan ciri serba baharu ini, Proton Saga yang terbaru ini dijangka mampu mengekalkan kedudukannya sebagai antara sedan terlaris di pasaran.
Proton dikhabarkan akan melancarkan Saga generasi keempat ini secara rasmi pada hujung bulan ini. Harganya? Desas-desus yang ‘bertiup’ dari dalam syarikat Proton membayangkan model ini tidak akan mencecah lebih daripada RM50,000.
Untuk info selanjutnya, nantikan perkembangan yang akan kami kongsikan dari masa ke masa di Carz.com.my.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY1854
SELANGOR
BSJ9277
JOHOR
JYK6106
PULAU PINANG
PRV4619
PERAK
APC3381
PAHANG
CFD9794
KEDAH
KGC8596
NEGERI SEMBILAN
NEH5323
KOTA KINABALU
SJN5465
KUCHING
QAB4781M
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
+0.06
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.95
+0.06
EURO 5 B7
RM 3.15
+0.06
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2025
Berita Berkaitan
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi
Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang.
28-10-2025
Proton Saga Langgar Tiang, Mangsa Disahkan Lima Sekeluarga, Pemandu Maut, Anak, Isteri Terselamat
Seorang lelaki maut manakala isteri bersama tiga anaknya termasuk bayi tujuh bulan parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas.
07-10-2025
Kereta Terbabas, 2 Rentung Di Butterworth
Dua individu rentung selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan sebelum terbabas dan terbakar di Jalan Permatang Baru Sungai Lokan, Butterworth, pagi tadi.
04-10-2025
Pengeluaran Proton Saga Di Kilang Shah Alam Ditamatkan
Carz.com.my terlihat satu perkongsian oleh kakitangan Proton (di sini) yang mendedahkan bahawa pengeluaran bagi Proton Saga keluaran semasa di Shah Alam kini telah tiba di penghujung.
28-09-2025
Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta
Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.
12-09-2025
Kempen Servis Ihsan Madani Diperkenal Demi Ringankan Kos Pemilik Model PIES
Kempen Servis Ihsan MADANI boleh didapati di semua pusat servis sah PROTON di seluruh negara dari 11 September hingga 11 November 2025.
11-09-2025
Rekod Cemerlang: Proton Rekod Jualan Tertinggi Dalam 36 Bulan, Lepas 100,000 Unit Untuk Tahun Ini
PROTON mencatat prestasi jualan terbaik dalam tempoh 36 bulan apabila berjaya menjualsebanyak 15,228 unit (Domestik + Eksport) pada bulan Ogos 2025.
11-09-2025
Teaser Proton Saga Generasi Baharu Dipertontonkan – Sah Ada Ciri ADAS!
Proton menayangkan video teaser model Saga generasi terbaru.
05-09-2025
Berita Terkini
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Jaecoo J8 AWD Tidak Gentar Tempuhi Laluan Off-Road Sepang Bay 13
Bagi membuktikan kemampuan Jaecoo J8 yang sebenar, pihak media telah dijemput untuk menguji sendiri keupayaan off-road varian AWD di litar ekstrem Sepang Bay 13 Off-Road Ranch.
31-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

