Lexus UX 200: Pesaing BMW X1 & Merc GLA 200
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2018, Lexus UX 200 ialah sebuah SUV kompak premium yang ditawarkan dalam harga atas jalan tanpa insuran bermula daripada RM 236,443.50 bagi varian terendah iaitu UX 200 Urban, RM 274,998.50 untuk UX Luxury dan RM 290,335.00 bagi UX F-Sport.
Varian pertengahan daripada tiga varian yang ditawarkan ialah 2020 Lexus UX Luxury yang juga merupakan pesaing rapat dengan kereta segmen SUV kompak premium yang lain iaitu 2020 BMW X1 sDrive18i yang dijual pada harga RM 208,368 dan 2021 Mercedes-Benz GLA 200 pada harga RM 244,199.82.
Enjin & Prestasi

Lexus UX 200 Luxury
Kesemua varian Lexus UX 200 menggunakan enjin 2.0 liter, 4 silinder yang mana kuasanya disalurkan kepada roda hadapan menerusi transmisi CVT Direct-Shift 10-kelajuan. Enjin yang digunakan membolehkan kereta mencapai kuasa kuda 169 hp pada 6,000 rpm dan 205 Nm tork pada 4,800 rpm. Masa pecutan model ini daripada 0 ke 100 km/j adalah 9.2 saat dan memiliki kelajuan maksimum mencecah 190 km/j.
BMW X1
BMW X1 menggunakan enjin B38 1.5 liter, 3 silinder dengan satu turbo berkembar yang digabungkan dengan transmisi dwi-klac Steptronic 7 kelajuan. Enjin ini memberikan kuasa kuda sebanyak 138 hp pada 4,600-6,500 rpm dan tork 220 Nm pada 1,480-4,200 rpm. Pecutan abad 0-100 km/j dapat dilakukan dalam jangka masa hanya 9.6 saat dengan kelajuan tertinggi 201 km/j.

Mercedes-Benz GLA 200
Pesaing seterusnya, Mercedes-Benz GLA 200 pula dikuasakan oleh enjin berpengecas turbo Renault-sourced M282 1.3 liter, 4 silinder yang menyalurkan 163 kuasa kuda pada 5,500 rpm dan tork 250 Nm pada 1,620 to 4,000 rpm. Transmisi yang digunakan ialah dwi-klac 7 kelajuan Getrag. Kuasa pada kereta ini membolehkannya melakukan pecutan abad 0-100 km/j dalam hanya 8.7 saat dan mencapai kelajuan maksimum 210 km/j.
Kadar Penggunaan Minyak

Di atas kertas, Lexus UX memiliki kadar penggunaan minyak dalam 6.2 liter/100 km dan Mercedes-Benz GLA 200 pada 5.7 - 6.0 liter/100 km. BMW X1 pula memiliki kadar penggunaan minyak tertinggi berbanding yang lain pada 6.3 liter/100 km.
Dimensi Kenderaan

Lexus UX Luxury
Lexus UX memiliki kepanjangan 4495 mm, kelebaran 1840 mm dan ketinggian 1520 mm. Dimensi untuk kepanjangan, kelebaran dan ketinggian bagi BMW X1 adalah 4447×1821×1598 (mm). Sementara itu, Mercedes-Benz GLA 200 pula memiliki dimensi 4410 x 1834 x 1611 (mm).
Berdasarkan info dimensi ini, dapat dilihat bahawa Lexus UX memiliki saiz kepanjangan dan kelebaran yang tertinggi berbanding BMW X1 dan GLA 200 namun berketinggian paling rendah dengan pesaingnya.
Ringkasan Perbandingan Dengan Pesaing:-

Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPY5456
SELANGOR
BSK697
JOHOR
JYK7945
PULAU PINANG
PRV5504
PERAK
APC4203
PAHANG
CFE1146
KEDAH
KGC9254
NEGERI SEMBILAN
NEH5704
KOTA KINABALU
SJN6031
KUCHING
QAB4950M
Terakhir Kemas Kini 11 Nov, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.60
RON 97
RM 3.20
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.02
+0.07
EURO 5 B7
RM 3.22
+0.07
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2025
Berita Berkaitan
Review penuh & Pandu Uji Lexus UX200 LUXURY Malaysia | Mewah, Canggih dan Stylo! Apa lagi nak?
Lexus UX200 Luxury Malaysia - SUV yang paling mewah berbanding dengan Mercedes-Benz GLA, BMW X1, Audi Q3 & Volvo XC40?
24-06-2021
Berita Terkini
BMW i4 eDrive35 M Sport LCI 2025 Sudah Diuji, Antara EV Mampu Milik
Carz.com berpeluang memandu uji BMW i4 eDrive35 M Sport LCI, baru-baru ini.
10-11-2025
Proton Saga 2026: Tujuh Perkara Menarik Yang Perlu Anda Tahu
Ini dia tujuh perkara menarik yang perlu anda tahu tentang sedan segmen A, Proton Saga generasi keempat (Saga MC3).
04-11-2025
Perasaan Pandu Uji Proton e.MAS 5: EV Lincah, Senyap, Selesa! Nampaknya EV Paling Sesuai Untuk Wanita
Penulis berpeluang memandu uji Proton e.MAS 5 di COE, Shah Alam, pada minggu lepas.
17-10-2025
Pandu Uji Hyundai Tucson Facelift 2025 , SUV Paling Ideal Untuk Wanita Malaysia?
Sebagai wanita dan ibu kepada dua orang anak, ini komen jujur saya mengenai Hyundai Tucson Facelift 2025.
14-10-2025
Pandu Uji Hyundai Santa Fe 2025, Ini 5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu, Santa Fe Bukan Sebarang SUV!
Penulis berpeluang memandu uji Hyundai Santa Fe 2025, pada minggu lepas.
13-10-2025
Pratonton GWM WEY G9, Ini 6 Fakta Anda Patut Tahu!
Pihak media dijemput untuk menyaksikan GWM Wey G9 sebelum dilancarkan secara rasminya ke pasaran tempatan.
22-09-2025
[PANDU UJI SULUNG] Mazda CX-60 2.5G 2WD High: 3 Perkara Penting Anda Patut Tahu...
Sementara masih ‘panas’ di pasaran, BAuto telah mengadakan sesi pandu uji bersama media yang kami sertai untuk mencuba salah satu daripada model yang dilancarkan, CX-60 2.5G 2WD High.
21-09-2025
Pandu Uji GAC Emkoo CKD: Bakal Dilancar, Harga Sekitar RM120K! Ada Power, Luar, Dalam Puas Hati!
Penulis diberi peluang memandu uji GAC Emkoo Premium di Putrajaya, semalam.
22-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

