ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Makin Ramai Beli Kereta Elektrik Di UK, Tapi Masih Ada Yang Ragu Untuk Beli. Kenapa?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Syarikat automobil di seluruh dunia pada hari ini banyak yang mula melakukan perubahan ke arah teknologi yang mampan untuk mengurangkan pemanasan global, pencemaran udara dan sebagainya.  Disebabkan oleh permintaan yang tinggi terhadap kenderaan dengan emisi sifar, UK kini telah mengambil tempat Perancis sebagai pengeluar kereta elektrik yang kedua terbesar di Eropah pada suku pertama tahun ini. 




Berdasarkan sebuah analisis oleh Matthias Schmidt seorang juruanalisis automotif bebas, kira-kira 31,800 kenderaan elektrik bateri telah terjual di UK dalam masa hanya tiga bulan pertama. Sementara itu, Perancis pula hanya mampu mencapai jumlah jualan sebanyak 30,500. 

Merujuk kepada data industri, jualan kereta elektrik yang dicapai oleh UK ini adalah merangkumi 7.5 peratus jualan kesuluruhan kereta di UK. 





Walaupun pandemik COVID-19 sedang melanda dunia, lebih daripada setengah juta kereta elektrik telah terjual pada tahun 2020, pencapaian tertinggi pertama dalam sejarah pasaran Eropah. Walau bagaimanapun, jualan dijangka bakal bertambah sehingga satu juta pada tahun ini. 

Sementara itu di negara Jerman, dengan jualan sebanyak  64,700 buah kereta pada suku pertama, negara ini memiliki pasaran terbesar bagi kereta elektrik di Eropah.  Pencapaian tinggi yang dicapai oleh negara Jerman ini banyak disumbangkan oleh bantuan daripada kerajaan Jerman melalui subsidi. 





Manakala Norway pula ialah negara pertama di dunia yang berjaya menjual kereta elektrik terbanyak berbanding kereta bahan bakal fosil pada tahun 2020. 

"Berkemungkinan besar, UK akan kekal di tempat kedua dalam pasaran BEV Eropah pada tahun ini, walaupun jauh ke belakang berbanding Jerman, (negara) yang menjadi penggantungan pengeluar untuk memenuhi sasaran seluruh Eropah, terima kasih atas tawaran insentif yang banyak ditawarkan," ujar Schmidt. 





Tambah beliau, pengeluar akan diminta untuk meningkatkan lagi jumlah jualan kereta plug-in di UK ketika "make-or-break year" untuk mematuhi had emisi baharu, pasca Brexit.  

"Sudah terdapat bukti pengeluar cuba untuk mengeluarkan (lebih banyak) model kereta beremisi rendah di UK." 

Selain itu, pengeluar kereta premium Jerman, BMW turut mengurangkan harga bagi kereta elektriknya, i3 pada penghujung Mac 2021 untuk memenuhi had harga yang ditetapkan untuk mendapatkan subsidi kerajaan.  

Walaupun jualan kereta elektrik dilihat kian meningkat di UK, ramai pemandu bimbang sekiranya rangkaian pengecasan tidak dapat menampung penggunaan yang terlalu tinggi.  Dalam kajian yang dijalankan ke atas pemandu British oleh YouGov, dibawah kebenaran CTEK (syarikat pengecas kereta elektrik), didapati bahawa sebanyak 78 peratus pengguna merasakan bahawa infrastruktur pengecasan masih lagi tidak mencukupi berbanding 65 peratus pengguna daripada negara Eropah yang lain.  






Bukan itu sahaja, kajian ini turut mendapati bahawa antara punca utama kenapa orang ramai masih tidak membeli kereta elektrik adalah kerana harga kereta ini yang agak tinggi.  Namun begitu, disebabkan oleh permintaan yang tinggi, harga kereta elektrik dianggarkan bakal turun bagi mengalahkan jualan kereta pembakanan fosil. Agaknya bilalah perubahan sebegini akan berlaku di negara kita?


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW3928

SELANGOR

BSP6157

JOHOR

JYV8352

PULAU PINANG

PSB8544

PERAK

APH1694

PAHANG

CFG3925

KEDAH

KGF6347

NEGERI SEMBILAN

NEK2920

KOTA KINABALU

SJR6874

KUCHING

QAB6976N

Terakhir Kemas Kini 04 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-03-2023
EV

21-02-2023
EV

01-02-2023
EV

10-01-2023
Berita Auto

06-01-2023
EV

20-12-2022
EV

BMW, Millennium Welt Sediakan Dua Fasiliti Pengecasan BMW i Di Gamuda Gardens, Rawang

BMW Group Malaysia dan Millennium Welt telah melancarkan dua stesen pengecasan baharu.

28-02-2022
EV

Honda Bina Kilang Khas Untuk Pengeluaran EV.

Kilang tersebut akan dibina di Zon Pembangunan Ekonomi Wuhan di wilayah Hubei, China.

18-02-2022

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026
Berita Auto

Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk

Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?

04-05-2026
Berita Auto

Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000

Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!

04-05-2026
Berita Auto

MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif

Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

30-04-2026
Berita Auto

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green

Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.

30-04-2026
Berita Auto

Update Harga Minyak: Ada Yang Naik, Ada Yang Kekal. Check Sini

Harga RON97, RON95 tanpa subsidi naik mulai esok.

29-04-2026
Berita Auto

Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih

Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.

29-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.