- Berita
- Kereta Baru
- Definisi Mewah & Prestasi Yang Sebenar: Mercedes-Benz Malaysia Perkenalkan E-Class Coupe
Definisi Mewah & Prestasi Yang Sebenar: Mercedes-Benz Malaysia Perkenalkan E-Class Coupe
Baru-baru ini, E 300 AMG Line Coupe telah dilancarkan sebagai satu model tambahan terbaharu dalam koleksi kereta mewah syarikat Mercedes-Benz. Kereta ini dilihat menampilkan gaya luaran yang ikonik dan jika dilihat dari segi spesifikasinya pula, padat dengan pelbagai teknologi baharu yang intuitif.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia, Sagree Sardien berkata, "Inilah kereta yang pasti dapat membangkitkan emosi. Dengan rekaan mewah yang unik bagi jenama Mercedes-Benz bersama-sama dengan penambahan baharu lain, E 300 AMG Line Coupe bukan hanya menawarkan pelanggan pengalaman pemanduan yang penuh dengan semangat dan menyeronokkan, tetapi juga lebih sporty. Kami yakin kereta idaman terbaharu daripada Mercedes-Benz ini dapat melebihi jangkaan orang ramai dan akan terus menjadi pilihan utama dalam kalangan peminat permotoran."
Berkenaan enjinnya, E 300 AMG Line Coupe menggunakan enjin petrol 4 silinder 2.0 liter yang dapat menjana 190 kW (258 hp) kuasa pada 5,500 ke 6,100 rpm dan 370 Nm tork pada 1,800 ke 4,000 rpm.
Enjin ini digabungkan dengan transmisi 9G-TRONIC yang membolehkan kenderaan memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa 6.4 saat dan mencapa kelajuan maksimum pada 250 km/j.
Dinamik pemanduannya juga telah diberikan penambahbaikan iaitu dari segi mod pemanduan Dynamic Select (Pilihan Dinamik) dan suspensi Agility Control (Kawalan Ketangkasan) yang memberikan keselesaan dan kestabilan pemanduan yang optimum.
Pada bahagian luaran kereta, E 300 AMG Line Coupe mempamerkan gaya klasik dengan sentuhan moden.
Sepertimana AMG Line yang lain, model kereta terbaharu ini lengkap dengan spoiler belakang, gril radiator blok berlian dengan pin berwarna krom dan satu set rim aloi ringan 5 twin-spoke AMG 19 inci.
Bahagian depan kereta dilengkapi lampu Multibeam LED yang menyala dengan lebih cerah dalam warna yang lebih natural pada waktu malam.
Fungsi Adaptive High beam Assist Plus dapat mengawal lampu LED ini dengan melakukan peralihan antara lampu suluh rendah, lampu suluh separa tinggi dan lampu tinggi secara automatik.
Warna-warna yang ditawarkan bagi badan E-Class Coupe adalah Polar White, Obsidian Black, Rubellite Red, Graphite Grey, Mojave Silver, Brilliant Blue, High-tech Silver, Emerald Green dan Selenite Grey.
Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan warna lain dengan caj tambahan untuk warna seperti Designo Diamond White Bright dan Designo Patagonia Red Metallic.
"Model sporty dan mewah Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe ialah tambahan terbaharu dalam portfolio kereta idaman Mercedes-Benz," ujar Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Kenderaan Penumpang Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp.
Bergerak ke bahagian dalam, E-Class Coupe menampilkan gaya kontemporari dan sporty yang mewah. Ia juga merupakan satu-satunya coupe tanpa tiang atau pillar dalam segmennya.
Kabin dalaman kereta dilihat menggunakan material berkualiti tinggi seperti kemasan kayu berwarna abu hitam, balutan kulit Artico serta balutan kulit Nappa.
Sistem kawalan pada stereng pintar kereta ini pula didatangkan dalam warna hitam berkilat dengan elemen kemasan perak.
Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe yang terbaharu ini dilengkapi dengan sistem multimedia terbaharu iaitu MBUX NTG 6 yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto.
Setup ini merangkumi dua buah skrin bersaiz 12.3 inci yang beresolusi tinggi, membentuk kokpit berskrin lebar. Untuk menyempurnakan atmosfera kabin, sistem ini digabungkan dengan teknologi audio Burmester.
