UMW Toyota Lancar Teknologi Hibrid Elektrik Ke Pasaran Malaysia
UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan teknologi Hibrid Elektrik ke pasaran Malaysia.
Ia dikatakan menekankan ciri-ciri praktikal selain ditawarkan pada harga yang agak berpatutan dan realistik.
Pelancaran teknologi serba baharu ini adalah permulaan era baharu di Malaysia dengan kehadiran barisan Kenderaan Hibrid Elektrik (HEV)!
Untuk makluman anda, Toyota pernah menayangkan generasi HEV ini sekitar tahun 1997. Ini bermakna teknologinya sudah berkembang lebih 20 tahun!
“Bagi industri automotif, neutraliti karbon melibatkan proses yang sangat mencabar untuk memastikan bahawa pembebasan sifar dapat dicapai dalam proses pembuatan, pengangkutan, penjanaan tenaga, pengisian atau pengisian, kitar semula dan pelupusan kenderaan," kata Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.
Menurutnya, sasaran syarikat untuk mencapai neutraliti karbon sebenarnya ia perlu membawa kepada pendekatan holistik.

Misalnya, HEV, Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), Kenderaan Hibrid Elektrik Plug-in dan Kenderaan Elektrik Sel Bahan Api Hidrogen (FCEV).
Bagi memperbaiki kecekapan bahan api pada kadar yang lebih baik, Toyota berusaha mengembangkan e-bahan api yang diperbuat daripada hidrogen.
Malah, syarikat dikatakan telah meningkatkan sasaran jualan kenderaan elektrik dari 5 juta kepada 8 juta unit menjelang tahun 2030.
Matlamat ini disokong oleh pelaburan terkini dalam pembangunan dan bekalan bateri.
“Kami yakin bahawa HEV adalah pilihan paling mudah diakses dan realistik bagi pelanggan di Malaysia.
“Ia menjadi jambatan yang sangat realistik ke arah kenderaan elektrik. Oleh itu, beberapa usaha masih dilakukan untuk membolehkan BEV menjadi kenyataan misalnya aspek pengurangan kos, penambaikan campuran tenaga dan pembangunan infrastruktur,” kata Takeyama.
Buat masa ini, ujarnya, HEV Toyota adalah antara kenderaan paling canggih. Ia dikatakan menampilkan ciri realistik, ekonomi dan penyelesaian praktikal dalam pengeluaran secara besar-besaran.
Ia juga membabitkan misi untuk mengurangkan emisi karbon dioksida, penggunaan yang praktikal dan apa yang penting ialah penerimaan harga oleh para pelanggan.
“Ia juga tidak memerlukan infrastruktur untuk dibangunkan misalnya stesen pengecas memandangkan kenderaan itu tidak perlu dicas,” tambahnya.

Antara kelebihan sistem hibrid Toyota ialah kuasa berkembar. Enjin petrolnya digabungkan dengan dua motor elektrik sekaligus mampu menawarkan dua sumber tenaga, kecekakapan yang lebih baik termasuk pemanduan lancar dan prestasi.
Tidak ketinggalan, ia menawarkan kos bahan api yang rendah, boleh dikendali dengan baik dan mesra alam.
Generasi baharu HEV menawarkan tahap prestasi yang tinggi, daya pecutan luar biasa, responsive dan pemanduan selain telah menaik taraf tahap kesenyapan, getaran dan kekerasan (NVH).
Malah, tahukah anda kenderaan ini dibuat supaya ia dapat tahan lama.
Ia dibangunkan supaya dapat dipercayai, tahan lama selain mampu bertahan ujian masa dan jarak jauh.
Strategi mereka sebenarnya mahu mengurangkan emisi dan menerima pakai proses baharu dan teknologi bagi mengurangkan sumber tenaga yang lazimnya diperlukan dalam pembuatan kereta ini.
Ia dilengkapi dengan teknologi yang dibobatkan juara. Kenderaan ini akan terus diuji dan akan dibuktikan dalam penglibatan Toyota menerusi sukan permotoran antarabangsa.
Ini termasuk acara terkemuka seperti perlumbaan Le Mans.
“Kami memiliki teknologi dan produk yang tepat dalam menyokong infrastruktur selain dasar tenaga sedia ada. Kami berada dalam kedudukan yang tempat untuk merealisasikan citi-cita Malaysia menjadi hab teknologi canggih dan mengurangkan jejak karbonnya.
“Ini akan menjadi tonggak penting untuk memastikan polisi masa depan dan bersedia untuk menerima elektrik kenderaan," kata Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Jadi, adakah anda menganggap bahawa Toyota Corolla Cross Hibrid akan dibawa masuk ke dalam pasaran Malaysia?
Kami yakin bahawa kita tidak perlu menunggu lebih lama dengan berita ini memandangkan model itu telah pun ditayangkan di Thailand dan Indonesia.
Sebelum pelancaran teknologi hibrid yang baharu ini, Toyota telah pun mendedahkan Program Loyal-T Toyota yang menggantikan program Merit Toyota pada Jun lalu.

