BAJET 2022: Pengecualian Cukai Jualan Dilanjut Sehingga 30 Jun Depan
Kerajaan akhirnya bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan (SST) sehingga 30 Jun depan.
Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, petang tadi.

Beliau berkata dalam usaha mengurangkan kos pemilikan kenderaan, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD).
Pengecualian SST juga diberikan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).
“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian SST selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2022,” katanya.
Seperti sedia maklum, pengecualian ini asalnya bakal berakhir pada 31 Disember ini.
Di sebalik pengumuman itu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik semua keputusan kerajaan yang dibentangkan dalam Belanjawan 2022.
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman lanjutan pengecualian SST sehingga 30 Jun depan.

“Langkah itu dilihat sekurang-kurangnya dapat membantu semula merangsang jualan kenderaan penumpang kereta mencapai tahap jumlah keseluruhan industry (TIV) seperti tempoh sebelum wabak Covid-19.
“Keputusan kerajaan ini juga dapat membantu kekurangan stok cip mikro untuk model tertentu,” katanya kepada Caricarz!
Terdahulu, MAA dilihat masih mengekalkan jumlah pasaran TIV yang merangkumi jualan dan pengeluaran kenderaan sebanyak 500,000 unit pada tahun 2021 ini.
Menerusi pembentangan itu, Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi EV.

Langkah itu diambil bagi menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan selain pengecualian cukai jalan juga diberikan sehingga 100 peratus kepada EV.
Sementara itu, BMW Group Malaysia turut menyambut baik langkah kerajaan yang menyokong mobiliti berasaskan elektrik.
“Kami sentiasa percaya masa hadapan yang sebenar adalah elektrik dan kami telah pun berada di baris hadapan di dalam mobiliti elektrik sejak tahun 2015 ketika memperkenalkan BMW i.
“Ia merupakan satu langkah yang berani pada ketika itu, dan masih lagi satu langkah yang berani pada masa kini dimana kami masih membentuk masa depan mobiliti dengan strategi elektrifikasi yang diharapkan dapat mempercepatkan lagi penggunaan EV di Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser dalam satu kenyataan.
Setakat ini, sebanyak lebih 21,000 kenderaan elektrik hibrid berjenama BMW dan MINI telah diedarkan kepada rakyat Malaysia.

Apa yang lebih menarik kerajaan juga dikatakan memberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.
Apa pendapat anda mengenai Bajet 2022? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran
Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?
23-07-2026
MITI Ubah Dasar 'Dalam Diam', Harga Lantai RM250K Kini Untuk “Model” EV Baharu
Apa yang pada mulanya dianggap sebagai pindaan kecil dalam garis panduan automotif kini nampaknya bakal mencetuskan 'gempa bumi' dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) tempatan.
21-01-2026
Harga Kereta CKD Kekal - MAA
Kenderaan yang dipasang secara tempatan (CKD) tidak akan mengalami kenaikan harga tahun ini.
21-01-2026
Industri Automotif Tempatan Bakal Tempuhi 'Ujian Besar' Tahun Depan?
Selepas mencatatkan angka memberangsangkan pada 2025, industri automotif tempatan dijangka berdepan era yang mencabar tahun hadapan.
30-12-2025
Tahun 2025 Penuh 'Drama': Dari Hambar Kepada Rancak, Bagaimana Pula 2026 Nanti?
Tahun 2025 menyaksikan satu perjalanan yang penuh ‘drama’ bagi sektor automotif negara. Bermula dengan prestasi hambar pada suku ketiga (Q3), pasaran kembali ‘meletup’ apabila syarikat-syarikat automotif mula melancarkan promosi secara agresif bermula Oktober sehingga kini.
29-12-2025
Harga Kereta CKD Tak Naik Hingga Julai 2026
Harga kereta pemasangan tempatan (CKD) tidak akan naik sehingga Julai 2026 memandangkan kerajaan sekali lagi menangguhkan pelaksanaan semakan struktur cukai eksais berdasarkan OMV.
27-12-2025
Pembeli EV Lega, Walau Kereta Diterima Selepas 1 Januari, Masih Ada Insentif Cukai
Menjelang kiraan detik ke tahun 2026, timbul kegusaran dalam kalangan pembeli kenderaan elektrik (EV) tentang status pengecualian cukai mereka.
23-12-2025
Chery Kini Pengeluar Kereta Bukan Nasional Ketiga Terlaris Di Malaysia
Chery semakin menunjukkan ‘taringnya’ setelah berjaya menaikkan kedudukan menjadi pengeluar kereta bukan nasional ketiga terlaris di Malaysia berdasarkan prestasi jualan sehingga Julai 2025.
26-08-2025
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