Ciri mewah lain yang terdapat pada model terkini ialah bumbung matahari atau sunroof dengan bukaan boleh gelongsor (sliding), pencahayaan ambien 64 warna, kawalan iklim tiga zon automatik Thermotronik, akses bebas tangan dan fungsi keyless-go.
Dari segi keselamatan, Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe menggunakan sistem bantuan pemanduan Mercedes-Benz generasi terbaharu yang memberikan sokongan kerjasama kepada pemandu.
Ciri pengesanan hands-off (lepas tangan) pada stereng kereta kini boleh berfungsi secara kapasitif, meningkatkan tahap 'mesra pengguna' pemanduan dalam mod semi automatik.
Selain itu, dalam pakej Bantuan Pemanduan turut terdapat Bantuan Jarak Aktif DISTRONIC, Bantuan Stereng Aktif, Bantuan Brek Aktif, Bantuan Stereng Pengelak, Bantuan Kekal Lorong Aktif, Bantuan Titik Buta Aktif dan PRE-SAFE Plus.
Secara keseluruhannya, Mercedes-Benz E 300 AMG Line Coupe yang terbaharu ini sememangnya mempamerkan gaya yang moden dan sporty. Gabungan kedua elemen ini bakal menjadikannya sebuah kereta yang sentiasa relevan.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VPR3847
SELANGOR
BSH5724
JOHOR
JYG3024
PULAU PINANG
PRT7647
PERAK
APA9453
PAHANG
CFD4024
KEDAH
KGC1643
NEGERI SEMBILAN
NEG9466
KOTA KINABALU
SJM4810
KUCHING
QAB1175M
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.05
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.88
EURO 5 B7
RM 3.08
Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2025
Berita Terkini
BYD Sealion 6 DM-i Mungkin Tiba Di Malaysia? – BYD Kongsi Teaser Nombor '6'
Pasaran kenderaan tenaga baharu (NEV) tempatan bakal dimeriahkan dengan kehadiran model terbaru tidak lama lagi setelah BYD Cars Malaysia memuat naik video teaser penuh misteri.
04-09-2025
ROI Chery O5 Kini Dibuka – Omoda 5 Terbaru Dengan Nama Baharu, Lancar Sept 2025
Chery bersedia untuk memperbaharui Omoda 5 dengan wajah serta teknologi baharu menerusi model Chery O5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.
03-09-2025
Mazda CX-60 2025 Dilancarkan Di Malaysia – 1 Varian CBU, Dari RM199,000
Bermaz Motor (BAuto) hari ini telah melancarkan secara rasmi SUV crossover Mazda CX-60. SUV bersaiz sederhana dalam kumpulan model besar Mazda ini ditawarkan dalam hanya satu varian, CX-60 2.5L 2WD High.
03-09-2025
Mazda CX-80 2025 Kini Di Malaysia – 1 Varian CBU, PHEV, Dari RM330,000
Bermaz Motor (BAuto) secara rasmi telah melancarkan Mazda CX-80, model tiga baris premium yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun.
03-09-2025
Bufori CS8 Dilancar, 810 HP, Harga RM2,188 Juta
Bufori, jenama kereta mewah klasik buatan tangan Malaysia akhirnya melancarkan Bufori CS8 ke pasaran tempatan, petang tadi.
28-08-2025
SUV Elektrik smart #5 Dipertontonkan – 3 Varian, Lancar Oktober Nanti
smart Malaysia (PRO-NET) akhirnya memperlihatkan versi pemanduan sebelah kanan (RHD) untuk SUV elektrik flagshipnya, smart #5.
28-08-2025
Suzuki Swift Sport ‘Final Edition’ Dilancar, Harga Cuma RM137,900
Pengimport dan pengedar kereta Suzuki tempatan, Naza Eastern Motors (Suzuki Cars Malaysia) melancarkan Suzuki Swift Sport baru-baru ini.
25-08-2025
Zeekr 7X Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM179,800
Sebentar tadi, Zeekr Malaysia telah secara rasmi melancarkan SUV elektrik terbarunya, Zeekr 7X, untuk pasaran tempatan.
22-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat