ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BAJET 2022: Pengecualian Cukai Jualan Dilanjut Sehingga 30 Jun Depan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Kerajaan akhirnya bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan (SST) sehingga 30 Jun depan.

Pengumuman itu dibuat oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, petang tadi.


Beliau berkata dalam usaha mengurangkan kos pemilikan kenderaan, kerajaan bersetuju untuk  melanjutkan 100 peratus pengecualian cukai jualan ke atas kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD).

Pengecualian SST juga diberikan sebanyak 50 peratus ke atas kenderaan dipasang sepenuhnya (CBU) termasuk kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV).

“Oleh itu, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian SST selama enam bulan iaitu sehingga 30 Jun 2022,” katanya.

Seperti sedia maklum, pengecualian ini asalnya bakal berakhir pada 31 Disember ini.

Di sebalik pengumuman itu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menyambut baik semua keputusan kerajaan yang dibentangkan  dalam Belanjawan 2022.

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad berkata, pihaknya mengalu-alukan pengumuman lanjutan pengecualian SST sehingga 30 Jun depan.


“Langkah itu dilihat sekurang-kurangnya dapat membantu semula merangsang jualan kenderaan penumpang kereta mencapai tahap jumlah keseluruhan industry (TIV)  seperti tempoh sebelum  wabak Covid-19. 

“Keputusan kerajaan ini juga dapat membantu kekurangan stok cip mikro untuk model tertentu,” katanya kepada Caricarz!

Terdahulu, MAA dilihat masih mengekalkan jumlah pasaran TIV yang merangkumi jualan dan pengeluaran kenderaan sebanyak 500,000 unit pada tahun 2021 ini.

Menerusi pembentangan itu,  Tengku Zafrul turut mengumumkan bahawa kerajaan bercadang untuk memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi EV.


Langkah itu diambil bagi menyokong pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) tempatan selain pengecualian cukai jalan juga diberikan sehingga 100 peratus kepada EV. 

Sementara itu, BMW Group Malaysia turut menyambut baik langkah kerajaan yang menyokong mobiliti berasaskan elektrik.

“Kami sentiasa percaya masa hadapan yang sebenar adalah elektrik dan kami telah pun berada di baris hadapan di dalam mobiliti elektrik sejak tahun 2015 ketika memperkenalkan BMW i.

“Ia merupakan satu langkah yang berani pada ketika itu, dan masih lagi satu langkah yang berani pada masa kini dimana kami masih membentuk masa depan mobiliti dengan strategi elektrifikasi yang diharapkan dapat mempercepatkan lagi penggunaan EV di Malaysia,” kata Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser dalam satu kenyataan.

Setakat ini, sebanyak lebih 21,000 kenderaan elektrik hibrid berjenama BMW dan MINI telah diedarkan kepada rakyat Malaysia.



Apa yang lebih menarik  kerajaan juga dikatakan memberikan pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

Apa pendapat anda mengenai Bajet 2022? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini!



Tag:

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN7425

SELANGOR

BST4359

JOHOR

JD5680J

PULAU PINANG

PSF3086

PERAK

APL2341

PAHANG

CFH6187

KEDAH

KGH8563

NEGERI SEMBILAN

NEL6817

KOTA KINABALU

SJT8784

KUCHING

QAB5107P

Terakhir Kemas Kini 03 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jualan Kereta Nasional Melonjak, Perodua & Proton Terus Terajui Pasaran

Kenapa Pembeli Malaysia Makin Setia Dengan Kereta Tempatan?

23-07-2026
Berita Auto

20-05-2026
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024
Berita Auto

19-09-2024
Berita Auto

16-08-2024
Berita Auto

20-05-2024
Berita Auto

23-04-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.