ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Vision Starburst Daripada Geely Auto: Reka Bentuk Berkonsepkan Alam Semesta? Wow!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Geely Auto memperkenalkan Vision Starburst yang sememangnya futuristik. Dalam penghasilan kereta ini, pelbagai idea inovatif dan kreatif dicurahkan, hasilnya? Sungguh menakjubkan!


Inspirasi penghasilan Vision Starburst datang daripada falsafah 'Expanding Cosmos' Geely sendiri iaitu fenomena ketika mana nebula-nebula yang cerah dan elemen yang indah dan mengagumkan bersatu.


Naib Presiden Geenly Design Shanghai, Guy Burgoyne berkata, "Falsafah 'Expanding Cosmos' menjadi inspirasi kepada pereka-pereka kami untuk meneroka 'bahasa' reka bentuk yang baharu dan holistik bagi memuaskan pelanggan kami yang kian bertambah yang datang dari pelbagai latar belakang berbeza. Ketika usaha pencarian DNA ini dalam zaman serba moden, kami telah melampaui jangkaan teknologi dan inovasi.   Seperti kelahiran sebuah bintang baharu, idea daripada pasukan pereka global kami digabungkan, disatukan dan meletus sehingga melahirkan ekspresi reka bentuk baharu, visi baharu, Vision Starburst."


Pereka daripada Geely Design bergabung tenaga sepanjang proses reka bentuk bagi membentuk kesatuan rekaan antara bahagian luar kereta dan juga dalaman kereta, penggunaan warna dan material serta kereta dan pengguna.


Bentuk luaran kereta ini kelihatan unik dengan permukaan yang melengkung seolah-olah berputar dan ditarik.


Rekaannya sama seperti cahaya bintang dan gelombang daripada kosmo yang mana garis bentuk dan permukaan bahagian luar terlipat dan terjalin antara satu sama lain.


Visual yang menyerlah Vision Starburst  dapat dilihat pada bahagian depan, terutamanya pada reka bentuk gril dan corong kemasukan udaranya.


Corak parabolik yang tajam dan unik digabungkan dengan reka bentuk pencahayaan baharu yang menyerlahkan aura tema yang diketengahkan.


Secara visualnya, kereta kelihatan memanjang daripada bahagian tengah ke tepi, atas dan bawah, membuatkannya kelihatan tegap dan lebih 3D.


Bergerak ke bahagian dalam, panel pintu telah direka dengan idea untuk mengharmonikan tema dalaman dan luaran kereta.

Digelar 'Cosmic Ray,'  rekaan dalaman kereta ini memang unik yang mana jalur lampu dipasangkan pada upholsteri.


Dapat dilihat pada bahagian atas konsol tengah ialah shifter transmisi dalam bentuk yang aerodinamik.  

Untuk memaparkan tetapan gear, terdapat empat baris cahaya digunakan.


Bukan itu sahaja, peralatan yang digunakan dalam Vision Starburst bergabung sempurna dengan pencahayaan ambien yang terdapat pada papan pemuka dan panel pintu.


Ini menjadikan pengalaman visual terasa cukup menakjubkan, lebih-lebih lagi bila digabungkan dengan teknologi kokpit yang serba canggih.


Mengenai kecanggihan kereta ini, Ia dapat dilihat melalui instrumen dan juga teknologi penyampaian informasi atau teknologi interaksi yang digunakan.


Pereka Geely telah menghasilkan kenderaan ini supaya mampu menyampaikan informasi kenderaan dan jalan yang digunakan dengan pintar bagi meningkatkan tahap keselamatan kereta serta menyempurnakan pengalaman pemanduan.

 

Dalam rekaan luaran dan dalaman Vision Starburst, konsep Human-Machine Interface (HMI) banyak diberikan penekanan.

 

Berdasarkan konsep ini, bahagian luar, pencahayaan ambien kabin, bunyi dan atmosfera boleh berubah bergantung kepada situasi kereta.


Sebagai contoh, kereta akan menggunakan efek warna ambien yang berbeza ketika dicas, bergerak, parkir dan sebagainya.

 

Konsep ini menyampaikan informasi kepada pengguna dengan cara yang unik dan inovatif iaitu melalui pencahayaan.



Walaupun kereta konsep Vision Starburst ini tidak dirancang untuk dikeluarkan, banyak aspek yang terdapat padanya boleh diadaptasikan dalam rekaan kereta-kereta yang bakal dihasilkan Geely Auto pada masa akan datang.

 

Komitmen Geely Design untuk kekal inovatif dalam rekaannya adalah satu perkara yang sangat menakjubkan. Konsep 'Expanding Cosmos' dalam rekaan Vision Starburst sememangnya dapat membawa Geely Auto ke satu peringkat yang baharu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7098

SELANGOR

BSR3584

JOHOR

JYB7846

PULAU PINANG

PSD4944

PERAK

APJ5690

PAHANG

CFG9704

KEDAH

KGG8124

NEGERI SEMBILAN

NEK8027

KOTA KINABALU

SJS8064

KUCHING

QAB1391P

Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi
Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Geely Perkenal G-Pilot: ADAS Canggih Dengan Navigasi Pintu-ke-Pintu

Gergasi automotif China, Geely, telah memperkenalkan versi terkini sistem bantuan pemanduan (ADAS) G-Pilot.

05-03-2025
EV
Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama EV, Zeekr, Lynk & Co Bersatu – Kini Zeekr Group

Jenama kenderaan elektrik (EV) premium dari China, Zeekr, kini secara rasmi bergabung dengan jenama Lynk & Co.

16-02-2025
Berita Auto
Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Proton Saga MC3 Dikesan Dengan Kamera ADAS, Teknologi Keselamatan Lebih Canggih?

Kelibat terbaru model Proton ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook.

19-01-2025
Berita Auto
DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM, GEELY, Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan AHTV Di Tanjung Malim

DRB-HICOM dan Geely menandatangani dua Memorandum Persefahaman (MoU) pada pelancaran kenderaan elektrik pertama Proton, e.MAS 7, di ibu negara semalam.

17-12-2024
EV
PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

PROTON e. MAS 7 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Dari RM110K

Pengeluar kereta nasional, Proton akhirnya melancarkan secara rasminya kenderaan elektrik pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 di ibu negara sebentar tadi.

16-12-2024
EV
Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

Geely: Sekali Guna EV, Pemandu Tidak Akan Kembali Guna Kereta Petrol, Betul Ke?

"Seperti membeli kereta tetapi kembali (menggunakan) kuda, sudah tentu tidak selesa," wakil Geely.

07-11-2024
EV
36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

36 Pengedar e.MAS, Semakin Ramai Minat Jadi Pengedar Selepas Lawatan R&D Geely Di China

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengumumkan pelantikan sebanyak 36 pengedar Proton e.MAS yang dibuat baru-baru ini.

01-10-2024
EV
Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Pengedar Proton e.MAS Dibawa Lihat Geome Xingyuan di China – Mungkinkah Ini e.MAS 5?

Jenama kenderaan elektrik (EV) nasional, Proton e.MAS, menganjurkan satu kunjungan rasmi ke China bersama beberapa pengedarnya..

27-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto
Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.

02-07-2026
Berita Auto
Padah Percaya Aplikasi Penunjuk Arah Warga China' Masuk Gaung 7 Meter
Berita Auto
Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya

Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya

Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.

02-07-2026
Berita Auto
Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto
Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto
Masuk Percuma! Ini Sebab Kenapa Anda Wajib Serbu BMW Clubhouse Di Factory 19 Julai Ini
Berita Auto
Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto
Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.