ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Pandu Uji

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Suhana Veru

28-2-2025

Kongsi melalui

image.png

Tahun 2024 menyaksikan pasaran automotif tempatan dipenuhi dengan pelbagai SUV segmen C baharu, daripada jenama Jepun sehinggalah jenama dari China yang agak unik.

Di antara kumpulan SUV segmen C ini, terdapat satu lagi pesaing baharu dari Korea yang hadir agak lewat, iaitu Kia Sportage generasi kelima.

Ia yang dipasang secara tempatan di kilang Inokom Kulim, Kedah  ini menjanjikan sebagai pilihan alternatif yang menarik berbanding SUV segmen C Jepun yang mendominasi pasaran, selain memberikan tahap keyakinan yang lebih tinggi berbanding jenama-jenama dari China.

image.pngimage.png

Untuk menguji keupayaan sebenar Kia Sportage CKD baharu, kami dijemput oleh perintis syarikat Bermaz Auto Berhad (BAuto), untuk menyertai sesi pandu uji khas selama sehari baru-baru ini.

Sesi pandu uji  ini merangkumi pelbagai jenis permukaan jalan, daripada lebuh raya sehinggalah jalan berliku dan berbukit.

image.png

Ini pengalaman kami sepanjang melakukan pandu uji Kia Sportage yang dipasang dari Kedah.

PENGALAMAN PEMANDUAN:

Untuk makluman anda, Kia Sportage CKD ini  ditawarkan dalam empat varian, tetapi sepanjang sesi pandu uji sehari ini, kami hanya berpeluang mencuba dua daripadanya, iaitu varian pertengahan 2.0 High dan varian tertinggi 1.6T High AWD.

image.pngimage.png

Bermula dengan varian pertengahan, Sportage ini dikuasakan oleh enjin petrol SmartStream 2.0-liter 4-silinder yang mampu menghasilkan 156 HP dan tork 192 NM tork. Kesemua kuasa dihantar sepenuhnya ke roda hadapan (FWD) melalui transmisi automatik konvensional 6-kelajuan.

Sementara itu, model 1.6T High AWD pula disumbat dengan enjin  1.6 liter 4-silinder pengecas turbo dan digandingkan dnegan kotak gear automatik DCT 7-kelajuan untuk membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 177 HP dan 265 NM. 

image.png

Menjengah luarannya, kedua-dua model ini kelihatan agak serupa, namun hanya terdapat sedikit perbezaan yang ketara iaitu  lampu utama LED (LED standard untuk varian 2.0 liter, , projektor LED untuk (AWD  1.6T), reka bentuk roda (17-inci untuk 2.0 liter, 18-inci untuk 1.6T High AWD), dan ada lencana  1.6T AWD AX.

Bagaimanapun, terdapat perbezaan pada bahagian kabinnya  untuk kedua-dua varian berkenaan.

Seperti biasa, varian tertinggi dilengkapi dengan lebih banyak kemudahan standard. 

Antaranya adalah paparan infotainmen 12.3 inci dengan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen digital 12.3 inci dengan Pemantau Titik Buta, panel kawalan penyaman udara digital, serta sistem audio premium 8-pembesar suara Harman Kardon, dan banyak lagi.

image.pngimage.png

Sementara itu, varian pertengahan 2.0 High pula dilengkapi dengan skrin infotainmen lebih kecil 8 inci yang masih menyokong Android Auto dan Apple CarPlay, kluster instrumen separa digital dengan skrin TFT 4.2 inci, serta sistem audio standard 6 pembesar suara

image.pngimage.png

Bagaimanapun, kedua-dua varian Sportage 2.0 High dan 1.6T High AWD menerima pakej keselamatan aktif yang sama, termasuk fungsi ADAS seperti Bantuan Suluh Tinggi, Amaran Titik Buta, Bantuan Mengelak Perlanggaran Titik Buta, Bantuan Mengelak-Perlanggaran Trafik Melintas Belakang (RCCA), Sistem Bantuan Mengelak Lorong, Kawalan Jelajah Pintar dan banyak lagi

Untuk makluman, sesi pandu uji ini dibahagikan kepada tiga bahagian yang man sesi pertama bermula dari Glenmarie hingga ke Kampung Bukit Tinggi melalui beberapa lebuh raya.

Menerusi sesi ini, kami berpeluang menguji keupayaan Sportage CKD sebagai kenderaan untuk urusan harian di kawasan dan juga untuk jarak jauh.

Ketika melakukan  sesi pertama,  kami berpeluang memandu Sportage 2.0 High .

