Tempah Sekarang, Dapat 2 Tahun Lagi

Jangan terkejut bagi yang berminat untuk membeli Rolls Royce Spectre EV!
Ini kerana penghantaran jentera mewah itu hanya boleh dibuat dua tahun lagi.
Difahamkan, tempoh menunggu yang agak lama itu bukan sesuatu perkara yang mengejutkan.
Apa yang mengejutkan, walaupun terpaksa menunggu lama namun jenama RR yang sememangnya popular dalam kalangan orang kaya tidak menghalang permintaan terhadap EV ini terus melonjak.

Lazimnya, penghantaran Rolls Royce akan dibuat dalam masa 12 hingga 15 bulan kerana kebanyakan kenderannya adalah hasil buatan tangan dimana ia menuntut ketelitian dan cabaran yang tinggi.
Bercakap kepada portal berita InsideEVs, Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce, Torsten Müller-Ötvös berkata, jika anda menempah jentera itu hari ini, anda mungkin akan menerima penghantarannya pada tahun 2025.

“Masa penghantaran adalah 15 bulan namun permintaan RR semakin meningkat tetapi niat saya bukannya mahu pelanggan menunggu bertahun-tahun untuk mendapatkan produk kami.
Di dalam segmen mewah, pelanggan tidak menghargai tempoh menunggu melebihi dua, tiga, empat atau lima tahun. Atau kenyataan berbunyi, 'kami telah habis menjual semua model sebelum sempat kereta menjejak tanah,' atau apa-apa sahaja alasan.
"Saya fikir ia adalah perancangan pengeluaran yang tidak berkesan,” katanya.
Pada awal tahun ini, Rolls-Royce mendedahkan bahawa mereka telah menerima banyak tempahan untuk Spectre sehingga terpaksa memperluaskan kemudahan pengeluaran bagi memenuhi pengeluaran tepat pada masanya.


Mengenai soal jarak gerak, Müller-Ötvös turut mengambil kira maklum balas daripada pelanggan Rolls-Royce model konsep 102EX dan 103EX yang ditayangkan sebelum ini.
Kami belajar banyak berkenaan aspek jarak gerak, serta tempoh pengecasan.
“Jelas sekali kita tidak perlu menjadi nombor satu dengan jarak gerak yang jauh, akan tetapi jarak gerak 500 km sudah lebih daripada mencukupi.

Spectre dikatakan mampu menghamburkan kuasa setinggi 557 hp dan tork 900Nm selain mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 4.5 saat.
Bagaimanapun, harganya tidak didedahkan.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRB1354
SELANGOR
BSQ4959
JOHOR
JYX6846
PULAU PINANG
PSC6605
PERAK
APH8479
PAHANG
CFG6591
KEDAH
KGG3241
NEGERI SEMBILAN
NEK5427
KOTA KINABALU
SJS1686
KUCHING
QAB9247N
Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans
Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.
04-08-2025
JPJ Sita 101 Kereta Mewah, Ada Juga Kereta Selebriti
Antara kesalahan utama yang dikesan adalah penggunaan lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tidak sah atau tamat tempoh.
24-06-2025
Nampak Jahat: Tapi Bukan Sebarang Kereta
Rolls-Royce melancarkan Ghost Black Badge Ékleipsis Private Collection, baru-baru ini.
13-10-2023
Prestasi Jualan Kereta Global 2022: BMW Menandingi Mercedes-Benz, Jualan VW & Audi Turun?
Artikel ini mendedahkan pencapaian jualan antara jenama automotif terbesar sepanjang tahun lalu.
12-01-2023
Rolls-Royce Milik Penyanyi Queen, Freddie Mercury, Bakal Dilelong, Ini Sejarahnya...
Rolls-Royce Silver Shadow 1974 milik penyanyi legenda dunia, Freddie Mercury, bakal dilelong.
17-10-2022
Satu Daripada 35 Unit Wraith Black Badge Global Kini Di Malaysia! Ini Perincian Rekaan Kereta Mewah Dengan Headliner ‘Kerdipan Bintang’
Unit terakhir Wraith Black Badge Landspeed Collection dipertotonkan di Malaysia secara eksklusif kepada media. Ini perincian rekaan menakjubkan kereta ini.
29-04-2022
Koleksi Landspeed Rolls-Royce: Hanya Wujud 56 Unit! Kenapa Kereta Dalam Koleksi Ini Terlalu Unik?
Landscape Collection Rolls-Royce yang eksklusif, hanya 56 unit ditawarkan di seluruh dunia.
29-06-2021
Ini Yang Anda Patut Tahu Tentang Waranti EV
Mungkin ramai yang tidak mengendahkan mengenai waranti EV, jadi kami memberi sedikit tips untuk anda!
21-12-2023
Berita Terkini
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah
Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.
29-05-2026
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia
Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.
28-05-2026
PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS
Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.
22-05-2026
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV
Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.
20-05-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
