ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Teknologi Pandu-Kendiri: Ford & Toyota Berada Di Tangga Teratas!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Berdasarkan data paten terbaharu, pengeluar kereta Ford Motor dan Toyota Motor semakin maju ke hadapan, seiring dengan syarikat gergasi lain dalam membangunkan teknologi pandu-kendiri.  Berdasarkan senarai syarikat yang paling kompetitif daripada Asia Nikkei, serta berdasarkan tinjauan paten oleh Patent Result Co., kedua-dua syarikat, Ford dan Toyota berada di tangga teratas.



Ini diikuti oleh Waymo yang merupakan anak syarikat kereta autonomi, Alphabet (syarikat induk Google).

Turut berada dalam senarai 50 terbaik ialah 12 syarikat Jepun membabitkan seperti Sony, Toyota, Honda Motor dan Nissan Motor. 

Akhbar kewangan Jepun, Nikkei telah menjalankan menganalisis tahap kompetitif paten.  Dalam kajian ini, antara yang dilihat dan dicatatkan adalah jumlah nama paten disebut dalam laporan oleh organisasi antarabangsa, berapa kali ia telah dicabar oleh syarikat lain, serta berapa banyak rayuan dikemukakan untuk paten tersebut.  Kesemua data ini kemudiannya dikumpulkan dan senarai syarikat paling kompetitif disediakan selepas data dianalisis.


Berada di tangga teratas ialah Ford dengan markah sebanyak 6,054 bersama 1,195 paten, diikuti oleh Toyota dengan markah sebanyak 5,349 bersama 1,705 paten, dan Waymo dengan markah 4,895 bersama 582 paten.


Jika dibandingkan dengan tinjaun atau kajian yang dibuat sebelum ini, Ford menunjukkan peningkatan sebanyak 260 peratus, Toyota 140 peratus dan Waymo 70 peratus. Bukan itu sahaja, Ford dan Toyota memiliki 2.5 kali lebih paten berbanding sebelum ini. Jumlah paten Waymo juga menunjukkan peningkatan sebanyak 80 peratus.

Dalam aspek teknologi pacuan roda atau drivetrain, berada di tangga teratas ialah Toyota dengan 3,467 poin, diikuti oleh Ford dengan 3,137 poin dan Waymo dengan 2,486 poin.


Berkaitan dengan teknologi parkir autonomi, Ford mengumpulkan markah sebanyak 1,115 poin yang tiga kali lebih tinggi berbanding Toyota dan lima kali lebih tinggi daripada Waymo. 


Ford menggungguli kategori ini kerana Quantum Signal AI yang merupakan sebuah jenama  yang pada tahun 2019 adalah tertumpu kepada robotik mobil, pemodelan dan simulasi.


Sebelum ini, hanya Hyundai Motor mewakili Korea Selatan dalam senarai 50 syarikat terbaik ini. Namun dalam senarai yang terkini, terdapat lima syarikat Korea Selatan dan dua syarikat dari negara China yang berjaya memasuki senarai.  Syarikat China lain yang turut termasuk dalam senarai ialah syarikat enjin pencarian internet, Baidu yang berada di tangga ke-23. Seterusnya adalah syarikat pengeluar kenderaan dari Shanghai di tangga ke-35.

 

Namun begitu, banyak juga syarikat yang terkeluar daripada senarai.  Antara syarikat yang dimaksudkan ialah Uber Technologies yang telah menjual Uber Advanced Technologies Group kepada sebuah syarikat pandu-kendiri baharu, Aurora Innovation.





Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT5340

SELANGOR

BSU3556

JOHOR

JF5411J

PULAU PINANG

PSG3408

PERAK

APM1667

PAHANG

CFJ246

KEDAH

KGJ4232

NEGERI SEMBILAN

NEM2475

KOTA KINABALU

SJU5042

KUCHING

QAB7420P

Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Siapa Dapat Bantuan Kewangan One-Off?

Pemandu Teksi, Kereta Sewa dan Bas Sekolah Terima Bantuan One-Off RM1,000.

09-10-2026
Berita Auto

Pemandu Mabuk, Hisap Dadah Bayar Pampasan Kepada Mangsa

Akta Pengangkutan Jalan Dipinda, Pemandu Mabuk Wajib Bayar Pampasan.

09-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna BUDI95?

Rupanya Ramai Tak Guna Sepenuhnya Kelayakan BUDI95.

09-10-2026
Berita Auto

Janji Kahwin, Warga Asing Jerat Makcik 60, 70 Tahun Guna Nama Beli Kenderaan

Muhammad Kifli menasihatkan wanita negeri itu, khususnya berusia antara 60 hingga 70 tahun, berwaspada apabila didekati warga asing berusia 30-an.

09-10-2026
Berita Auto

Jalan Merekah Di TBS, Jangan Tunggu Sampai Ada Yang Mati

Jalan Merekah Dari TBS ke Cheras: Warga Kota Desak Pembaikan Segera.

09-10-2026
Berita Auto

Impak F1 Sepang: PMKS Raih Limpahan Ekonomi RM345 Juta

GP Bahrain di Sepang: PMKS Jana RM345 Juta.

09-10-2026
Berita Auto

Pandu Semasa Jerebu? Jangan Guna Lampu Tinggi & Lampu Kecemasan

Bahaya Jerebu Tebal: Awas Salah Guna Lampu Boleh Undang Maut

08-10-2026
Berita Auto

Berapa Jauh Naik ECRL Gombak Ke KotaSAS?

ECRL Gombak ke KotaSAS: Perjalanan Hanya 85 Minit!

08-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.