ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Pandu Uji Lexus UX 200: Prestasi Mantap, Keselesaan Menakjubkan

Sofea Najmi

20-6-2021

Kongsi melalui

Baru-baru ini, penulis telah mendapat peluang untuk memandu uji kereta mewah Lexus UX 200 Luxury, salah satu varian Lexus UX 200. Kereta ini merupakan sebuah SUV kompak yang diimport dari negara matahari terbit, Jepun.




Sebaik mendapat tahu penulis akan mencuba kereta ini, tanpa berlengah penulis mula membuat banyak pembacaan untuk mengambil tahu sedikit sebanyak supaya lebih feel bila masuk ke dalam kereta nanti. 


Ketika itu, penulis berpendapat, bila dah tahu banyak pasal kereta yang nak dicuba, tidaklah terkejut sangat bila kereta dah ada depan mata memandangkan dah boleh agak macam mana keadaan kereta. Sangkaan penulis ternyata salah.


Reka bentuk luar kereta yang menawan


Dari sudut pandangan luar, Lexus UX 200 Luxury akan membuat sesiapa sahaja menoleh untuk lihat. Memang menggoda! Penulis jatuh cinta dengan design kereta ini daripada pandangan pertama lagi. Walaupun kereta yang diterima adalah berwarna biru, bukanlah warna kegemaran penulis, tapi biru pada kereta ini nampak cukup menawan. 


Dapat dilihat reka bentuk luarannya diberikan perincian yang begitu menakjubkan. Gaya premium yang terlihat jelas pada bahagian luar kereta ialah gril depannya dengan corak signature spindle Lexus. 


Menurut Shaun Stephen, team video CariCarz:


“Lexus mempunyai L-finesse design philosophy yang jelas untuk hampir kesemua model keretanya.”



Gril depan L-block 


DRL berbentuk L

Rekaan setiap sudut luaran kereta cukup ekspresif. Garis lekukan pada badan kereta bukan sahaja membantu meningkatkan ciri aerodinamik kereta tapi juga menampakkannya lebih elegan. 




Pada bahagian belakang, penggunaan lampu bilah penstabil aero LED (LED Aero Stabilizing Blade Lights) yang panjang dan berkedudukan melintang memenuhi kelebaran kereta adalah ciri estetika yang menarik perhatian. Nampak agak futuristik lebih-lebih lagi apabila ianya dinyalakan pada waktu malam. Kesemua ciri unik inilah yang menjadikan Lexus UX 200 jauh menyerlah berbanding yang lain di atas jalan raya.


Kemewahan kabin dalaman kereta


Perasaan ingin tahu kian menebal, kalau di luar sudah gah begini, bagaimana pula bahagian dalamnya? Tanpa membuang masa, penulis membuka pintu kereta dan wow! Ruang dalamnya tidak mengecewakan. 



Sentuhan premium pada setiap sudut kabin. Pertama kali duduk dalam kereta ini, penulis dapat merasakan perbezaan tahap keselesaannya berbanding kereta-kereta lain. Mana taknya, inilah kereta termahal penulis pernah sentuh pada ketika itu. 


Hampir 15 minit juga rasanya penulis meluangkan masa di dalam kereta untuk menyesuaikan diri dengan layout dan kemudahan yang ada. Melalui pengamatan penulis, material yang digunakan pada ruang kabin terasa mewah, sebagai seorang yang duduk di kerusi pemandu, memang terasa aura orang kayanya (walaupun hanya untuk sementara waktu). 


Kemasan yang digunakan untuk ruang dalaman Lexus UX 200 ini menggambarkan keindahan seni tradisional Jepun. Memetik kata Shaun berdasarkan video reviewnya:



“(Kereta ini) menggunakan konsep washi rumah orang Jepun, sliding door (masyarakat tradisional Jepun) ada kertaskan? Sentuhan yang sama tapi tak guna kertas, gunakan kulit.”


Bahagian dashboard kereta diletakkan dengan lapisan yang diinspirasikan daripada kertas Jepun, Washi, yang digunakan pada pintu rumah klasik Jepun. 



Sementara itu, tempat duduk yang dibalut dengan kulit pula dikemaskan dengan jahitan Sashiko. Menurut Shaun, tempat duduk ini “menggunakan konsep sashiko yang sama dengan jahitan pada uniform seni mempertahankan diri ataupun martial art Judo.”



Jahitan Sashiko yang kukuh


Ciri Ergonomik


Bukan itu sahaja yang mengujakan tentang kereta ini, dapat dilihat setiap kemudahan penting yang ada pada kereta mudah untuk dicapai dan dilihat oleh pemandu. Idea reka bentuk yang kreatif dan juga ciri ergonomik disatukan dalam penzahiran rekaan dalaman terutamanya pada konsol tengah. 