Untuk lebih banyak faedah, semua pelanggan Toyota memperoleh mata ganjaran dengan pembelian kenderaan, servis kenderaan, pembelian alat ganti, pembaharuan insurans.

Menerusi mata ganjaran ini, pelanggan boleh menukarnya dengan baucar E-service yang boleh ditebus untuk perkhidmatan akan datang!
Untuk keterangan lanjut, toyota.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD2157
SELANGOR
BSQ9570
JOHOR
JYB1514
PULAU PINANG
PSD2247
PERAK
APJ3359
PAHANG
CFG8270
KEDAH
KGG5947
NEGERI SEMBILAN
NEK7028
KOTA KINABALU
SJS4782
KUCHING
QAB284P
Terakhir Kemas Kini 24 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lawan Atto 3? Toyota Urban Cruiser Elektrik 2026 Kini Di Malaysia – RM198,000
Toyota Urban Cruiser: SUV Elektrik Paling Praktikal Untuk Warga Kota, Cas 50 Minit Siap.
02-04-2026
Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.
02-04-2026
Gaya Dua Tona Kini Standard Untuk Corolla Cross GR Sport 2026, Harga Sama
UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memperkenalkan Toyota Corolla Cross GR Sport 2026 yang telah diberikan sentuhan yang lebih kemas, moden dan sporty.
10-02-2026
UMWT Serah Barisan Model xEV Kepada MoT
Penyerahan ini bertujuan membolehkan MOT menilai keupayaan sebenar teknologi elektrifikasi dalam penggunaan harian.
01-05-2025
Dilancar: Toyota GR Supra Track Edition 2025 - Harga RM698,000
Toyota GR Supra Track Edition 2025 ditawarkan pada harga yang lebih tinggi iaitu RM698,000 (manual) dan RM708,000 (automatik).
29-04-2025
Program T-TEP: UMW Toyota Labur RM20 Juta, Berjaya Latih 7,000 Graduan
UMW Toyota Motor telah melaburkan hampir RM20 juta dalam T-TEP, yang telah melahirkan kira-kira 7,000 graduan berkemahiran tinggi.
18-04-2025
Toyota Camry 2.5V 2025 Dilancar, Harga Murah Sedikit Berbanding Camry Hybrid
Nampaknya, UMW Toyota Motor (UMWT) melancarkan secara senyap-senyap varian tanpa sistem hibrid, Toyota Camry 2.5V 2025.
23-12-2024
Toyota Camry Generasi Ke-9 Bakal Didedah Di KLIMS 2024
Toyota Camry generasi ke-9 akhirya akan menembusi pasaran kita tidak lama lagi.
02-12-2024
Berita Terkini
Selamatkan 21 Nyawa: Pemandu Lori Terima Penghargaan Daripada Menteri
Wira Terowong Menora' Terima Penghargaan Menteri, Sanggup Gadai Nyawa Demi Selamatkan Nyawa Pemandu Lain.
23-06-2026
Kesalahan Jalan Raya: Kadar Maksimum Kompaun Naik RM500 Mulai 2029
Pemandu Malaysia Ambil Tahu! Ini Perubahan Besar Akta Pengangkutan Jalan Yang Anda Wajib Tahu.
23-06-2026
JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!
JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.
22-06-2026
PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini
Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.
22-06-2026
Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global
Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.
22-06-2026
Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai
Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.
22-06-2026
Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa
inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.
19-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat