Hyundai Staria: Model Seperti Kapal Angkasa ini Akan Dilancarkan Di Malaysia
Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd., pengedar rasmi kereta keluaran Hyundai di Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan MPV mewah dengan tujuh tempat duduk tidak lama lagi.

Hyundai Staria ialah sebuah model Purpose-Built Vehicles (PBV) yang dihasilkan untuk menjadi lambang kepada visi mobiliti masa depan Hyundai dan juga transformasi syarikat untuk menjadi pembekal kepada penyelesaian mobiliti pintar atau Smart Mobility Solutions. Model ini menampilkan ciri-ciri rekaan terbaharu yang cuba diketengahkan Hyundai iaitu futuristik dan ikonik, seolah-olah sebuah kapal angkasa.
Staria dikuasakan oleh diesel turbo CRDi 2.2L yang digabungkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Kuasa disalurkan kepada roda depan kereta. Gabungan sistem ini memberikan kereta kuasa setinggi 175 hp dan tork 431 Nm.
Hyundai Staria telah pun dilancarkan di negara Thailand sejak bulan Julai lalu. Untuk pengetahuan anda, rekaan dalamannya diinspirasikan daripada kapal layar.



Antara kelengkapan yangt terdapat pada kereta futuristik ini ialah rim aloi bersaiz 18 inci dan penggunaan LED untuk lampu depan, belakang dan DRL. Untuk keselesaan, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara automatik, terdapat corong udara yang lebar, paparan hiburan skrin sentuh bersaiz 8 inci, butang untuk menukar gear, kluster instrumen digital, butang push-start, pencahayaan ambien, stereng pelbagai fungsi, upholsteri kulit, dua bumbung suria (sunroof), sistem pendingin hawa dua zon, tirai tingkap, sistem audio 12 speaker Bose, pintu gelangsar dengan sentuhan jari, pad pengecasan tanpa wayar dan sebagainya.

Dari segi keselamatan, kereta tampil dengan enam beg udara, sistem brek anti-kunci, kawalan kestabilan elektronik, pengurusan kestabilan kenderaan, agihan brek elektronik, sistem kawalan cengkaman, bantuan kawalan mula-daki, sistem pemantauan tekanan tayar, pakej keselamatan Hyundai Smartsense serta sistem ISOFIX untuk pemasangan kerusi kanak-kanak.
Hanya satu varian ditawarkan - Staria Premium. Terdapat enam pilihan warna iaitu Abyss Black, Creamy White, Shimmering Silver, Dynamic Yellow, Moonlight Cloud dan Steel Graphite.
Hyundai Staria Premium kini boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran sah Hyundai, atau secara dalam talian (dengan caj tempahan sebanyak RM1,000) melalui platform beli-belah Hyundai yang terbaharu - Click to Buy di hyundai.com.my
Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh hubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1300-13-200 atau layari hyundai.com.my
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX7915
SELANGOR
BSU9386
JOHOR
JH1934J
PULAU PINANG
PSH3136
PERAK
APM8043
PAHANG
CFJ3720
KEDAH
KGJ7510
NEGERI SEMBILAN
NEM5464
KOTA KINABALU
SJV1134
KUCHING
QAB9667P
Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hyundai Staria Electric Diperkenalkan – Cas 20 Minit, Cecah 400 KM
Selepas kejayaan barisan model IONIQ, kini tiba masa untuk MPV Hyundai Staria pula muncul dengan teknologi elektrik. Model yang dinamakan Staria Electric ini diperkenalkan di acara automotif Brussels Motor Show.
12-01-2026
Staria CKD Sudah Mula Dijual, Harga Serendah RM179,888.
Hyundai Motor Malaysia (HMY) mendedahkan pihaknya telah memulakan pemasangan tempatan (CKD) model MPV Staria dimana ia dijual bermula daripada RM179,888.
17-10-2025
Tempahan Hyundai Staria CKD Kini Dibuka, Dari 179K
Hyundai Motor Malaysia (HMY) kini secara rasmi membuka tempahan bagi model MPV bersaiz besar, Hyundai Staria, yang kini dipasang secara tempatan (CKD).
08-10-2025
Hyundai Motor Malaysia, Selangor FC Meterai MoU, Staria Jadi Kenderaan Rasmi Pasukan
HMY secara rasmi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama pasukan Selangor FC atau lebih dikenali sebagai Red Giants.
02-09-2025
Dilancar: Hyundai Staria Facelift 2025, Harga Bermula Dari RM180K
Hyundai Motor Malaysia melancarkan secara rasminya, Hyundai Staria versi Facelift 2025, di ibu negara, sebentar tadi.
02-07-2025
Tiga Model Facelift Hyundai Dilancar: Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson, Hyundai Staria
Selepas mendedahkan kepada media pada minggu lalu, Hyundai Motor Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya ketiga-tiga model versi facelift, Hyundai Santa Fe, Hyundai Tucson dan Hyundai Staria, di ibu negara sebentar tadi.
02-07-2025
MPV Eksklusif: Hyundai Staria 2025 Ditayang, Ada 4 Varian, Luar, Dalam Eksklusif
Sempena majlis pratonton media, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Staria yang hadir dalam versi tujuh dan 10 tempat duduk untuk pasaran tempatan.
24-06-2025
Lebih 200 Unit Hyundai Staria 10 Tempat Duduk Terjual Dalam 1 Bulan!
Hyundai Staria 10 tempat duduk yang baru dilancarkan secara rasmi pada 5 Oktober lalu mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia.
04-11-2022
Berita Terkini
Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%
Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.
06-11-2026
Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji
Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.
06-11-2026
Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari
Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.
06-11-2026
Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery
Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.
06-11-2026
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

