PROTON Sasar Jualan Yang Tinggi Bagi 4 Bulan Terakhir 2021
Berikutan penyambungan semula aktiviti pengeluaran, jualan dan eksport, PROTON menjangkakan jualan kereta akan kembali meningkat mulai bulan ini. Syarikat menyasarkan untuk menutup tirai tahun 2021 dengan pencapaian jualan yang tinggi.

PROTON berjaya menjual sebanyak 5,354 unit kereta dari bulan Jun hingga Ogos baru-baru ini yang merangkumi jumlah pendaftaran dalam talian serta eksport. Kilang PROTON yang berlokasi di Tanjung Malim terpaksa melakukan produksi yang terhad buat sementara waktu selepas pengisytiharan Perak sebagai negeri Fasa 2 pada 5 Julai kerana masalah kekurangan bekalan daripada pembekal di Selangor.

Sehingga penghujung Ogos, jumlah jualan adalah sebanyak 63,637 unit, naik 1.6 peratus berbanding tempoh sama tahun 2020.
"Jumlah jualan sehingga Ogos mencerminkan prestasi tinggi Proton dalam lima bulan pertama tahun ini. Tahun 2021 amat mencabar bagi industri automotif kerana perintah kawalan pergerakan, kekurangan bekalan cip dan beberapa isu lain yang merencatkan perkembangan jualan, namun kita yakin jualan industri akan meningkat secara keseluruhan dalam tempoh empat bulan terakhir tahun ini," ujar Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar, Roslan Abdullah.

Selain itu, PROTON juga telah menyambung semula aktiviti untuk pasaran eksport. Ini termasuklah penghantaran Proton X70 (kira-kira 108 unit) ke Pakistan bulan ini. Turut dihantar ke negara itu ialah pek pemasangan tempatan (CKD) Proton Saga yang dijangka akan mula dipasang siap di sana pada akhir bulan Oktober.
"Antara kunci kepada kebolehupayaan syarikat untuk membuka semula kilang adalah atas kejayaan Program Imunisasi Industri Covid-19 Kerjasama Awam-Swasta (Pikas).
"Data terkini menunjukkan lebih 93 peratus daripada warga kerja Proton telah divaksinasi sepenuhnya manakala lebih 75 peratus pekerja dari pembekal dan wakil jualan juga telah mendapat vaksin penuh," katanya.

Ini bermakna ekosistem PROTON sudah semakin hampir dibenarkan untuk beroperasi pada kapasiti 100 peratus (berdasarkan SOP terkini).
"Selain dari pelanggan di pasaran Malaysia, pasaran eksport PROTON juga mendapat manfaat dari pembukaan semula aktiviti produksi. Adalah terlalu awal untuk kita ketahui berapa cepat kita dapat penuhi tuntutan langganan yang belum dijelaskan, namun pihak kami berusaha merapatkan jurang saban hari.

"Sebagai tambahan, kejayaan program vaksinasi kami adalah penting demi prestasi bagi baki tahun ini.
"Dengan mempunyai tenaga kerja yang divaksin sepenuhnya, kita dapat memberi jaminan kepada pasaran bahawa PROTON telah mengambil setiap langkah yang diperlukan bagi memastikan pelanggan yang telah mendapatkan vaksinasi penuh turut dilindungi ketika melawat pusat pameran dan servis kami," katanya.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
EV Nasional Mampu Milik: MITI, Proton, Perodua Bincang Usaha Percepat Pengeluaran
Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat pengeluar kenderaan tempatan.
23-02-2023
Februari & Mac 2023 Bakal Catat Jualan Kereta Tinggi, Ini Sebabnya...
Bulan Februari dan Mac tahun ini dijangka akan mencatatkan jumlah jualan industri (TIV) yang tinggi.
22-02-2023
Proton X Watch Kini Di Pasaran! Hanya RM1,499! Boleh Kawal Fungsi Kereta?
Proton baru sahaja melancarkan jam tangan pintar, Proton X Watch, yang kini boleh didapatkan pada harga RM1,499.
12-02-2023
Industrial Labs Jadi Pembekal Sistem Solar Fotovoltaik Untuk Proton Global Services
Anak syarikat milik Proton Edar, Proton Global Services Sdn. Bhd. (PGS) telah melantik Industrial Laboratories Sdn. Bhd. (Industrial Labs) sebagai pembekal sistem solar fotovoltaik (PV) kedua.
19-01-2023
Proton Pertonton Enjin Turbo 3 Silinder Hibrid Ringan 1.5L Dalam Video Korporat Terbaharu
Proton bakal memperkenalkan trenkuasa hibrid pertama keluaran syarikat tidak lama lagi.
05-01-2023
Proton Capai Prestasi Jualan Terbaik Sejak 2013! Ini Dia 2 Model Terlaris Proton...
Proton mengakhiri tahun 2022 dengan pertumbuhan jualan empat tahun berturut-turut.
04-01-2023
Proton X50, X70 Terkenal Di Afrika Selatan! Kini Sudah Unit Ke-1000 Proton Dieksport!
Kedudukan pengeluar kereta nasional PROTON kini kukuh di Afrika Selatan dalam tempoh hanya dua bulan.
23-12-2022
Tun Mahathir Puji Polestar 2, Harap Proton Hasilkan EV Sendiri!
DRB-Hicom telah membawa sebuah Polestar 2 untuk ditunjukkan kepada Tun Mahathir.
10-12-2022
Berita Terkini
Bakar Mercun Di Tengah Jalan Shah Alam Pulak
Polis Kesan Kumpulan Bakar Mercun Dalam Perarakan Kematian.
26-08-2026
Ketegangan Memuncak: Tangguh Perjalanan Ke Thailand
Cuti Sekolah: Rakyat Malaysia Dinasihat Tangguh ke Thailand.
26-08-2026
Papan Iklan Tumbang, NKVE Ke Klang Sesak Teruk
Papan Iklan Tumbang, Terhalang NKVE, Trafik Terjejas.
26-08-2026
2 Penonton, Joki Lumba Haram Linkedua Ditahan di KL
Kes Video Linkedua: Penonton, Joki Lumba Haram Ditahan.
26-08-2026
Proton Ultimate: Impian Proton Cipta Kereta Sports Tidak Kesampaian
Proton pernah merancang untuk menghasilkan kereta sports untuk orang Malaysia.
26-08-2026
MyJPJ Tak Laku di Thailand, Wajib Bawa Lesen Fizikal
Pandu ke Thailand: Jangan Guna MyJPJ Digital, Bawa Lesen Fizikal.
25-08-2026
Bukan Lagi Fantasi: MITI Rancang Projek Rintis Dron & Teksi Udara Di Universiti
Daripada Pertanian Hingga Logistik Udara: Ini Perancangan MITI Untuk Projek Lembah Tanpa Pemandu.
25-08-2026
Projek WISE Dilaksana, Pintas Kesesakan Terowong Menora
WISE Akhirnya Diteruskan: Ini Laluan Pintas Terowong Menora.
25-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat