ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Wah! Makin Cun & Canggih! Ini Dia Kia Sportage Gen Ke-5 Yang Terbaharu!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Kia, pengeluar kereta negara Korea baru-baru ini telah membuat pendedahan tentang spesifikasi terperinci bagi Kia Sportage generasi ke-5 atau versi tahun 2022 yang menerima pelbagai rombakan bagi ciri luaran dan dalaman berbanding model terdahulu. 


Kia Sportage terbaharu ini bakal dilancarkan dengan teknologi trenkuasa yang canggih menjadikannya salah satu SUV paling efisien dan mesra alam yang pernah ditawarkan Kia. Pada pelancarannya nanti, Sportage akan ditawarkan dalam dua pilihan enjin pembakaran dalaman iaitu  enjin petrol empat silinder berpengecas turbo 1.6L TGDI dan enjin diesel 2.0L.


Sportage dengan enjin 1.6L dapat menghamburkan kuasa sehingga 180 PS dan tork mencecah 265 Nm. Enjin ini secara keseluruhannya lebih efisien kerana memiliki sistem pembakaran dan penyejukan lebih optimum, dan kurang geseran. Enjin ini dipadankan dengan sistem transmisi dwi-klac tujuh kelajuan (manual enam kelajuan turut ditawarkan). Kadar penggunaan minyak bagi enjin ini ialah 12.5 km bagi setiap liter. 




Bagi enjin 2.0 liter, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 186 PS dengan tork 417 Nm. Enjin ini digabungkan dengan transmisi automatik lapan kelajuan. Kadar penggunaan minyak untuk enjin ini ialah 14.6 km per liter untuk versi standard, pacuan roda depan. 


Buat pertama kalinya, Sportage didatangkan dengan Terrain Mode iaitu tetapan auto, snow (salji), mud (lumpur) dan sand (pasir), ciri yang penting bagi pemandu yang sukakan aktiviti lasak. Versi hibrid (HEV) dan hibrid plug-in (PHEV) juga bakal ditawarkan kepada yang berminat. 


Dibina berdasarkan platform N3, Sportage baharu menyediakan ruang letak kaki dan kepala yang selesa yang masing-masing berukuran 1050 mm dan 1000 mm. Secara spesifiknya, kereta ini berkepanjangan 4,660 mm, lebar 1,865 mm dan tinggi 1,660 mm. Jarak antara rodanya pula ialah 2,755 mm. Untuk penyimpanan, ruang but berkapasiti 637 liter. 


Mengenai reka bentuknya, tema rekaan yang diketengahkan bagi Sportage terbaharu ialah Opposites United, tema sama akan diaplikasikan pada model-model yang bakal dilancarkan pada masa akan datang. Dapat dilihat pada bahagian depan model ini, gril hitam mendominasi hampir keseluruhan ruang dan digabungkan dengan gril Tiger Nose atau gril berbentuk hidung harimau. Gril ini diapit oleh DRL LED berbentuk segi tiga dan juga lampu depan dengan reka bentuk berlian. 




Bergerak ke bahagian tepi kereta, trim krom dapat dilihat 'ditarik' hingga ke tiang. Sportage dilengkapi dengan sama ada rim 17 inci, 18 inci ataupun 19 inci dalam tujuh reka bentuk, kemasan dan warna yang berbeza bergantung pada varian. 

Di bahagian belakang, sentuhan yang diberikan menyerlahkan aura moden kereta. Reka bentuknya nampak ‘tajam’ dan terperinci berdasarkan jaluran panjang yang menghubungkan lampu belakang kereta. 


Kia turut memaklumkan bahawa varian baharu, X-Line yang lebih rugged dan sesuai untuk menempuhi perjalanan off-road turut ditawarkan. Varian istimewa ini memiliki bampar yang berbeza, lengkap dengan tempat pemijak tepi dan juga rak bumbung yang melengkung. 

Begerak ke bahagian dalam kereta, Sportage menonjolkan karakter yang berani, namun menyerlahkan kelembutan dari segi kualiti dan sangat inovatif dalam aspek teknologi, gabungan kesemua kriteria penting ini memberikan keselesaan maksimum dan pengalaman pemanduan yang mengujakan. Kabin kereta diberikan sentuhan terperinci melalui penggunaan pelbagai ciri mewah dan premium. 


Elemen paling menyerlah yang terdapat di ruang kabin ini ialah dua buah skrin besar bersaiz 12 inci, skrin pertama berfungsi sebagai infotainmen, manakala yang kedua pula sebagai kluster instrumen digital. 


Reka letak konsol tengahnya lebih ergonomik jika dibandingkan dengan versi terdahulu. Ruang storan, kawalan sistem operasi, pemegang cawan dan suis-suis mudah untuk dicapai. Turut disediakan ialah tempat pengecas tanpa wayar yang berkelajuan tinggi. 




Bagi peminat muzik, Sportage bukan model ‘biasa-biasa’ kerana speaker yang digunakan ialah sistem audio premium Harman Kardon. Wow!




Untuk ciri keselamatannya pula, Sportage dilengkapi dengan sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dengan teknologi keselamatan seperti Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan (FCA), Bantuan Pemanduan Lebuhraya (HDA), Kawalan Pelayaran Pintar Berdasarkan Navigasi (NSCC), Bantuan Pengelakan Pelanggaran Titik Buta (BCA) dan Pemantauan Keliling Titik Buta (BVM). Teknologi canggih lain yang turut dipasangkan pada kereta ialah sistem Bantuan Parkir Pintar Jarak Jauh (RSPA). Menggunakan sistem ini, pengguna kereta boleh meletakkan kereta dalam petak parkir atau keluar parkir tanpa perlu berada dalam kereta. 


Harga Kia Sportage terbaharu di Korea adalah dalam lingkungan 24.42 juta won (kira-kira RM89,500) ke 31.85 juta won (kira-kira RM124,100).


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC5066

SELANGOR

BSQ8046

JOHOR

JYY6327

PULAU PINANG

PSD785

PERAK

APJ2197

PAHANG

CFG7810

KEDAH

KGG5083

NEGERI SEMBILAN

NEK6517

KOTA KINABALU

SJS4156

KUCHING

QAB9860N

Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia, Stellantis Jalin Kerjasama Bagi Pemasangan Tempatan

Kia Umum Kerjasama Strategik Bersama Stellantis Malaysia.

08-06-2026
Berita Auto
Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Kia Dibangkitkan Semula Dengan Carnival, Sportage, EV9 Tapi Sorento Digugurkan

Jenama Kia Sales Malaysia (KSM) yang akan beroperasi pada 1 Januari depan mengesahkan bahawa pihaknya mempunyai pelbagai rancanga.

12-12-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Kereta Baru
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.

20-11-2024
Berita Auto
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Berita Auto
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.

28-12-2023
Berita Auto
Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) tetapi...

29-08-2022
Berita Auto
Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS

Kia Umum Harga Sportage Untuk Pasaran AS

Harga Kia Sportage 2023 didedahkan untuk pasaran Amerika Syarikat.

07-04-2022

Berita Terkini

Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800

JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.

18-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja

Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.

16-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS

Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.

15-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888

Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut

Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih

Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.

12-06-2026
Kereta Baru
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k

Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.