ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Sebut "Hey Mercedes!" Lagu Akan Berkumandang Dalam Kereta Mercedes – Bila Mercedes-Benz & Apple Music Bergabung

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Mercedes-Benz berkolaborasi dengan Apple Music untuk mengintegrasikan sistem ini dengan servis Mercedes me connect iaitu "Online Music," dan juga sistem infotainmen MBUX. 


Apa yang ditawarkan Apple Music? Apabila akaun Mercedes me disambungkan kepada kereta, pelanggan Apple Music dapat mengakses lebih daripada 75 juta lagu, ribuan senarai lagu atau playlist yang disusun khas, seleksi lagu pilihan pemuzik atau artis, serta semua siaran radio global yang terdapat di Apple Music 1, Apple Music Hits dan Apple Music Country.


Hanya dengan menyebut "Hye Mercedes" menggunakan teknologi arahan suara MBUX yang terdapat pada stereng kereta atau terus pada skrin paparan, pemandu boleh memberi arahan supaya kereta memainkan lagu, album, senarai lagu atau stesen radio tertentu.  Wow!



"Kami menggunakan kebolehan pendigitalan melalui pengemaskinian secara dalam talian supaya masa yang diluangkan oleh pelanggan di dalam kereta Mercedes menjadi lebih seronok dan memuaskan.  Integrasi dengan (platform) penstriman muzik dalam talian memberikan akses digital kepada pelanggan untuk menikmati muzik," ujar ahli lembaga Pengurusan dan CTO Mercedes-Benz AG, Sajjad Khan. 

"Dengan Apple Music, kami telah mengintegrasikan sepenuhnya servis yang bersesuaian dengan portfolio muzik dalam talian Mercedes-Benz," tambahnya lagi.


Bagi pemilik C-Class dan S-Class, kemas kini terbaharu ini ditawarkan sebaik proses pengeluaran dimulakan dalam bulan ini juga. Pemilik EQS pula, pada musim panas ini.


Sementara itu, bagi pemilik kereta C-Class dan S-Class sedia ada yang mana kenderaan telah lengkap dengan MBUX generasi terbaharu, dapat melakukan integrasi dengan Apple Music sekitar akhir tahun ini. 

 

Pemilik model kereta ini boleh menghubungkan "Online Music" dengan mana-mana platform penstriman muzik seperti Apple Music, Amazon Music, Spotify dan TIDAL. 

 

Pelanggan yang ingin membeli in-car streaming data boleh mendapatkannya daripada pengendali rangkaian mudah alih (MNO) melalui portal Mercedes me atau mengaktifkannya melalui pelan data telefon pintar masing-masing untuk S-Class, C-Class dan EQS.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ8073

SELANGOR

BST8607

JOHOR

JE5310J

PULAU PINANG

PSF7012

PERAK

APL5923

PAHANG

CFH7863

KEDAH

KGJ1954

NEGERI SEMBILAN

NEL9407

KOTA KINABALU

SJU2080

KUCHING

QAB5938P

Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-10-2023
Berita Auto

07-06-2022
Berita Auto

100 Mercedes-Benz Terlibat Konvoi Amal

Mercedes Car Club Malaysia (MCCM) telah mengadakan konvoi amal.

18-01-2022
Berita Auto

Produksi Hypercar Mercedes-AMG Project One Ditangguhkan – Ini Sebabnya...

Kereta hypercar dengan inspirasi daripada kereta Formula 1 ini masih tidak bersedia untuk memasuki fasa pengeluaran.

05-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026
Berita Auto

Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa

Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.

22-09-2026
Berita Auto

Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i

Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.

22-09-2026
Berita Auto

GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia

Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.

21-09-2026
Berita Auto

Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ

H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.

21-09-2026
Berita Auto

Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan

Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.

19-09-2026
Berita Auto

ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit

Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.

18-09-2026
Berita Auto

17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu

Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.

18-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.