Untuk memudahkan pemandu mengawal sistem infotainmen, Lexus menyediakan trackpad di sebelah tuil gear. Inilah salah satu ciri ergonomik yang menarik terdapat pada Lexus UX, sambil bersandar pada kerusi atau sambil memandu, pemandu boleh mengawal sistem dengan lebih relaks. 



Sistem infotainmen Lexus UX 200 dikawal menggunakan track pad




Butang-butang penting pada bahagian stereng kereta, amat memudahkan pemandu.




Saiz 


Bercakap tentang saiz kereta, pada pendapat penulis, ruang kaki tempat duduk hadapannya tiada masalah, tetapi agak sempit untuk penumpang belakang. 



Kekurangan dari segi saiz kereta ini digantikan dengan adanya penyejuk udara dan juga port pengecas USB khas pada barisan kedua kereta ini. 


Keselamatan


Walaupun UX merupakan model termurah yang ditawarkan Lexus buat masa ini, ianya tetap mewah dengan kesemua ciri keselamatan penting sama ada pasif mahupun aktif. 


Model kereta yang ini dilengkapi ciri-ciri penting seperti 8 beg udara, monitor titik buta,  amaran lintasan trafik belakang,  kawalan brek selekoh dan sebagainya.


Turut disediakan ialah pakej keselamatan Lexus Safety System+ yang merangkumi sistem pra-pelanggaran, kawalan layar radar dinamik, sistem kekal lorong dan juga sistem lampu suluh tinggi adaptif. 



Lexus Safety System+




Pemanduan 



Penulis telah menggunakan kereta ini pada waktu siang dan malam, di kawasan bandar dan kampung. Apa yang boleh dikatakan, Lexus UX 200 ialah sebuah model kereta yang sempurna untuk apa-apa sahaja situasi. Selesa untuk penggunaan secara kasual mahupun jarak jauh.


Keselesaan pemanduannya tidak dapat ditandingi oleh kereta lain yang pernah penulis gunakan pada ketika itu. Pickupnya dirasakan cukup mantap, terutama sekali bila mengggunakan mod Sport, kuasa pecutan kereta terasa sangat memuaskan apabila pedal minyak ditekan. 


Team video CariCarz yang telah cuba kereta ni pun mempunyai pendapat yang sama, “Pemanduannya sangat selesa, prestasinya ada.”


Mod-mod lain yang ada ialah Eco, untuk penggunaan yang lebih menjimatkan minyak (memang jimat!), dan juga Normal untuk penggunaan yang lebih kepada keseimbangan antara prestasi dan juga penjimatan. 



Menurut Shaun,  kluster instrumen dan juga sistem infotainmen kereta ini akan berubah mengikut tema ataupun mod pemanduan. 


Selain itu, suspensinya juga sangat menakjubkan penulis yang memandu dan semua penumpang dalam kereta termasuklah yang berada di tempat duduk belakang. Walaupun terdapat laluan yang berlubang, hentakan tidak begitu terasa, bak kata orang putih, memang smooth. Sepanjang berada dalam kereta ini, tidak sekalipun tiba-tiba melambung ataupun terasa impak seperti jatuh ke bawah. Thumbs up Lexus!



Secara teknikalnya, Lexus UX 200 menggunakan enjin 2.0 liter, 4 silinder yang mana kuasanya disalurkan kepada roda hadapan menerusi CVT Direct-Shift 10-kelajuan. UX menggunakan MacPherson Strut sebagai sistem suspensi hadapan dan Trailing Wishbone di bahagian belakang. 


Pada waktu malam di laluan kampung yang kurang diterangi cahaya lampu, sistem lampu suluh tinggi adaptif Lexus UX banyak membantu. Penulis tak perlu bersusah-payah melaraskan cahaya untuk ‘menghormati’ kereta daripada arah bertentangan. 


Kesimpulannya...


Secara keseluruhannya, kereta ini cukup responsif tanpa pemandu perlu memberikan ‘usaha’ lebih pada kereta. Ciri-ciri keselamatan yang disediakan juga sangat memudahkan pemandu dalam pelbagai situasi pemanduan. Lexus UX adalah sebuah kereta yang betul-betul relaks dan puas untuk dipandu. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPC2360

SELANGOR

BSE4702

JOHOR

JXW5570

PULAU PINANG

PRQ3725

PERAK

ANV3808

PAHANG

CFB6721

KEDAH

KGA4299

NEGERI SEMBILAN

NEF7286

KOTA KINABALU

SJK7524

KUCHING

QAB3146L

Terakhir Kemas Kini 03 May, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 01 May, 2025

Berita Terkini

Pandu Uji

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.