ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Staria: Model Seperti Kapal Angkasa ini Akan Dilancarkan Di Malaysia

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd., pengedar rasmi kereta keluaran Hyundai di Malaysia telah mengumumkan bahawa syarikat akan melancarkan MPV mewah dengan tujuh tempat duduk tidak lama lagi.


Hyundai Staria ialah sebuah model Purpose-Built Vehicles (PBV) yang dihasilkan untuk menjadi lambang kepada visi mobiliti masa depan Hyundai dan juga transformasi syarikat untuk menjadi pembekal kepada penyelesaian mobiliti pintar atau Smart Mobility Solutions. Model ini menampilkan ciri-ciri rekaan terbaharu yang cuba diketengahkan Hyundai iaitu futuristik dan ikonik, seolah-olah sebuah kapal angkasa.

 

Staria dikuasakan oleh diesel turbo CRDi 2.2L yang digabungkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan. Kuasa disalurkan kepada roda depan kereta.  Gabungan sistem ini memberikan kereta kuasa setinggi 175 hp dan tork 431 Nm.

 

Hyundai Staria telah pun dilancarkan di negara Thailand sejak bulan Julai lalu.  Untuk pengetahuan anda, rekaan dalamannya diinspirasikan daripada kapal layar. 



Antara kelengkapan yangt terdapat pada kereta futuristik ini ialah rim aloi bersaiz 18 inci dan penggunaan LED untuk lampu depan, belakang dan DRL. Untuk keselesaan, tempat duduk barisan hadapan dan kedua boleh dilaraskan secara automatik, terdapat corong udara yang lebar, paparan hiburan skrin sentuh bersaiz 8 inci, butang untuk menukar gear, kluster instrumen digital, butang push-start, pencahayaan ambien, stereng  pelbagai fungsi, upholsteri kulit, dua bumbung suria (sunroof), sistem pendingin hawa dua zon, tirai tingkap, sistem audio 12 speaker Bose, pintu gelangsar dengan sentuhan jari, pad pengecasan tanpa wayar dan sebagainya.


Dari segi keselamatan, kereta tampil dengan enam beg udara, sistem brek anti-kunci, kawalan kestabilan elektronik, pengurusan kestabilan kenderaan, agihan brek elektronik, sistem kawalan cengkaman, bantuan kawalan mula-daki, sistem pemantauan tekanan tayar, pakej keselamatan Hyundai Smartsense serta  sistem ISOFIX untuk pemasangan kerusi kanak-kanak.


Hanya satu varian ditawarkan - Staria Premium.  Terdapat enam pilihan warna iaitu Abyss Black, Creamy White, Shimmering Silver, Dynamic Yellow, Moonlight Cloud dan Steel Graphite.


Hyundai Staria Premium kini boleh mula ditempah di mana-mana bilik pameran sah Hyundai, atau secara dalam talian (dengan caj tempahan sebanyak RM1,000) melalui platform beli-belah Hyundai yang terbaharu - Click to Buy di hyundai.com.my


Untuk maklumat lebih lanjut, pelanggan boleh hubungi talian khidmat pelanggan Hyundai di 1300-13-200 atau layari hyundai.com.my


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9142

SELANGOR

BSQ9127

JOHOR

JYB375

PULAU PINANG

PSD1837

PERAK

APJ3044

PAHANG

CFG8104

KEDAH

KGG5684

NEGERI SEMBILAN

NEK6829

KOTA KINABALU

SJS4605

KUCHING

QAB221P

Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

23-01-2026
Global

18-12-2025
Kereta Baru

08-10-2025
Kereta Baru

24-06-2025
Global

23-02-2023
Video

09-01-2023
Kereta Baru

05-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

PM Rasmikan Operasi LRT3 Ahad Ini

Operasi Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Shah Alam, Selangor dan kawasan sekiranya akan bermula Isnin depan.

22-06-2026
Berita Auto

Leapmotor Jual 1.5 Juta Kenderaan Secara Global

Leapmotor mengumumkan bahawa pihaknya sudah menyerah 1.5 juta kenderaan di seluruh dunia.

22-06-2026
Berita Auto

Berita Baik! Harga Diesel Turun RM2.10 Mulai Julai

Diesel Turun RM2.10: Hanya Untuk Pemegang MyKad Mulai Julai.

22-06-2026
Berita Auto

Lesen Operasi Dilanjutkan Hingga 2028: inDrive Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa

inDrive meraikan pencapaian rakan pemandu berprestasi tinggi menerusi Platinum Driver League 2026, baru-baru ini.

19-06-2026
Berita Auto

CIMB Perkenal Program 'First Car Solution', Bank Pertama Tawar Cukai Jalan Percuma 2 Tahun

Bantu Golongan Muda Miliki Kereta, CIMB Perkenalkan Program 'First Car Solution'.

19-06-2026
Berita Auto

Kantoi Pasang 'Sunshade'? Ini Jawapan Menteri Pengangkutan Yang Anda Wajib Tahu

Pasang 'Sunshade' Satu Kesalahan? Ini Penjelasan Rasmi Menteri Pengangkutan.

19-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.