UK Mungkin Benarkan Kenderaan Pandu Sendiri Di Jalan Raya Mulai 2025

Teknologi pandu sendiri kini sedang diuji di seluruh dunia, misalnya Waymo Google di US (Foto: Reuters/Nathan Frandino)
Kenderaan pandu sendiri mungkin bakal digunakan di Britain mulai 2025 di bawah rancangan baharu yang diumumkan oleh kerajaan. Rancangan tersebut membabitkan pelaburan berjumlah £100 juta (RM 530.5 juta) termasuk £35 juta (RM 185.46 juta) untuk menjalankan kajian keselamatan.
Sesetengah kereta, koc dan lori yang dilengkapkan dengan teknologi pandu sendiri juga mungkin akan mula dibenarkan untuk beroperasi di lebuh raya mulai tahun depan, kata kerajaan.
Langkah ini diambil supaya kerajaan UK boleh mendapatkan manfaat daripada pasaran kenderaan autonomi yang kian meningkat, kini dinilaikan pada £42 bilion (RM 222.55 bilion) dan dijangka dapat membuka sehingga 38,000 peluang pekerjaan, lapor Reuters.

Teksi pandu sendiri kini dibenarkan di beberapa bandar besar di China (Foto: Baidu Inc)
Baca: Teksi Tanpa Pemandu Kini Dibenarkan Di China! Baidu Peroleh Kelulusan Kerajaan
Menurut Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Shapps, langkah ini turut dipertimbangkan untuk meletakkan negara tersebut sebagai pelopor dalam pembangunan dan penggunaan teknologi canggih ini.

Setiausaha Pengangkutan UK, Grant Shapps (Foto: Reuters/Matthew Childs)
Mengenai undang-undang penggunaan teknologi ini, kerajaan UK dalam satu kenyataan mengatakan, "Perundangan akan menyatakan pengeluar [kenderaan] bertanggungjawab ke atas tindakan kenderaan ketika [fungsi] memandu sendiri [digunakan], bermakna pemandu manusia tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku insiden semasa kenderaan mengawal pemanduan [secara autonomi]."
Baca: Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Makin Ramai Beli Kereta Elektrik Di UK, Tapi Masih Ada Yang Ragu Untuk Beli. Kenapa?
UK menerima permintaan kereta elektrik yang tinggi, tapi masih ramai yang ragu untuk beli sebab...
25-05-2021
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge



