- Berita
- Berita Auto
- 'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance
'Keturunan' Countach Sepanjang 50 Tahun Ini Dipamerkan Di Acara Concours d’Elegance
![]()
Sambutan ke-50 tahun Lamborghini Countach telah diraikan semasa acara Concours d’Elegance yang ke-70 di Pebble Beach, California.
Presiden dan juga Ketua Pengarah Eksekutif Automobili Lamborghini, Stephan Winkelmann berkata, "Countach memberi definisi baharu dalam sektor kereta berprestasi tinggi, dan telah menjadi gambaran ikonik kepada ciri gayaan kereta yang sehingga kini masih menjadi panduan kepada penghasilan Lamborghini kontemporari. Pebble Beach Concours merupakan latar yang sempurna untuk meraikan ulang tahun ke-50 kereta legenda ini."

Lapan Countach dipamerkan, enam daripadanya dibawa oleh pengumpul global dan dua lagi daripada Automobili Lamborghini sendiri iaitu Countach yang terawal dan terakhir yang pernah dikeluarkan.
Sebut mengenai Countach terawal yang pernah dihasilkan, ia merupakan LP 400 dengan cesi bernombor 1120001 yang pertama kali didedahkan ketika Geneva Motor Show pada bulan Mac 1973.
Ini merupakan prototaip kedua yang dibina dan juga contoh pertama yang dihasilkan untuk siri LP 400, model inilah yang pertama sekali menggunakan gabungan hitam dan merah untuk ruang dalaman kereta.

Setelah digunakan dalam ujian pembangunan model dan ditampilkan dalam banyak majalah, ia telah dicatkan semula dengan warna yang digunakan sekarang iaitu warna ‘Verde Medio,' sementara bahagian dalaman pula menggunakan warna ‘Verde Chiaro.'
Cat ini digunakan sebelum Countach dipamerkan pada tahun yang sama ketika Paris Motor Show, IAA di Frankfirt dan juga Earls Court London Show.
Dijual tidak lama kemudian, ia kemudiannya terabai di dalam sebuah gudang di Switzerland selama beberapa tahun sebelum ditemui dan dibeli oleh Automobili Lamborghini pada tahun 2004.
Sejak dari itu, ia telah dipamerkan di Lamborghini Museum of Technologies (MUDETEC) di Sant’Agata Bolognese.
Countach yang terakhir pula ialah model KLA12085 yang dikeluarkan pada 4 Julai 1990.

Didatangkan dari MUDETEC, kereta ini yang memiliki warna dalaman perak metalik dan balutan kulit kelabu, tidak pernah dijual dan kekal dimiliki oleh Automobili Lamborghini.
Selain kedua-dua buah kereta ini, terdapat enam lagi Countach lain yang merupakan koleksi peribadi pengumpul.

Countach yang dimaksudkan ialah dua buah LP 400 tahun 1976 dan sebuah dari tahun 1977, sebuah LP 400 S 1981 dan dua buah siri LP 5000 Quattrovalvole, satu dikeluarkan pada tahun 1985 dan satu lagi pada tahun 1986.
Keluaran kelas pertama ialah Countach LP 400 S 1981 dengan nombor cesi 1121316.

Kereta ini pada asalnya di jual di negara timur tengah, dalam warna yang unik iaitu ‘Verde Metallizzato’ yang digabungkan dengan warna khaki untuk ruang dalaman. Ianya kekal tidak berdaftar sehinggalah beberapa tahun kemudian dan dijual kepada peminat Countach di Sweden.
Kemudian, kereta ini dipulihkan dengan teliti di Itali di mana ia turut telah dipamerkan di MUDETEC, Sant’Agata Bolognese.
Di tempat kedua ialah Countach LP 400 ‘Periscopio’ tahun 1976 dengan cesi bernombor 1120192. Ini merupakan salah satu daripada 152 unit 'Periscopio' yang pernah dihasilkan dan masih lagi dalam keadaan asal dengan warna kuning.

Dijual di Itali pada bulan Ogos 1976 sebagai sebuah kereta baharu, ia kemudiannya dieksport ke Amerika Syarikat dan dibeli oleh seorang peminat dari Chicago.
Terdapat perkhabaran bahawa pemilik pertama menganggap kereta ini sebagai seni dan menyimpannya di ruang tamu rumah beliau selama 14 tahun sebelum menjualkannya kembali kepada pengedar yang sama.
Pengedar tersebut kemudiannya mempamerkan kereta tersebut selama 14 tahun. Namun bermula dari tahun 2003, kehidupan kereta ini berubah kerana ia mula digunakan di jalan raya untuk tujuan-tujuan tertentu.
Ketiga ialah Countach 5000 Quattrovalvole 1985 dengan cesi bernombor ZA95005AOFLA12820 yang memiliki warna badan ‘Rosso Siviglia.' Bahagian dalam kereta ini pula menggunakan warna Champagne dan juga Marrone Testa di Moro’ untuk bahagian papan pemuka.

Produksi kereta ini dimulakan pada 30 Mei, 1985, dan digunakan bertahun lamanya di Itali oleh seorang pengguna yang menjaga kereta ini dengan baik kerana sentiasa memastikan ianya dihantar untuk mendapatkan servis pengeluar.
Akhirnya pada tahun 2019, ia telah diimport ke Amerika Syarikat oleh Ajiuni dan dipamerkan dalam keadaan serba baharu selepas setiap inci kereta ini dipulihkan dengan teliti.
Selain semua kereta ini, turut dipamerkan di Pebble Beach Concours bagi menyertai barisan Countach yang lain ialah model terbaharu daripada Countach, Countach LPI 800-4.

Diinspirasikan oleh Countach LP 500 keluaran 1971, kereta hibrid 12 silinder ini dilengkapi superkapasitor dan boleh menghamburkan kuasa mencecah 814 hp.
Hanya 112 unit ditawarkan, prototaip Countach LPI 800-4 telah dibuat khas untuk memberikan sentuhan moden kepada model Countach yang dihasilkan 50 tahun yang lalu.

Pengerusi Pebble Beach Concours d'Elegance, Sandra Button menyimpulkan, "Kami berbesar hati kerana dapat menarik perhatian pelbagai kelas Countach. Kereta-kereta ini memainkan peranan yang penting dalam memberikan definisi gaya dan konsep teknikal kepada kereta sport moden. Sukar untuk dipercayai bahawa barisan kereta Countach yang masih lagi dianggap canggih ini telah pun berusia 50 tahun."
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR8021
SELANGOR
BSU931
JOHOR
JE8697J
PULAU PINANG
PSF8859
PERAK
APL7550
PAHANG
CFH8514
KEDAH
KGJ2784
NEGERI SEMBILAN
NEM1147
KOTA KINABALU
SJU3172
KUCHING
QAB6415P
Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Sempena Ulang Tahun Countach Yang Ke-50, 10 Countach Dipamerkan
Hari Lamborghini Jepun 2021 meraikan ulang tahun model klasik ikonik, Countach yang ke-50 baru-baru ini.
13-01-2022
Lamborghini Pamerkan 3 Model Supercar Terhebat Di Milan Design Week!
Lamborghini telah membuat penampilan di Milano Design Week.
25-10-2021
Berita Terkini
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports
Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.
28-09-2026
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat