ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus Perkenalkan RC F ‘Fuji Speedway Edition’

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Lexus kini tampil dengan RC F ‘Fuji Speedway Edition’. Model yang didatangkan dalam warna eksklusif, Electric Surge Blue ini hanya akan dikeluarkan sebanyak 50 unit sahaja!

 

Secara keseluruhannya, model ini mengetengahkan falsafah rekaan syarikat iaitu reka bentuk yang sporty namun elegan di setiap sudut.

 



Di bahagian hadapan terdapat gril sporty yang besar yang turut menempatkan lampu depan berbentuk tajam bagi menampakkan kereta lebih 'garang.'

 

Bergerak ke bahagian belakang pula, salah satu ciri menariknya ialah peresap sporty berwarna hitam yang turut menempatkan ekzos kuad. 


RC F turut ditawarkan dengan RC C Carbon Package sebagai pilihan tambahan yang merangkumi bumbung gentian karbon, splitter depan dan belakang, serta sayap belakang yang boleh lipat.

 

Bergerak ke bahagian dalam RC F ‘Fuji Speedway Edition,' warna tema biru terus digunakan, namun warna ini digabungkan dengan penggunaan Alcantara berwarna hitam dan biru serta kemasan gentian karbon biru.

 

Melengkapkan lagi ambien keseluruhan kereta, RC F menggunakan sistem audio 18 speaker Mark Levinson.


Dari segi prestasi, ekzos kereta telah dinaik taraf kepada jenis titanium. Selain itu, penggunaan karbon sebagai panel luaran, bukan hanya dapat membantu meningkatkan ciri aerodinamik kereta, tetapi juga mengurangkan berat keseluruhan kereta.

 

Lexus turut menggunakan hollowed driveshaft dan juga compressor pendingin udara yang lebih ringan, ciri ini mengurangkan lagi berat kereta. 

 


Kuasa disalurkan kepada tarmak dengan tayar Michelin Pilot Sport 4 S yang menggunakan rim multi-spoke bersaiz 19 inci.

 

Sistem ini digabungkan dengan satu set brek Brembo Carbon Ceramic dengan enam pot di depan dan empat pot di belakang.


RC F ‘Fuji Speedway Edition’ menggunakan enjin V8 5.0L yang boleh menghamburkan kuasa 472 hp dan tork 536 Nm.

 

Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan yang boleh memecut daripada 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.9 saat, ini adalah 0.3 saat lebih laju daripada RC F yang standard.


Berdasarkan maklumat yang dikongsikan ini, terbukti RC F ‘Fuji Speedway Edition’ yang terbaharu merupakan versi  termantap dengan enjin V8 yang pernah dihasilkan Lexus.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ9827

SELANGOR

BST8963

JOHOR

JE5916J

PULAU PINANG

PSF7343

PERAK

APL6244

PAHANG

CFH7982

KEDAH

KGJ2151

NEGERI SEMBILAN

NEL9551

KOTA KINABALU

SJU2247

KUCHING

QAB6004P

Terakhir Kemas Kini 24 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

29-12-2025
Global

03-12-2025
Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Global

04-11-2025
Global

31-10-2025
Global

14-10-2025
Global

26-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Hyundai Stargazer?

Hyundai Stargazer Rasmi Dilancar di Malaysia (Harga RM99,800- RM121,800).

22-09-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.