Ketika menelusuri laluan lebuh raya yang diturap dengan baik, pemanduan terasa lancar dan selesa, malah mampu memecut dengan stabil walaupun melebihi had laju lebuh raya.

image.pngimage.png

Namun, sebaik sahaja memasuki laluan mendaki di Lebuh Raya KL-Karak, enjin 2.0 liter tanpa pengecas turbo ini mula terasa agak lemah dan kurang bertenaga, manakala transmisi 6-kelajuan automatik juga terasa sedikit lambat dalam penukaran gear.

PERJALANAN KEDUA:

Untuk sesi kedua perjalanan, kami membuat keputusan untuk keluar dari lebuh raya dan memilih laluan yang menghidangkan pemandangan hijau dengan  melalui jalan lama Gombak menuju ke Janda Baik. 

Di sinilah Sportage menunjukkan taring sebenarnya kerana ketika  melalui  selekoh tajam dan jalan berliku, SUV segmen C ini terasa tangkas dan stabil, walaupun keselesaan penumpang belakang bukanlah yang terbaik.

Ini mungkin berpunca daripada tekanan tayar yang berlebihan.

image.png

Walaupun Sportage 2.0 High kadangkala terasa sedikit kurang bertenaga, kami berpendapat bahawa SUV ini masih merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang mencari kenderaan untuk kegunaan harian .

PERJALANAN KETIGA

Perjalanan yang terakhir ini membabitkan perjalanan dari  Janda Baik ke Serendah, Di sini kami menukar Sportage 2.0 High dengan varian tertinggi, Sportage 1.6T High AWD. 

Secara serta-merta, pemanduannya terasa lebih responsif dan bertenaga, disebabkan penggunaan enjin  1.6-liter turbo petrol yang lebih berkuasa.

Biarpun semasa pendakian bukit dari Janda Baik ke Gohtong Jaya, Sportage tidak mengalami sebarang kelewatan dalam pertukaran gear atau kekurangan kuasa.

Ini kerana dengan transmisi DCT 7-kelajuan terasa jauh lebih lancar dan responsif berbanding 6- kelajuan yang digunakan pada varian  2.0 High.

image.pngimage.png

Apa yang menarik ketika menuju ke tapak perkhemahan di Serendah, kami berpeluang memandu Sportage merentasi sungai yang agak cetek . Jarak kelegaan tanahnya sekitar  181 mm, sebenarnya sudah membuktikan  Kia  Sportage boleh meredah air cetek dengan cukup baik.

image.pngimage.pngimage.png

Apapun, kami menasihatkan agar tidak membawa Sportage ke laluan off-road di hutan kerana SUV crossover ini sebenarnya direka untuk kegunaan harian dan bukannya untuk aktiviti lasak.

Satu perkara yang kami suka tentang Sportage CKD ini ialah ia sebenanrta  tidak seperti kebanyakan SUVyang lain kerana  Kia masih mengekalkan banyak kawalan fizikal dan butang untuk fungsi penting seperti kawalan iklim, pilhan mod pemanduan, dan banyak lagi. 

Kehadiran butang-butang ini sebenarnya mahu mengelakkan pemandu daripada bergantung sepenuhnya pada skrin, sekali gus membolehkan mereka memberi lebih tumpuan kepada jalan raya.

image.png

Di sebalik pandu uji singkat ini,  kami mendapati Kia Sportage CKD 2025 sebagai alternatif yang cukup baik kepada model C-SUV biasa, terutamanya jika anda memilih varian 1.6T High AWD .

Dengan reka bentuk yang berani dan menonjol, ia sebenarnya menawarkan  kabin yang agak luas serta serba lengkap.

image.png

Bagi kami,  prestasi pemanduan dan pengendalian yang agak memuaskan membuatkan kami berani bertaruh bahawa Kia Sportage ini adalah  sebuah SUV yang serba boleh dan berbaloi untuk dibeli.

Bagi yang berminat, BAuto ada menawarkan pakej waranti yang cukup komprehensif .

Semua varian Sportage CKD hadir dengan waranti kenderaan 5 tahun atau 100,000 KM serta pakej penyelenggaraan berjadual percuma selama 5 tahun atau 100,000 KM.

Berikut adalah varian dan harga:

Screenshot-2024-12-05-094430.png


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VPB6823

SELANGOR

BSE3819

JOHOR

JXW3362

PULAU PINANG

PRQ2639

PERAK

ANV2504

PAHANG

CFB6374

KEDAH

KGA3928

NEGERI SEMBILAN

NEF6675

KOTA KINABALU

SJK6701

KUCHING

QAB2775L

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2025

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.05

RON 97

RM 3.18

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 2.88

EURO 5 B7

RM 3.08

Terakhir Kemas Kini 24 Apr, 2025

Berita Berkaitan

Kereta Baru
KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999

KLIMS 2024: Kia Sportage Generasi Ke-5 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM145,999

Pengedar tunggal jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, memperkenalkan Kia Sportage generasi kelima, ke pasaran tempatan.

04-12-2024
Berita Auto
Harga Kia Sportage 2024 Versi CKD Bocor – Dari RM150K?

Harga Kia Sportage 2024 Versi CKD Bocor – Dari RM150K?

Hanya beberapa jam selepas pra-tempahan dibuka, anggaran harga bagi SUV Kia Sportage 2024 CKD dilaporkan bocor dalam talian semalam.

21-11-2024
Kereta Baru
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.

20-11-2024
Berita Auto
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Kereta Baru
Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Kia Sportage 2024 Dipertontonkan – CKD, 2 Pilihan Trenkuasa, Dirasmikan KLIMS 2024 Nanti

Pengimport dan pengedar rasmi jenama Kia di Malaysia, Dinamikjaya Motors, akhirnya mendedahkan perincian mengenai SUV Kia Sportage generasi kelima.

20-11-2024
Berita Auto
Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Pemasangan CKD Kia Sportage Generasi Ke-5 Telah Bermula, Ini Yang Boleh Dijangkakan...

Bermaz telah memulakan usaha pemasangan tempatan (CKD) untuk model Kia Sportage baharu di kilang Inokom di Kulim, Kedah.

03-07-2024
Berita Auto
[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

[LAPORAN] Ini Senarai SUV Mazda & Kia Yang Akan Diperkenalkan Tahun 2024 Nanti

Tahun 2024 bakal menjadi tahun yang sibuk bagi Bermaz. Ini empat model yang akan dilancarkan.

28-12-2023
Berita Auto
Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 Raih Top Safety Pick Dalam Ujian Kemalangan Tapi…

Kia Sportage 2023 meraih anugerah 2022 TOP SAFETY PICK daripada Insurance Institute for Highway Safety (IIHS) tetapi...

29-08-2022

Berita Terkini

Pandu Uji
[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

[Pandu Uji Ringkas] Zeekr 009: MPV Elektrik Mewah Yang Canggih & Lincah

CariCarz berpeluang untuk memandu uji MPV elektrik mewah, Zeekr 009, dalam acara eksklusif bersama media anjuran Zeekr Malaysia.

15-04-2025
Pandu Uji
6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

6 Sebab Kenapa Toyota Corolla Masih Berbaloi Untuk Dimiliki Pada Tahun 2025

Sejak diperkenalkan pada tahun 1966, Toyota Corolla telah menjadi salah satu model paling berjaya dalam sejarah automotif.

18-03-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Sudah Diuji: Kia Sportage CKD 2025

Kami berpeluang memandu uji Kia Sportage CKD 2025, baru-baru ini.

28-02-2025
Pandu Uji
[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

[PANDU UJI RINGKAS] 6 Ciri Ini Menyerlah Pada Leapmotor C10

Dalam sesi pandu uji hari ini penulis berpeluang untuk merasai sendiri keistimewaan Leapmotor C10 walaupun hanya untuk beberapa jam. Teruskan membaca untuk kupasannya...

26-02-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa,  Harga Pun Boleh Tahan!

Sudah Diuji: EV9 GT-Line, Nampak Besar Macam Raksasa, Harga Pun Boleh Tahan!

Carz.com.my berpeluang memandu uji KIA EV9 GT-Line AWD baru-baru ini.

03-02-2025
Pandu Uji
Pandu Uji  BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Pandu Uji BYD Seal Performance: EV Paling Hot Di Malaysia

Kami berpeluang memandu uji BYD Seal Performance, baru-baru ini.

27-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Sudah Diuji: Ramai Betul Geram Tengok Peugeot 408 GT, Design Memang Stylo Habis

Penulis berpeluang memandu uji varian tertinggi, Peugeot 408 GT beberapa bulan lalu.

24-01-2025
Pandu Uji
Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Sudah Diuji: GWM Tank 500 Kental Habis Redah Salji Tebal, Sah Masuk M'sia

Carz.com berpeluang memandu uji GWM Tank 500 Hi4-Z di kawasan pergunungan di China, baru-baru ini.

20-01-2025

Tunjuk Lebih

trending_flat
Carz Automedia Malaysia Logo
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2024 CariCarz.com. All Rights Reserved.